ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, March 4, 2011

DEMI HAYAT KITA

WANG, masa, ilmu dan amal. Keperluan yang sangat diinginkan setiap manusia.
Hilang wang boleh dicari, tetapi sekali masa terbuang ia tidak dapat ditebus kembali.
Justeru, dalam hidup ini, masa yang dianugerahkan tidak harus dipersiakan.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Rebutlah peluang lima perkara sebelum
tiba lima perkara. Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba
masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba
masa papa dan masa hidup sebelum tiba ajal".

Gunalah peluang hidup sekali yang sekelumit ini secara bijak dan berhemah.
Siapkan bekalan untuk membeli kebahagiaan abadi dari Allah buat menghadapi
kehidupan yang kekal di akhirat nanti. Bila-bila masa saja kita boleh terperangkap
oleh pelukan ajal.

0 comments:

Post a Comment