Muzium Gurkha mengimbau gerakan komunis di Malaya.
Muzium Gurkha di Peninsula Barracks, Winchester (selatan London, berdekatan Southampton) telah mengadakan pameran di Galeri Macdonald sempena ulangtahun ke-60 kebangkitan komunisme di Malaya, yang berlanjutan sehingga 1960. Ia diberi nama THE MALAY CAMPAIGN, 1948-1960. Ia dirasmikan oleh General Sir Garry Johnson dan dihadiri oleh pegawai kedutaan Malaysia, Singapura dan Fiji serta askar veteran kempen tersebut.
Kejayaan membenteras gerakan yang kejam (dilakukan oleh Malayan Chinese Communist Party) adalah kerana penolakan majoriti rakyat Malaya yang inginkan kedamaian dan kemakmuran. Batalion British yang terdiri daripada National Servicemen, ditugaskan mencari pengganas komunis yang beroperasi di dalam hutan. Mereka bekerjasama dengan batalion Briged Gurkha dan Regimen Askar Melayu. Unit dari Australia, Fiji, Kenya, New Zealand, Malawi, Zimbabwe dan Singapura juga turut terlibat.
Kunci kejayaan adalah langkah memindahkan pekerja ladang getah berbangsa Cina yang tinggal di pinggir hutan. Mereka inilah yang ditindas oleh pengganas untuk mendapatkan makanan dan sokongan. Pemindahan ke kawasan perkampungan baru membolehkan pihak berkuasa memantau keselamatan dan mereka juga dapat tinggal dalam keadaan aman. Pihak komunis tidak lagi mendapat bantuan mereka.
Konflik dengan komunis berjaya dengan adanya tindakan yang bernas dan langkah yang bijak. Kemerdekaan telah diperolehi oleh Malaya pada 31 Ogos 1957.
Foto : Antara senario yang terdapat di Muzium Gurkha, Winchester, United Kingdom yang menunjukkan pertempuran askar Gurkha dengan musuh negara.
0 comments:
Post a Comment