ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, February 1, 2010

Keris melela bergetar


Lagi penulis blog hina raja Melayu disiasat

JOHOR BAHRU 31 Jan. - Polis sedang menyiasat beberapa lagi penulis blog yang didapati menyentuh atau menghina institusi raja-raja Melayu dalam laman blog mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya bukti berhubung kegiatan tersebut mencukupi, kesemua mereka yang terlibat akan didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengumpul bukti terhadap kes-kes berkenaan.

''Tindakan yang diambil adalah bukti pihak kerajaan amat serius membendung perkara yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan orang awam terutama hal berhubung kait dengan institusi raja, agama dan kaum.

''Pihak kementerian dengan kerjasama SKKM juga akan terus memantau laman blog yang menyentuh tentang perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini.

Jumaat lalu, seorang juruteknik komputer sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban terhadap pertuduhan menghina institusi kesultanan dan rakyat Johor menerusi blog adukataruna.blogspot.com pada 22 Januari lalu.

Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di No.297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini antara 7.25 malam dan 9.05 malam.

Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Semberong berkata, tindakan menyentuh perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai adalah suatu perkara yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab apatah lagi ia melibatkan imej sesebuah negara.

''Saya percaya kita sepatutnya bersatu dalam memikul tanggungjawab berhubung kes sensitiviti orang ramai seperti institusi raja-raja Melayu dan agama agar ia tidak berleluasa sehingga membakar emosi rakyat," katanya.


[Janganlah sampai Rajamenangis dititahkan laksanakan hukuman sula keatas mereka jika sabit]


(C) UTUSAN 1 Feb 2010

5 comments:

  1. Sangat memalukan bila orang2 Melayu sendiri sanggup menghina Raja2 Melayu - saya rasa orang2 begini mesti dihukum seberat2nya agar orang2 lain tidak berani berbuat begitu !!!!

    ReplyDelete
  2. SOKONG SARANAN HUKUMAN SULA KE ATAS MEREKA JIKA SABIT KESALAHAN !!! (ATAU SEBAT ROTAN)

    MESTI MEREKA GENTAR !!!

    INSTITUSI BERAJA JANGAN KASI MUKA !!! KALAU TAK TEGAS SKRG, APA NAK JADI 10 @ 20 TAHUN LAGI ???


    Abu Hasan Hamdani
    K.Jaya

    ReplyDelete
  3. wasiat baginda Sultan Acheh Darussalam

    ......., dan lagi Raja-raja hendaklah mengamalkan 8 perkara. Pertama, hendaklah selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekalian Wazir-wazir dan Menteri Hulubalang dan sekalian pegawai dan dengan sekalian rakyat. Kedua, janganlah Raja-raja menghinakan Alim-Ulama dan yang ahli akal bijaksana.

    Ketiga, segala yang datang dari pihak musuh daripada seterunya jangan sekali-kali raja percaya. Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir Sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang.

    Kelima, hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. Hendaklah mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan Alim-Ulama dan sekalian Sipahi dengan membalas jasanya masing-masing dengan tertib. Keenam, hendaklah raja menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Iaitu seperti yang telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; Pertama Al-Qur'an, Kedua Al-Hadis, ketiga Ijma', keempat Qias, maka....... keluar daripada itu pun empat perkara: Pertama hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam.

    Ketujuh, janganlah raja-raja itu duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil. Kedelapan, hendaklah raja-raja itu memeliharakan hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa senang hati, kerana ia banyak kebaktian kepada raja.

    Hendaklah raja itu memeriksa sekalian wazir-wazir dan Hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut Qanun kerajaan. Dan tiap-tiap yang salah itu hendaklah dihukum dengan tertib menurut kesalahan dosa yang diperbuat, sesudah diperiksa dengan sehalus-halusnya, supaya jangan zalim menjatuhkan hukum.

    Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan Alim-Ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri dari bersahabat dengan ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan maghzul*kan dia dan mengharap minta keridhaan raja. maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat, seperti dajjal...............

    * Maghzul = kata-kata lucah-cabul tentang perempuan, yang diucapkan ketika senda gurau

    Kutipan dari

    "Qanun Asyih Darussalam"

    (Peraturan Pemerintahan Acheh) di zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1637)

    ReplyDelete
  4. salam

    Kita patut bangga mempunyai Sultan yang sangat mengasihi rakyatnya.. Sewaktu Kemangkatan Sultan Idris nur rasa terkilan tidak dapat hadir upacara pengkebumian Almarhum. Sewaktu Almarhumah Sultanah Aminah mangkat nur dan pihak sekolah hadir beramai2... waktu itu nur dalam tingkatan 1. hmmmm.... sedih bila rakyat mengutuk Sultan dan Raja kita...

    ReplyDelete
  5. Salam nur dan sahabat sekalian,

    Terima kasih lah tidak terhingga kepada semua yg meluhurkan kesetiaan kepada raja. Tidak juga bermakna Melayu itu membuta tuli, tetapi bernas dan berhati budi. Bak kata pujangga moden, jangan Tuah di sembah, dan tidak pula Jebat disanggah, tetapi dalam kedua duanya, tertanam luhur hati Melayu dan kaitan dgn Rajanya.

    -Shali, Rajamenangis-

    ReplyDelete