KUALA LUMPUR 7 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru rakyat supaya menjadi pengguna yang bijak, mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dan berusaha melindungi kepentingan sendiri dengan tidak terlalu bergantung kepada perlindungan kerajaan.
Titah Seri Paduka, sejak akhir-akhir ini telah berlaku situasi kenaikan harga bahan-bahan makanan di seluruh dunia yang disebabkan oleh pemanasan global, bencana alam, perubahan polisi negara pengeluar dan peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus setahun berbanding pengeluaran makanan dunia sebanyak satu hingga dua peratus.
Tuanku Mizan sehubungan itu bertitah apa yang berlaku adalah krisis makanan global dan sebagai negara pengimport makanan, Malaysia terdedah kepada kenaikan harga barang dan ia sememangnya di luar kawalan kerajaan. BACA DI SINI
0 comments:
Post a Comment