ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, January 4, 2009

Kesultanan Sulu

Saya terlihat website anda, dan dengan ini ingin memberikan sedikit maklumat tentang Kesultanan Sulu, terutama berkenaan Sistem Protokol Kesultanan Sulu or Tartib of Sulu Sultanate dalam menyelesaikan sebarang Pemilihan seseorang Sultan Sulu.
Semenjak kewafatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936, selepas itu terlalu ramai pihak atau individu-individu tertentu cuba melantik begitu banyak "Sultan-Sultan Sulu" sehingga kini. Kekeliruan dalam memilih terlalu banyak "Waris-waris Sultan Sulu" ini menaiki takhta Sulu terjadi adalah kerana kurangnya pemahaman mendalam ke atas Sistem Protokol atau Tartib Kesultanan Sulu. Sistem atau Tartib Kesultanan Sulu ini ada dinyatakan dengan jelas oleh Cesar Adib Majul dalam bukunya "Muslims in the Philippines" , Mukasurat 398-399, dari hasil kajiannya dari "Buku Kitab Tartib Sulu" yang disimpan oleh Keluarga Penjaga Tartib Kesultanan Sulu di Dungun, Tawi-Tawi.
Kalau kebanyakan Sistem Kesultanan Melayu, seseorang Sultan akan menurunkan takhtanya kepada Putera Sulung baginda, akan tetapi di Kesultanan Sulu, takhta harus digilirkan di antara 2 Waris Kesultanan Sulu, iaitu;
1). Keluarga Pewaris Pertama (First heir-apparent-dilambangkan dengan Keris Panjang Sundang Sulu dalam Bendera Kesultanan Sulu) yang merupakan waris-waris dari Sultan Azimuddin/Alimuddin-I/Fernando de Alimuddin ibni Sultan Badaruddin-I, yang kini adalah dari Keluarga Kiram & Shakiraullah di Sulu.
2) Keluarga Pewaris Raja Kedua (Second heir-apparent-dilambangkan dengan lambang Bujak/Tombak dalam Bendera Kesultanan Sulu) yang merupakan waris dari Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I, yang kini dikenali sebagai Keluarga Maharajah Adinda yang kini kebanyakannya telah lama menetap di Sabah.

Untuk artikel selanjutnya, sila klik sini.

2 comments:

  1. Masih ramai yang tak tahu bahawa selama ini waris daripada Sultan Harun Al-rashid,Sultan Sulu ke-31 juga telah lama menetap di Kota Marudu...

    ReplyDelete
  2. Sulu akan merdeka tak lama lagi, betulkah? Jika benar, ku duga akan bermulanya kekhalifahan di sini.. Minta penjelasan..

    ReplyDelete