"Saya buat laporan kerana rasa bimbang dengan kerajaan negeri yang meluluskan Seksyen 22A dalam yang mana seolah-olah merendahkan kewibawaan, kedaulatan dan kuasa Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Alor Setar di sini pada 9.30 pagi ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut, Mansor Ahmad menyangkal kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini bahawa jawatankuasa itu telah menarik balik injunksi yang difailkan untuk menghalang madrasah yang dibina pada 1909 itu daripada dirobohkan.
"Kami tidak pernah menarik balik pemohonan seperti yang Azizan katakan tetapi kami ingin nyatakan bahawa ini hanya baru permulaan di mana kami menarik permohonan lama dan akan menggantikannya dengan permohonan baru," katanya.
Katanya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memberi masa kepada mereka untuk memfailkan semula permohonan itu dan jawatankuasa juga telah melantik peguam. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment