.jpg)
Kapitan Keling membawa masuk pembina dan batu-batan untuk projek ini. Struktur asal adalah setingkat, berbentuk empat segi bujur dengan bahagian sekelilingnya mempunyai bangku panjang. Tapak seluas 18 ekar itu telah diberikan kepada komuniti India Muslim oleh Sir George Leith (Leftenan Gabenor Pulau Pinang) pada November 1801.
Namun bila Georgetown semakin besar, kerajaan membeli kawasan sekitar masjid untuk membina Balai Polis dan Pasar Campbell Street. Makam Kapitan (yang meninggal pada 1834) terletak di Kampung Kolam, tidak jauh dari masjid itu. Menjelang 1903, keluasan asal berkurangan menjadi 8 ekar sahaja.
.jpg)
Bahagian luar kekuningan sementara lantainya marmar putih. Arca di sepanjang lorong berbentuk tapak kuda. Fasad bangunan dan bahagian dalamnya dihiasi corak geometrik kerana unsur manusia atau binatang adalah ditegah dalam Islam.
Masjid ini diperelokkan lagi pada 2003, dengan peruntukan RM5 juta, kerana air meresap ke dinding dan sistem pengaliran yang tidak sesuai. Ketika ini, sebuah laluan beratap dibina ke kawasan wuduk jemaah wanita. Kaligrafi ditambah di kubah dan dinding bagi menggantikan motif bunga. Sebuah Pusat Informasi Islam juga dibina di situ.
Ada lagi fakta tentang Masjid Kapitan Keling yang tak ada dalam atrikel ni...
ReplyDeleteKat sebuah Menara di depan masjid merupakan sebuah pusat dakwah yang dijalankan oleh IPCI (Malaysia) yang diketuaio oleh Sdr. Kamaruddin Abdullah, seorang mantan Kristian. Kerja dakwah yang dijalankan di situ sangat dinamik, pengunjung boleh dapatkan banyak artikel tentang Islam dalam pelbagai bahasa. Ramai juga di kalangan pelancong asing dan pengunjung yang memeluk Islam, apabila didakwahkan di situ. kalau pembaca ingin kan sesuatu kelainan dalam mengenal Islam bolehlah berkunjung disana...