ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, March 17, 2011

Buku Kegemilangan Raja-Raja Melayu

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan melancarkan buku bertajuk Kegemilangan Raja-Raja Melayu yang mengisahkan sejarah Kesultanan Melayu di negara ini.

Buku setebal 409 muka surat itu yang diterbitkan oleh Leone Communications Sdn Bhd turut memaparkan salasilah kesemua sembilan raja-raja Melayu di negara ini. Selain itu buku itu juga menceritakan latar belakang darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan.

Sementara itu, Pengerusi Leone Communications Datuk Zakaria Husain memberitahu pemberita, buku itu selain dijadikan bahan rujukan untuk universiti dan penyelidik, ia boleh digunakan sebagai cenderahati kerajaan kepada negara luar. Sebanyak 10,000 naskhah akan dicetak dalam setahun, dan untuk permulaan pihaknya sudah mencetak kira-kira 200 buah buku yang dijual dengan harga RM450 senaskhah.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta sejarahwan Tan Sri Prof Emeritus Khoo Kay Kim, yang juga penasihat kepada penerbitan buku itu.

www.utusan.com.my

3 comments:

  1. Foto book cover pun tak ada?

    ReplyDelete
  2. Hanya ada foto ini, masih belum ada kulit depan. InsyaAllah akan kami siarkan sebaik saja kami mendapatkannya, harap bersabar.


    ~ Kumpulan Rajamenangis

    ReplyDelete
  3. INI BLOG PELANTIK RAJA ASAL.. http://mqtkmalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete