ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, December 31, 2008

MHI @ TV3

Norzailina akan muncul di dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) pada hari Jumaat, 2 Januari 2009. Slot bersama chef celebrity ini bermula jam 7.45 pagi. Beliau akan memperkatakan tentang persiapan makanan untuk dibawa sebagai bekalan ke sekolah. Topik perbincangan ini bersesuaian dengan penggal persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi...

Nota : Nantikan Review Restoran di dalam website www.rajamenangis.com serta pelbagai resepi tradisi yang menarik dan authentic serta menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat berbilang bangsa di tanah air tercinta. Tidak ketinggalan resepi menarik dari Istana Kesultanan....

1 comment:

  1. Sembah Takziah Atas Kemangkatan
    DYMM Sultan Johor
    Menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan
    DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

    Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.
    AL FATIHAH
    (1)
    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
    [2]
    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
    [3]
    Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
    [4]
    Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
    [5]
    Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
    [6]
    Tunjukilah kami jalan yang lurus.
    [7]
    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

    AMIN
    Salam tulus ikhlas dari kami

    Warga Johor http://firestartingautomobil.blogspot.com

    Tiga keadaan menghadiahkan bacaan al-Quran kepada si mati:
    1- Apabila seseorang itu membaca al-Quran kemudian berdoa kepada Allah supaya si mati itu diampuni dan dirahmati insya-Allah diterima Allah, seperti mana seseorang itu bertawasul dengan amalan-amalan soleh.
    Tidak harus menolak manfaat doa selepas bacaan al-Quran kepada si mati.
    2- Membaca al-Quran kemudian berdoa supaya Allah menghadiahkan pahala bacaan al-Quran itu kepada si mati. berkata Ibn Solah: “Harus meyakini manfaatnya kepada si mati supaya dikurniakan Allah kepada si mati pahala bacaan seperti mana pahala bacaan yang diperolehi oleh hamba yang hidup.”
    3- Membaca al-Quran dari awal diniatkan kepada si mati, maka pahalanya akan sampai kepada si mati dengan izin Allah s.w.t.
    Berkata Abu Abdullah al-Ubay: “Jika dibaca al-Quran dari mula sudah diniatkan untuk dihadiahkan kepada si mati akan sampai seperti mana yang diniatkan, seperti pahala sedekah dan doa.”
    Imam Ibn Rusyd di dalam Nawazil pula menyebut: “Jika seseorang itu membaca al-Quran kemudian di hadiahkan kepada si mati harus dan si mati akan peroleh pahala dan manfaatnya

    ReplyDelete