Saturday, November 6, 2010
Home »
» Zulhijjah Bulan Terakhir Kalendar Hijrah
Zulhijjah Bulan Terakhir Kalendar Hijrah
Zulhijjah termasuk antara bulan-bulan haram yang dimuliakan Allah SWT. Justeru sebagaimana bulan-bulan haram lain, bulan Zulhijjah ini seharusnya diisi dengan amalan-amalan soleh yang selari dengan sunnah Rasulullah SAW. Pada bulan tersebut terdapat hari-hari yang lebih diutamakan berbanding hari-hari lain pada bulan itu.
Keutamaan 10 hari pertama Sepuluh hari pertama pada bulan ini merupakan hari yang diberkati Allah SWT dan bagi mereka yang mengerjakan amal-amal soleh pada hari ini ia akan mendapat keutamaan dan ganjaran lebih berbanding dengan hari-hari lain pada sepanjang tahun.
Daripada Ibn ‘Abbas r.a, beliau berkata Rasulullah SAW. bersabda: Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari (ayyam) ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 969 Jelas menerusi hadis ini amalan pada 10 hari pertama Zulhijjah begitu besar.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar: “Jika seseorang melakukan hal seperti itu (iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta), maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada 10 hari pertama pada Zulhijjah.” - Ibn Hajar al-‘Asqolani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 307, ketika mensyarah hadis no: 969.
Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan lain. BACA SELANJUTNYA
1 hingga 10 Zulhijjah bersamaan 8 hingga 17 november 2010.
ReplyDeleteSemoga kita diberi kesihatan yg baik untuk mengerjakan puasa sunat ini, insyaAllah.
Insan leka.