ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, February 10, 2010

DURBAR RAJA KE 220 BERMULA ESOK: DAULAT TUANKU!

DUHAI RAJA KU Sudah patek himpunkan warqah yang berselerak tapi semuanya disini. Sukar, namun inilah ikhtiar kami. Maka titahkanlah duhai Rajaku agar bergetar lah akan ia, dan kerahkanlah wahai Rajaku, agar akan terbanglah ia. Diamkan, maka akan menangis lah ia.. Itulah pesan patek sekalian. Pesan rimbunan kasih Rajamenangis.

KUALA LUMPUR, 10 Feb 2010 -- Mesyuarat ke-220 Majlis Raja-Raja bermula Rabu dengan dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dihadiri oleh semua Sultan kecuali Kelantan, Pahang, Perlis, Terengganu dan Kedah.

Sultan Kelantan diwakili oleh Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris Petra dan Sultan Pahang diwakili oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Raja Perlis pula diwakili Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Sultan Terengganu diwakili oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud sementara Sultan Kedah diwakili oleh Yang Dipertua Jemaah Pemangku Sultan, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Menteri Besar dan Ketua Menteri turut hadir mengiringi Sultan dan wakil Sultan, kecuali Kelantan yang diwakili oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan Sarawak yang diwakili oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Negeri, Datuk Awang Tengah Ali Hasan.

3 comments:

  1. Dalam zaman dimana Melayu dan Raja DIGODAM DAN DI PERMAINKAN, maka Tuanku berikanlah sinar harapan baru. Wasiat Sultan2 bertarikh 5 Ogos1957 (25 hari sebelum kita Merdeka) hendaklah di salin dan ditulis semula. DAN DI ISTIHARKAN. Maka tambahkanlah definasi Melayu (Fasal 160 Perlembagaan) itu agar diambil kira "Hati Budi Melayu" itu sendiri selain Islam, Adat Melayu dan Bahasa Melayu.

    _Shali

    ReplyDelete
  2. Hiba dan pilu terasa sehingga ke sanubari serta tiadalah dapat lagi digambarkan dengan untaian kata-kata.

    Betapa kudusnya rayuan kita ... dengan sepenuh harapan merafak sembah agar Melayu itu kembali diletakkan di tempat yg sewajarnya ...


    ~Zai~

    ReplyDelete
  3. Tak kan Melayu hilang di dunia....

    ReplyDelete