
Pengurus Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas sedang bercakap mengenai kapal-kapal yang karam di Melaka, yang sekali lagi menjadi topik hangat di akhbar. Kerajaan Melaka telah mengulangi tawaran berbilion ringgit yang dibuat pada 2000, kepada mana-mana syarikat untuk mencari khazanah daripada kapal yang karam di perairan Melaka.
Selepas lebih 10 tahun, tiada syarikat yang sanggup. Sekurang-kurangnya 13 kapal dagang dan kapal perang dipercayai karam di laut Melaka (Spice Route) lebih 500 tahun lalu. Perbelanjaan mencari khazanah daripada sebuah kapal dianggarkan kira-kira RM3 juta, dan keuntungannya, mampu mencecah sehingga berbilion ringgit. BACA SELANJUTNYA
Kita mahu rajamenangis dedahkan betapa masalahnya hal ini di handle di malaysia jika dibandingkan dengan negara negara yg lebih mundur. Kaji tiap gerakan dibuat oleh pihak brrwajib dan lapur disini...
ReplyDelete~~BAPAK Discovery channel ~~