Tuesday, August 25, 2009
Home »
Islam
,
mahmud
,
mangkat dijulang
,
orang melayu
,
raja melayu
,
sultan johor
,
sultan mahmood
,
Tempat
,
tokoh
» AlMarhum Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Johor
AlMarhum Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Johor
Sejarah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
Sultan Mahmud adalah keturunan dari Raja Melaka yang melarikan diri setelah Melaka jatuh di tangan Portugis tahun 1511. Semasa kanak-kanaknya, baginda dipangku di atas tahta oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil & keluarganya. Apabila ia besar dan mengambil alih tampuk pemerintahan, pusat pemerintahan berpindah dari Riau ke Johor Lama. Di sanalah baginda memerintah dengan kezaliman.
Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun 1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat bengis dan ganjil. Ini disahkan juga oleh utusan belanda ke Johor tahun 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik-cantik.
Alexander dalam bukunya, 'A New Account of The East Indies'- Edinburgh 1727 ada melakarkan kisah seperti berikut:
"He was a great sodomite and had taken many of his orang kaya or Nobles's son, by force into his palace for that abominable services. A Moorish merchant, who was a freighter on board my ship had an handsome boy to his son, whom the king one day saw and would needs have him for a catamite. He threatened the father, that if he did not send him with good will, he would have him by force. The poor man had taken his son on board, imploring my protection which I promised him.." ( Winstedt 1932).
Diberitakan ramai lelaki rupawan menjadi mangsa kebuasan nafsu Sultan Mahmud ini. Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya Megat Seri Rama.
Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.
Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabarkan kematian tragis isteri kesayangannya. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana lainnya bersepakat untuk menghapuskan raja. Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan dari tahta apabila terbukti ia gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang telah diadakan secara tertutup untuk membunuh raja.
Walau bagaimanapun, ada seorang pembesar bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada raja. Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh orang dengan keris penyalang. Pembesar ini merupakan orang keutamaan suku Orang Laut (orang Riau/Lingga) yang pernah menjadi pembantu laksamana dalam perang Johor-Bugis di Linggi. Orang-orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu. Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat, Megat Seri Rama pun membunuh Sultan gila itu dan tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'. Kononnya sebelum mati, baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat Seri Rama dari menjejaki Johor lama itu...
Mengikut perbualan orang di negeri selatan itu, masih ada keturunan Megat Seri Rama yang akan pening kepala dan muntah darah bila berkunjung ke daerah pembunuhan sultan tersebut. Sultan Mahmud ditanamkan orang di Kota Tinggi pada tahun 1699 dan dengan kematian baginda maka putuslah zuriat raja-raja Johor dari keturunan dinasti Raja Melaka. Menurut orang tiadalah sultan itu berputera kerana tiada benih dengan perempuan kerana fitrah luar tabienya itu. Tetapi ada pula seorang penuntut tahta sultan bergelar Raja Kecil. Kononnya raja ini adalah anak Sultan Mahmud yang masa kecilnya dilarikan oleh pembesar baginda ke Muar. Anak pembesar itu diperisterikan oleh Sultan Mahmud dan mendapat Raja Kecil ini. Oleh kerana haru-biru dalam istana gara-gara perilaku ganjil sultan maka pembesar itu menyelamatkan cucunya.
Bersambung.....
Sumber: ( Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.)
Kajian seterusnya masih berjalan
Lelaki cantik ???
ReplyDeletemacam i ke?? :p
Kita memanggil sesiapa sahaja yang ada artikel atau bahan kaji selidik berkaitan peristiwa ini untuk di paparkan disini.
ReplyDeleteRajaMenangis
SALAM RAJA MAENANGIS,
ReplyDeletesaya sangat teruja melihat blog anda...analisa mendalam dalam salah silah lemandirian melayu...
saya ni peminat senjata lama melayu..saya penah dengar orang melayu dulu masa lawan portugis tak lawan dengan keris je, coz kite pun ada l=alat bedil (macam pistol) betul ke? boleh tuan komen...
Lain benar "taste" nya tuu..! Patutlah dibelahnya perut dang Anum. walaubagaimanapun, dia tak juga akan melakukan hal tersebut, melainkan atas galakan dan sokongan yang berkepentingan.
ReplyDeletemaka dengan itu benarlah akan pengucapan maksud kata bicara,
ReplyDeletemaksud kata yang tidak dusta seorang sahabat yang sedang berkata-kata dan masih lagi berkata-kata bicara,
aku yang masih belum mampu untuk bersaksikan maksud bicaranya,
berilah pedomanMu Ya Rabb,
salam hormat,
Sdr Ahmad Soffian, Sdr Merbawi dan Sdr Zul Rahman (mcm saya kenal jer...), hamba sangat sukacita kerana tuanhamba semuanya sudi hadir ke teratak hamba yang tak seberapa ini.
ReplyDeleteAdapun benar sungguh, pedang, parang, golok, selewa, lembing dan panah adalah senjata2 utama pahlawan dahulu apabila bertempur, khususnya kerana senjata itu lebih panjang dan lebih kuat/tajam dibandingkan dengan senjata hunus (Keris). Keris pada khususnya di hunus apabila si pengguna empunya ilmu batin tertentu atau apabila kedua2 menggunakan keris (pada amnya).
Lela dan meriam Sultan2 Melayu dan kerabat diraja (masa kurun ke 17) adalah amat terkenal, dan orang barat pun akui akan hal ini. Silalah baca kisah peperangan Kedah-Siam 1822-1843 (?) dan disitu meriam Melayu amat di takuti.
Salam Aidilfitri semua.
Rajamenangis
KL
saudara raja menangis yang kami kasehi,
ReplyDeletekenal...
memang sudah kenal lama,
di awali dengan kata-kata,
apa khabarnya raja memengis sekarang?
salam,
zul rahman