ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, February 22, 2008

Siapa Raja Chulan?

Raja Chulan dari Perak
(Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah) (Julai 1, 1869 - April 10, 1933) adalah kerabat DiRaja Perak. Baginda mendapat pendidikan Inggeris di Malay College Kuala Kangsar. Baginda bersama British, dan Sultan2 Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang membentuk Negeri2 Melayu Bersekutu (Federated Malay States, pada Julai 1, 1896). Baginda kemudian menjadi Ahli Federal Law Committee pada 1924. Raja Chulan menggesa British agar memperbaiki kedudukan ekonomi orang2 Melayu dan kemasukan mereka ke perkhidmatan awam. Baginda juga menulis buku Misa Melayu (Siri Warisan Sastera Klasik) menggunakan nama Chulan ibni Raja Hamid. Pada 1982, Weld Road di Kuala Lumpur diubah nama menjadi Jalan Raja Chulan.

Raja Chulan dari India
Baginda adalah Maharaja India. Baginda sangat berkuasa dan ramai pemerintah tunduk di bawah kekuasaan baginda kecuali Maharaja China. Jadi, baginda hendak melanggar China dengan angkatan peperangan yg paling besar dalam sejarah. Tanpa peta, baginda menyusuri pantai dengan harapan dapat tiba ke China.


Kedatangannya diketahui oleh Maharaja China. Jadi, untuk memperdayakan Raja Chulan, atas cadangan pembesar, Maharaja China menitahkan agar sebuah jongkong lama disediakan dengan orang2 tua tiada bergigi, pasu2 berisi pokok yg sudah berbuah dan jarum peniti. Jongkong ini belayar hingga ke Temasek di mana mereka bertemu dengan Raja Chulan.

Kata orang2 Cina itu, mereka masih kanak2 ketika bertolak dari China, pokok itu pula dari anak benih dan jarum peniti dari paku yg besar. Mereka memberitahu Raja Chulan bahawa Negara China sangat jauh. Kesimpulannya orang2 Cina berjaya dengan tipu helah itu dan negara mereka terselamat. Akhirnya Raja Chulan berpatah balik ke negara baginda.
~ Versi ini dikisahkan oleh Tun Seri Lanang di dalam buku Sejarah Melayu.

3 comments:

  1. SHALI juga pernah menuntut di Malay College Kuala Kangsar!! Mungkin lorong2 ke bilik darjah yg pernah dijejaki oleh Raja Chulan juga menjadi laluan SHALI... Yg pastinya, pokok besar di pekarangan MCKK itu mungkin pernah menaungi Raja Chulan!

    ~ Norzailina

    ReplyDelete
  2. Raja Chulan (versi kisah Sejarah Melayu : Tun Seri Lanang) juga dikenali sebagai Raja Syulan.

    ~ Norzailina

    ReplyDelete
  3. Raja Chulan of Perak pergi ke London untuk belajar undang-undang & menjadi Majistret pertama di Kuala Kangsar...

    ReplyDelete