Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, October 31, 2010

Raja Melayu gusar...!


Raja Melayu gusar


2010/10/31

Trend politik semasa cabar kedaulatan Perlembagaan

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja Melayu menyatakan kebimbangan dan memandang berat trend politik semasa di negara ini yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.
Berikutan itu, Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rak-yat memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dalam kenyataannya semalam, berkata Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang dipersetujui itu adalah watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil. “Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan hasil Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Oktober lalu. “Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu,” katanya. Selain itu, katanya, Majlis Raja-Raja juga memandang serius kewujudan jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara. “Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertua negeri memahami serta menghargai usaha Kerajaan Persekutuan menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Beliau berkata, Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara. “Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara. “Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk pembabitan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara,” katanya. Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu bersatu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara. “Pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu,” katanya. Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung bertelagah dan memilih untuk berselisih faham. “Raja-Raja Melayu berdoa supaya Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera. “Semoga Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah SWT,” katanya.


Sumber – 2010 BERNAMA



EMPAT PUTERI SEJARAH PAHANG

Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi yang juga di panggil Klang Kio atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Rajendra Chola 1 dari selatan India) pada tahun 1025, Raja Chola terpegun dengan kecantikan Puteri Onang Kio lalu diperisterikannya.

Semasa Pahang di bawah pemerintahan Siam yang berpusat di Tembeling (Ligor), Gabenor Siam bernama Maharaja Dewa Sura pada tahun 1454 telah diserang oleh Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Melaka dan Puteri Wanang Seri anakanda Maharaja Dewa Sura telah dibawa ke Melaka dan diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah.





Tun Teja Ratna Benggala puteri Bendahara Seri Amar Bangsa Diraja Pahang yang kecantikannya diperkatakan oleh pedagang-pedagang yang berdagang di Pahang telah diculik dan diguna-guna oleh Hang tuah pada tahun 1490 untuk dijadikan isteri Sultan Mahmud iaitu Sultan terakhir Melaka walau pun ketika itu Tun Teja Ratna Benggala adalah tunangan Sultan Abdul Ghaffur Shah iaitu Sultan Pahang. BACA SELANJUTNYA

Foto lukisan Putroe (Puteri) dan Taman Putroe Phang dan Gunongan.

Saturday, October 30, 2010

Kedudukan Malaysia Berdasar Data Lengkap

DALAM on-line Berita Harian, seorang pembaca mengulas mengenai kedudukan Malaysia pada tangga ke-43 berasaskan kajian Indeks Kemakmuran Negara-Negara di dunia 2010 oleh Institut Legatum yang berpusat di United Kingdom. Menurutnya, daripada 110 negara yang dikaji, kedudukan negara tidak begitu memberangsangkan.

Sebenarnya, 110 buah negara yang dikaji oleh Institut Legatum itu adalah negara yang mempunyai data lengkap untuk tujuan kajian. Banyak lagi negara di dunia, khasnya di negara dunia ketiga dan keempat, tidak mempunyai data lengkap atau langsung tidak mempunyai data untuk tujuan kajian. Sudah tentu negara ini berada pada keadaan yang amat buruk dan tidak terurus. Jika mengambil kira semua negara di dunia, kedudukan Malaysia adalah baik. Kajian ke atas Malaysia pula dibuat sebelum program transformasi dalam pelbagai bidang yang diusahakan kerajaan sekarang.

Institut Legatum adalah badan bebas yang memberi fokus kepada kajian bebas dan sokongan dasar bagi mempromosikan kebebasan individu, politik dan ekonomi di negara seluruh dunia.

Kajian Indeks Kemakmuran dilakukan dengan mengkaji kedudukan sesebuah negara dari segi kedudukan Ekonomi yang mana Malaysia berada pada tangga ke-21, Keusahawanan dan Peluang (34), Tadbir Urus (34), Pelajaran (45), Kesihatan (44) dan Keselamatan (52). Kedudukan Indeks Malaysia ini dijangka lebih baik pada kajian tahun depan dengan pelbagai inisiatif dan perubahan yang dilakukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Dari segi Kebebasan Peribadi dan Modal Sosial yang Malaysia berada, masing-masing pada tangga ke-90, pada kedudukan yang rendah, menjadikan kedudukan purata negara berada pada kedudukan 43. Kategori ini dimasukkan dalam metodologi kajian mungkin kerana ia dianggap mempunyai korelasi kukuh mempengaruhi kemakmuran sesebuah negara. BACA SELANJUTNYA


Friday, October 29, 2010

Perpecahan ISLAM juga satu musibah


Perpecahan juga satu musibah

Kita percaya dan yakin bahawa bencana tsunami dan letusan Gunung Merapi yang berlaku di Indonesia menuntut kita untuk berfikir dengan penuh kecerdasan spritual dan emosional atau dengan mata hati. Boleh jadi mereka melihatnya sebagai satu perbuatan sihir atau mitos atau boleh jadi juga mereka melihatnya semata-mata sebagai fenomena alam dan tidak mengaitkannya sedikit pun dengan Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud; "Aku akan memalingkan hati orang-orang yang sombong dan takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari memahami ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan Kekuasaan-Ku); Dan mereka yang bersifat demikian jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripada-Nya". (Surah al-Araf ayat 146)

Para ahli di dunia telah menyimpulkan bahawa Indonesia termasuk dalam negara tertinggi yang terdedah kepada bencana. The black area disasters, wilayah tempat tumpuan pelbagai rupa bencana, meliputi banjir besar, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, angin taufan, gunung berapi, kebakaran hutan dan lain-lain.

Walaupun demikian, bencana itu mutlak dalam kekuasaan Allah. Dialah yang menentukan kepada siapa bencana itu dijatuhkan, bila, di mana, dan apakah jenis bencana yang akan diturunkan? Namun, untuk berapa lama dan sampai sejauh mana kesannya bagi yang bersangkutan serta lingkungan sekitarnya dan seterusnya.

Setiap bencana, musibah dan bala yang datang merupakan isyarat, peringatan daripada Allah untuk menguji keimanan seseorang. Makin tinggi kualiti keimanan seseorang, maka makin tinggi pula ujian yang dihadapinya.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Orang-orang yang ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadanya kita kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". (Surah Al-Baqarah ayat 156 hingga 157)

Kalimat "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" itu mengandungi terapi yang berasal dariada Allah dan Rasulnya bagi orang-orang yang ditimpa musibah dan bencana. Inilah terapi yang paling jelas dan paling besar manfaatnya. Kalimat ini mengandungi nilai yang sangat agung dan menjadi penghibur dari musibah yang dialaminya.

Nilai itu adalah setiap orang memastikan bahawa dirinya, keluarganya, harta dan anak- anaknya sesungguhnya adalah milik Allah semata-mata.

Musibah atau bencana sentiasa dihindari orang, sekecil apa pun dan biasanya selalu dikonotasikan dengan keburukan. Dalam sebuah riwayat yang berstatus mursal: Ikrimah menuturkan bahawa ketika lampu yang digunakan oleh Nabi SAW tiba-tiba terpadam, beliau mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un!" lalu, ada sahabat yang bertanya, "Apakah peristiwa ini boleh disebut musibah, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Ya, setiap hal yang menyusahkan adalah musibah!"

Dengan memahami bahawa bencana itu mutlak dalam kekuasaan Allah, sekali gus menjadi peringatan dan ujian, seorang Muslim tidak akan mudah terikut dengan kejayaan orang yang hidupnya penuh maksiat dan dosa serta hidup dalam perpecahan. Perpecahan sekecil mana pun merupakan satu musibah apatah lagi perpecahan bangsa Melayu yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Sejarah sering membuktikan bahawa kejayaan mereka itu hanyalah fatamorgana, sekadar penangguhan daripada kehancuran yang sebenarnya. Itulah azab dari Allah yang diberikan kepada orang-orang yang ingkar kepada Allah dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh para Rasul-Nya.

Anjuran untuk bersatu dipandang remeh oleh segolongan pihak yang mengutamakan parti daripada kepentingan ummah.

Inilah saatnya introspeksi diri mengapa musibah demi musibah kerap menimpa kita. Kerana segala sesuatu yang tidak kita inginkan di waktu yang tidak tepat, disebabkan oleh kesalahan yang kita perbuat sendiri, bukan datangnya dari Allah SWT. Bukankah setiap kesalahan dan kebaikan walaupun sekecil zarah akan diberi ganjaran? Jika demikian, tentu musibah dan kenikmatan yang kita dapatkan tidak lepas daripada kesalahan dan kebaikan yang kita lakukan.

Mereka tidak mengetahui bahawa lapang dan sempitnya rezeki tidak adakaitan nya dengan murka atau redha Allah, tetapi berkaitan dengan hukum-hukum alam yang diciptakan-Nya. Perolehan seseorang - positif atau negatif - berkaitan dengan sikapnya terhadap hukum-hukum alam yang mencerminkan kehendak Allah itu.

Sering kali kita menyatakan, "Itu takdir Ilahi." Akan tetapi, bila nikmat-Nya yang kita perolehi, maka kata "takdir" tidak pernah teringat. Suatu hal yang luar biasa yang hanya terjadi sesekali, kita jadikan ia sebagai tanda-tanda dari Allah. Akan tetapi, bila itu terjadi berulang-ulang, kita lupa menjadikan sebagai tanda. Ketika itu, kita mengagumi atau memperhatikannya lagi. Padahal, pada hakikatnya, segala sesuatu adalah tanda-tanda daripada-Nya - tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya.

Alam raya dan segala isinya, fenomena dan peristiwa-peristiwanya, yang terjadi berulang kali atau hanya terjadi sesekali, semua dinamai oleh al-Quran dengan ayat (tanda-tanda). "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malan dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; dengan demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semua itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) mengguna akal fikiran. (Surah Al-Baqarah [2]:164).

Apakah kaitan antara manusia dengan alam? Pasti ada! Tumbuhan dapat tumbuh lebih subur jika ada usaha manusia berbakti kepada tanah. Tetapi banjir juga boleh terjadi jika manusia menebang pokok. Itu dua dari sekian banyak contoh yang mudah kita temui.

Di sisi lain, semakin banyak kita ketahui tentang alam raya, semakin banyak pula yang dapat di hasilkan dengan izin Allah. Demikian juga, semakin erat kerjasama antara manusia, semakin banyak pula manfaat yang dapat mereka perolehi.

Lalu, adakah kaitan antara kedurhakaan manusia kepada Allah seperti kekufuran dengan bencana alam? Agaknya tidak salah jika kita menegaskan bahawa al-Quran menyatakan adanya dosa dan pelanggaran yang dilakukan manusia mengakibatkan gangguan keseimbangan di darat, di laut dan udara. Ketiadaan keseimbangan itu, mengakibatkan bencana bagi makhluk termasuk manusia.

Semakin banyak perpecahan dan beraneka ragam dosa manusia, semakin parah pula kerosakan persekitarannya. Hakikat ini merupakan kenyataan yang tidak dapat ditolak lebih-lebih lagi suasana sekarang.

Demikian Allah SWT menciptakan semua makhluk, saling kait-mengait. Dalam perkaitan yang harmoni, lahir keserasian dan keseimbangan dari yang terkecil hingga yang terbesar, dan semua tunduk dalam peraturan Allah Yang Maha Besar.


Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim)

KORBAN DI INDONESIA MENINGKAT - TAKDIR

Korban tsunami Indonesia terus meningkat

29/10/2010

JAKARTA 29 Okt. – Angka kematian dalam bencana tsunami di kepulauan Mentawai meningkat kepada 394 orang hari ini ketika pasukan penyelamat berlumba dengan masa dalam usaha mencari beratus-ratus mangsa yang masih hilang.

Gabenor Sumatera Barat, Irwan Prayitno dan pegawai lain menyatakan lebih banyak petugas penyelamat dan bot laju diperlukan untuk membantu mengumpulkan mayat mangsa dan membawa bantuan kepada penduduk terselamat di daerah Pagai Selatan dan Pagai Utara yang hanya dapat diakses melalui jalan laut.

Jumlah korban akibat tsunami yang dipicu oleh gempa bumi sekuat 7.7 pada skala Richter kini seramai 394 orang dengan 312 yang lain masih hilang dan lebih 400 orang cedera.

Seorang pegawai pengurusan bencana, Suryadi, menjangkakan angka kematian akan melonjak sehingga 500 orang.


(C) UTUSAN MALAYSIA

Thursday, October 28, 2010

Semangat DEB wajar diteruskan – Faaland


Semangat DEB wajar diteruskan – Faaland



KUALA LUMPUR 27 Okt. – Objektif serta semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan dari 1970 hingga 1990 perlu diteruskan dalam dasar-dasar pembangunan kerajaan demi menjamin keadilan dan kestabilan negara.

Penerima Anugerah Merdeka 2010, Tan Sri Just Faaland yang merupakan salah seorang penggubal DEB berkata, ia penting kerana masyarakat pelbagai kaum di negara ini dilihat masih menghadapi masalah peluang ekonomi yang tidak seimbang.

“Jadi usaha serta sasaran DEB untuk memberi peluang sama rata kepada setiap rakyat Malaysia perlu diteruskan melalui Model Baru Ekonomi (MBE) yang diumumkan Perdana Menteri anda baru-baru ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Faaland merupakan ahli ekonomi yang kini bertugas sebagai Perunding Kanan Chr. Michelsen Institute (CMI) Norway yang terbabit secara langsung dalam penggubalan DEB melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) selepas rusuhan kaum pada 1969.

Beliau menambah, struktur sosial masyarakat serta pemimpin politik tempatan di negara ini yang menyaksikan perbincangan terbuka mengenai DEB dan kuota bumiputera berterusan dari semasa ke semasa merupakan sesuatu yang positif serta melambangkan demokrasi.

“Paling penting, semua pihak perlu mengambil sikap penuh bertanggungjawab dalam membincangkan hal itu agar kita tidak lagi menyaksikan peristiwa 13 Mei yang kedua,” tegasnya.

Faaland yang merupakan pakar ekonomi antarabangsa dari Norway dinobatkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Merdeka 2010 bagi kategori Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia.



(c) Utusan: syahrir.bakar@utusan.com.my

IMEJ FOTO PERTAMA MANUSIA - 1838


INI ADALAH GAMBAR YANG DIAMBIL DALAM TAHUN 1838 - SEMASA KAMERA SANGAT BARU LAGI. IA DIAMBIL OLEH DAGUERRE DI PARIS, YANG MENUNJUKKAN SEORANG SEDANG MENDAPATKAN PERKHIDMATAN MENGGILAPKAN KASUTNYA DI TEPI SEBATANG JALAN DI PARIS TAHUN 1838. LIHATLAH KEADAAN BANDAR PARIS DALAM TAHUN 1838 INI.
BAGAIMANAKAH KEADAANNYA DI TANAH MELAYU KETIKA ITU?

PM India menghadap Yang di-Pertuan Agong

Perdana Menteri India menghadap Yang di-Pertuan Agong


Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima kunjungan hormat Dr. Manmohan Singh di Dewan Menghadap Kecil, Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam. - bernama


KUALA LUMPUR 27 Okt. - Perdana Menteri India Dr. Manmohan Singh dan isteri, Gursharan Kaur menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara di sini petang ini.

Majlis kunjungan terhadap Seri Paduka berdua itu berlangsung di Dewan Menghadap Kecil istana sempena lawatan tiga hari pemimpin India itu ke negara ini sejak semalam.

Dr. Manmohan yang diiringi Menteri Perdagangan dan Industri India Anand Sharma; Penasihat Keselamatan Negara S. Menon; Setiausaha Timur, Kementerian Luar Negeri Latha Reddy; dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Vijay Gokhale; tiba di Istana Negara pada pukul 4.40 petang.

Hadir sama pada kunjungan hormat itu ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S.Subramaniam selaku menteri pengiring dan isteri, Datin Dr. S.Umarani; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Tan Seng Sung; dan isteri Datin Julia Tan; serta Setiausaha Bahagian Kanan Direktorat Asia, Oceania dan Afrika Utara Datuk Hayati Ismail.

Mereka meluangkan masa selama setengah jam di Istana Negara sebelum Dr Manmohan menuju ke Brickfields bagi majlis pelancaran "Little India", salah satu kemuncak lawatan beliau.

Perdana Menteri India itu dijadual menghadiri majlis makan malam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya malam ini. - (c) 2010 BERNAMA

Wednesday, October 27, 2010

MALAYSIAKINI KOMEN SUBJEK SEJARAH SEKOLAH

No to compulsory history lessons.

COMMENT Minister of Education Muhyiddin Yassin recently announced that history would be made into a compulsory subject in examinations. This means that a student must take history as an examination subject, and pass it. Failing it would render him failing the whole exam.

COMMENT In view of the knowledge-based and highly technical world of today, why not a compulsory pass in maths and science rather than history?

PETIKAN KOMEN DARIPADA MALAYSIAKINI
http://www.malaysiakini.com/
[3.09PM 27-10-2010]

FOTO DURBAR KE 5 DAN KE 6

(C) EHSAN DAN HAKCIPTA PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA RAJA MELAYU

DURBAR KE 5 DAN DURBAR KE 6

FOTO DURBAR PERTAMA DAN KEDUA DAN KEZAMAN KINI

(C) EHSAN DAN HAKCIPTA PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA RAJA MELAYU

DURBAR PERTAMA dan DURBAR KEDUA














DURBAR TERAKHIR DAN MESYUARAT MAJLIS RAJA2 PERTAMA (DIBAWAH)



LAGI PASAL SALAWAT TAFRIJIAH

SALAWAT TAFRIJIAH

Antara fadhilat-fadhilatnya:

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari setiap lepas
sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41kali atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barang siapa membaca selawat ini 4444 kali akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia
danakhirat.