Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI
Showing posts with label puisi indah. Show all posts
Showing posts with label puisi indah. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

PUISI PERIHAL MELAYU

Perdana Menteri memetik bait-bait nukilan Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang dan gurindam daripada tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu.

Melayu itu, kaya falsafahnya,
Melayu itu, orang yang bijaksana,
Akal budi bersulamkan daya.

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu.

Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan.
Maruah dan agama dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan.
Menjadi pemimpin sifatnya agung,
Syarak dipakai adat dijunjung.
Hidupnya mengabdi kepada rakyat,
Taat setia membela umat.
Dijadikan induk kuat berdiri,
Umat sentosa bertuahlah negeri.

"Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan
betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer
asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat," kata Najib. Keperibadian bangsa Melayu itulah yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk dan sikap itu juga yang menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

Sumber diedit dari : bharian.com.my

Sunday, October 10, 2010

RAMADAN : MERDEKA RUMAH KITA TERBUKA ...

(Tafsiran culas dan kita semakin cemas)

I
Setelah sejumlah umat pada hadir
Isyarat alampun diutus takdir
Dan bulan seakan tega menjadi cair,
Ramadan; Baiah kita tersipu dibalik kelir.
Segala janji telah menjadi mimpi…

Tidak lagi sesuci embun pagi
Tidak lagi seseri sinaran mentari
Tidak lagi setinggi langit naungan bumi,
Tidak lagi setiap janji mesti ditepati
Tidak lagi setia, hidup mesti berbakti.

II
Demi Merdeka; Ramadan dilanda cemas dan sesal
Bilamana laut lepas terjangkau akal
Leluasalah kemunafikkan intelektual
Dan mengilmiahkan kebohongan menjadi sakal,
Mentafsir Merdeka; Mungkir akar dan pangkal.
Segala kata sekadar menjadi pasar bunga…

Tidak lagi benar demi kebenarannya
Tidak lagi akil pada keberakalnya
Tidak lagi hak (kita) hakiki empunyanya
Tidak lagi sakti, hukum pada hakamnya
Tidak lagi dihargai bila rumah sudah terbuka.

Culas Merdeka akan datang berulang…
Menguji kita; Anak-cucu yang dirundung malang
Menyimpan nestapa yang tidak kepalang,
Hakiki haknya terus-terusan diungkit orang
Seakan tiada lagi segan pantang larang.

III
Kapan bulan menjadi hiasan kamar tidur
Helah mentafsir istilah takbur…
Dan doa dimimbar yang sasul terlanjur
Muslihat “Matlamat menghalalkan cara” diatur
Bagai pasir diperut bumi terus longsor
Menjadi deretan liang lahad dan kubur.

Atuk; untuk siapakah merdeka ini..?
Batu digalas menggapai elegi mimpi
Beban kemerdekaan semakin menghimpit diri
Setelah khalifah jadi “Penggadai Bangsa” sendiri
Demikian wajah bangsa yang tidak punya pertiwi.

Ibrahim Ghaffar
7 Oktober 2010@ 28 Syawal 1413
Bukit Kapar, Selangor

Jutaan terima kasih buat Dr Ibrahim yang telah beri izin untuk memaparkan puisi. Beliau mendeklamasikan dalam majlis anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor, GPMS & Badan NGO.

Saturday, October 17, 2009

TERPANGGUL AKU


Sambil ku baca
Sambil ku rangkul dalam jiwa
tidak lepas sebutan ku lalui
lemah ku menjadi jadi
lalu kucapaikan
sebuah quran usang
tiap ayat kerdil ku baca
kelangsungan meriah tiba
pada hakiki detik ketika
menjejak puisi sekalung rasa
yang terpanggul dimata

Maka ternyanyilah puisi
dalam alun malam ketika doa ku tiba
terpancar nampaklah serinya kata
lalu aku pasrah memahaminya
Ia menarik dan melarik jiwa

Benarlah dugaanku
dikejauhan itu betapa sebuah hati terpatah
gara karenah gila ku
terpana juga
aku menggigil dalam ruang kamar
persona dengan bayu aidilfitri
yang masih sepoi terasa
petanda mukjizat restu
bahawa inilah luka terakhir tinggalan ku.


(C) 2009, Shali