ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, April 10, 2009

Misteri dan Kesaktian

Fakta

Senjata tradisional warisan turun temurun cukup kaya dari aspek nilai sejarah, budaya, puitika dan estetika.



Senjata dalam konteks umum amat rapat hubungannya dengan elemen pertempuran, pertahanan dan keselamatan.



Fungsi senjata berkembang antaranya sebagai barang pertukaran dagangan, hadiah tanda persabahatan antara kerajaan, simbol kekuasaan dan ketuanan selain fungsi mistik dan kuasa supraintrinsik yang dimilikinya.



Dalam masyarakat Melayu, senjata tradisional seperti keris, tombak, lembing, badik, tumbuk lada, renong dan lading dikaitkan dengan unsur kuasa yang menampakkan kehebatan, kekuatan dan keistimewaan.



Keris mendapat tempat utama dalam masyarakat Melayu malah sering dikaitkan dengan unsur kuasa, magis dan sakti serta misteri.



Pada sebilah keris juga dikatakan terletaknya tuah, darjat, sial, malang dan falsafah tersendiri.



Masih ada yang percaya senjata lama mempunyai kuasa luar biasa hingga mempengaruhi kehidupan mereka. Misalnya, ada pihak mengaitkan keris sebagai alat membawa semangat, keramat serta melambangkan daya fikir orang Melayu.



Ada juga percaya keris boleh membawa tuah kepada pemiliknya.



Mengikut kepercayaan mereka, kuasa luar biasa ini ditimbulkan oleh beberapa keadaan iaitu ada keris didakwa mempunyai daya magis kerana jenisnya dan ada juga disebabkan pamornya.



Setiap pamor, misalnya pamor perut ular, mata ketitir, ketandaan dan air menitik dikatakan memiliki daya magis tersendiri.



Keris juga mempunyai fungsi mistik dalam dunia perubatan tradisional, perdukunan dan perpawangan. Kepercayaan terhadap keris sebagai kuasa supraintrisik, magis dan dunia paranormal.



Alat persenjataan ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu senjata pendek, panjang serta tempur jarak jauh. Alat persenjataan ini berevolusi seiring dengan perkembangan semasa hasil pengaruh pelbagai kebudayaan.



Selain mempamerkan keunikan senjata tradisional, pameran juga memberi penjelasan berhubung beberapa amalan membabitkan senjata seperti perasapan dan kepentingan senjata dalam dunia perubatan.



Misteri dan kesaktian

Oleh Shamshul Azree Samshir

Berita Harian



UNTUK ARTIKEL PENUH, SILA KLIK SINI





0 comments:

Post a Comment