ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, April 1, 2009

Sepintas Lalu

Betulkah Bangsa Melayu telah dijajah secara bersambung-sambung dari zaman Portugis semenjak 1511 sehingga kemerdekaan pada 1957?

Kita difahamkan seolah-olah Semenanjung Tanah Melayu 'keseluruhannya' telah terjajah semenjak beberapa ratus tahun dulu, bermula dengan penjajahan Portugis di Melaka, Belanda, British dan Jepun, kemudian British semula sehinggalah kita mencapai kemerdekaan. 'Fakta sejarah' ini langsung tidak mencerminak hakikat sejarah sebenar tanah air dan merupakan suatu propaganda orientalis untuk melemahkan keyakinan bangsa Melayu kerana menganggap diri bukan saja mudah terjajah, tapi tidak ada kekuatan untuk melepaskan diri dari belenggu penjajahan selama berkurun lamanya.

Sebenarnya Tanah Melayu terjajah sepenuhnya hanya selepas kedatangan Britisih. Itupun secara berperingkat, bermula dengan Perjanjian Pangkor (1874) yang membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Pahang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan). Manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kelantan, Johor, Terengganu, Kedah dan Perlis). Bermakna penjajahan Tanah Melayu oleh British bermula pada 1874 dan dijajah keseluruhannya pada 1930.

Sebelum itu, hanya Kota Melaka saja yang dijajah secara bersambung-sambung. Kesultanan lain tetap merdeka dan berdaulat. Sesekali terdapat penjajahan namun ia tidaklah dalam keadaan terus menerus seperti di Melaka.

Penjajah Siam tidak menghadapi lawan yang mudah di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kesultanan Perak dan Pahang yang pernah 'dijajah' oleh Acheh lebih atas motif agama (untuk menyingkir Portugis dari Melaka). Apa yang menariknya, Acheh menaikkan dua putera raja daripada kesultanan tersebut untuk menjadi raja Acheh, iaitu Sultan Alauddin Mansur Shah dari Perak (1577-1586) dan Sultan Iskandar Thani dari Pahang (1636-1641).

Dipetik drpd buku '101 Soal Jawab melayu Islam Beraja'
Susunan Hj Muzaffar & (Tun) Suzana


0 comments:

Post a Comment