ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, January 28, 2009

Pesta Pantun Bestari 2009


RajaMenangis Group melangkah setapak lagi dalam memberi pengikhtirafan berupa cenderahati untuk dua pemenang utama bagi Pesta Pantun Bestari 2009. Matlamat kami adalah untuk menyokong segala bentuk usaha dalam aspek seni demi memartabatkan warisan budaya kita yang unggul. Ia diadakan di kalangan universiti tempatan dan dianjurkan oleh AJK Perkembangan Kesenian dan Kreatif Kolej Kediaman Keempat (Universiti Malaya).

Berikut butir-butir lanjut:

* Tarikh : 6 & 7 Februari 2009
* Tempat : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
* Tema : Kegemilangan Pantun Warisan Berabad

Sempena Pesta Pantun itu juga, pihak RajaMenangis akan mengadakan jualan buku-buku secara usahasama dengan sebuah institusi yang terkenal. Diskaun menarik akan diberikan kepada yang membeli. Jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan acara ini (jualan diadakan pada hari Sabtu, 7 Februari 2009).


5 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Terima Kasih kepada Raja Menangis.com..Semoga ianya menjadi titik tolak kepada kami mahasiswa Universiti dalam memartabatkan seni bangsa yang semakin dilupakan ini..

    kpd Akak Norzailina Nordin..terima kasih tidak terhingga untuk sebuah naskah yang sangat best..ramai yang tertanya-tanya di mana saya beli.huhu

    semoga kerjasama ini dari rajamenangis.com dapat dijalankan ke tahun-tahun mendatang

    ReplyDelete
  2. Abdullah Ghani >>

    Tentu banyak nostalgia tika belajar di sana, ya?

    ReplyDelete
  3. Shuk_devdas >>

    Waalaikumsalam. Berjumpa juga kita di laman siber. Shuk memang seorang yg peramah & menceriakan suasana. InsyaAllah RajaMenangis.com sudi menghulurkan sumbangan demi mendaulatkan warisan seperti berpantun dll. TQ jua kerana kalian di UM memberi kerjasama yg sangat memberansangkan...

    ReplyDelete
  4. padi jemuran penuh sedulang
    laguan bertampi bertingkah di laman
    budaya warisan tinggi dijulang
    kekal berumbi zaman-berzaman

    berkepuk jerami jauh di bendang
    buah berangan tangkainya rendah
    andai kami dijemput bertandang
    kecil tangan nyiru ku tadah

    assalamualaikum, barisan pramugara MAS ingin menyertai pesta pantun untuk pertandingan yang akan datang. jemputlah kami untuk bertandang sebagai peserta. hubungi Bendahara Pantun MAS di emel:
    putra_anjasmara@yahoo.co.uk

    ReplyDelete