Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil perancangan British pada tahun 1948 bagi menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Kali pertama ia diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897.
Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat yang pertama diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.
Fungsi
Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini adalah institusi tunggal yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut:
* Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;
* Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;
* Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa- apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;
* Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
* Memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,
* Dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut. BACA SELANJUTNYA
Keturunan Raja2 Melayu dahulu adalah dari jalur Raja Iskandar Zaya Al Qoranayana. Raja Iskandar pula dari nasab nabi/raja Sulaiman anak kpd nabi Daud dari Bani Yahawada iaitu satu dari puak bani Asara Yala. Raja2 Melayu di zaman dahulu menganut agama nabi Ibrahim, Asalama dan berhukum mengikut taurat dan injil. Istiadat raja2 adalah adat yg dibawa keturunan nabi2. British pula melantik raja2 mereka sendiri untuk memperbodohkan bangsa Melayu. Keturunan raja2 yg sebenar di singkirkan dan dibunuh bagi menghilangkan jejak penipuan mereka. http://mahadaya-asalama.blogspot.com
ReplyDelete