ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, February 14, 2010

SYAIR ZA'BA

Kata Hamka, Pendeta Za'ba (1895-1973) adalah derma termahal yang diberikan oleh Islam ke dalam Kesusasteraan Melayu Moden. Za'ba adalah laksana jambatan yang menghubungkan di antara perbendaharaan Melayu lama dengan perkembangan bahasa moden.

Za'ba menyedari adanya peninggalan kepercayaan zaman lampau seperti animisme di kalangan masyarakat Melayu Islam tetapi dijelaskan bukan bermakna mereka tidak beriman dengan keesaan Allah SWT - berbuat baik dan meninggalkan kejahatan; bersembahyang serta berpuasa; menunaikan haji; bersedekah jariah dan beriman dengan hari akhirat seperti diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dicampuradukkan ajaran Islam itu, dengan perkara bidaah dan khurafat sehingga menjadi 'sejati' ia dengan mereka itu dan agama Islam. Menurut Za'ba, faktor inilah yang menyebabkan masyarakat Melayu Islam menghadapi banyak masalah.

SYAIR "KEJATUHAN DARJAT ISLAM"
Islam kita weh kejatuhan,
Sebab karut masuk tambahan;
Quran dan Hadis terbulang baling.

Tujuan asli dapat ubahan,
Maksud hakiki berpecahan;
Bengkang bengkok kena perguling.

Awal ulama dikira penyudahan,
Barang apa pun semuanya burhan;
Orang kemudian ikut keliling.

Benar salah tidak payahan,
Usah diuji buat kesusahan;
Terima sahaja! Tak boleh menggeleng.

Jikalau ada yang arif johan,
Ilmu dan akal bawa suluhan;
Dengan matanya kena hembeling.

Bidaah sesat jadi tuduhan,
Jadi hakim seperti Tuhan;
Ulama jadid (baru) dikata Maling.

Perkara kecil jadi perbalahan,
Perkara besar kosong asuhan;
Budi pekerti terbiar teleng.

Bila dikata amal solehan,
Hanya dikira ibadat suruhan;
Akulah yang mulia tidak dikerling.

Tidaklah hairan jadi kejatuhan,
Agama hilang semangat ke-roh-an;
Umat Muslimin jatuh terguling.

Allah Humma Maha Kemurahan,
Kurniailah jalan kepulihan;
Supaya Muslimin pulih berpaling.

Dipetik dr buku Za'ba dan Melayu oleh Adnan Hj.Nawang

1 comment:

  1. Polemik darihal Zaaba.
    Sehingga kini bukan sahaja tulisan zaaba masih di pertaruhkan. dimanakah ketaknya jiwa zaaba selain daripada jiwa yg kesal akan hidupnya sebagai wasiat Melayu. Seolah-olah menjadi Melayu itu satu kesulitan, satu kepayahan. Seperti bersempadan dengan malu-maluan. Disini salah, disana tak kena. Di situ kekuatan Melayu , disini kerenah Melayu. Zaaba menggasak ketegasan Melayu, keluhuran mereka kepada Tuhannya dan Rajanya. Tidak guna di sergah melayu, lepas itu di raba menaikkan semangat sedap Melayu pulak. Di satu sebelah, dia seorang manusia yang cukup keliru dan tergamam dalam mainan sastera kosongnya. Dan disebelah lagi, dia seorang hero Melayu bersastera dan berfikir. Entah

    -Tok MinyakBeku-

    ReplyDelete