ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, August 21, 2009

Puisi Ramadhan buat Ana Faqir


Setitis Air Mata Ramadhan 2009

Ku titipkan puisi di Ramadhan yang mulia
buat penawar hati yang lara
buat santapan jiwa yang insaf
Ana Faqir...
jubah putih tersarung di badanmu
kau jeratkan pancaran mukamu
dalam sepoi bayu
pada rembang pagi itu
tiba-tiba gerimis pun membasahi
lalu guruh kilat membelah bumi
“Hujan rahmat,” katamu.

Hadirmu dalam keinsafan Yang Esa
kau lambang kemakmuran jiwa
kau puncak kedamaian hati
kau pingat ketulusan hakiki
di sisi Ilahi.

Terukir senyuman secangkir rasa
dalam permainan zikir tak henti
katamu tenang dan sayu
bak laut selepas gelora ribut
senyum yang terukir mendamba naluri
bak langit indah dihiasi pelangi
menyimbah mukaku seribu kesalahan
dan kupasti pasrah juga
kerana kita cuma insan biasa.

Mirip wajahmu seorang pendita,
ku calitkan rasa cinta,
apakah ini nyata?
Ingin ku pinta hasrat nan satu
doakan ku barang seketika, ya Ana Faqir
Di manakah aku di matamu?
dan di manakah kau di mataku?
sesungguhnya, Ana Faqir sentiasa di mata hati
memberi makna pada suci kasih buat Ilahi
katamu, “Kekasih akan sentiasa bersama dengan yang dikasihi
...semoga kita dalam naungan Allah..."
demi setitis air mata Ramadhan
kau dalam kesetiaan.


RajaMenangis
200809

2 comments:

  1. Kapal dagang dari seberang,
    Sarat muatan kayu meranti,
    Kini Ramadhan sudah menjelang,
    Tanda Allah masih berkati,

    Kalau roboh kota melaka,
    Papan di jawa hamba dirikan,
    Ibadah sunat jangan di leka,
    Jadi pelengkap puasa sebulan,

    Sorong papan tarik papan...,
    Buah keranji dalam perigi,
    sebulan jangan mencuri makan,
    Masuk neraka barulah tahu!!

    Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1410H! Moga dilimpahi rahmat olehNya

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya terharu sungguh Ana Fakir
    Pabila diketahui akan puisi ini untuk nya
    Dan Ana Fakir terdambar kesaorangan
    Memuji Allah dan menguji diri
    Sangat bersendiri
    Sehinga d hening pagi Raya nanti.

    SBA

    ReplyDelete