Penghujung Jun 2006, lewat beberapa siri perbincangan, tercetuslah ilham buat kami menulis sebuah kisah yang berlegar di sekitar buku Sulalat Al-Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Seri Lanang. Walaupun buku ini telah ditulis kira-kira 394 tahun yang lalu ternyatalah tidak ramai yang mengetahui tentangnya kecuali di kalangan tokoh-tokoh sejarawan atau pengkaji kesusasteraan.
Alangkah ruginya seandainya kami tidak membongkar keunikan dan keindahan karya Tun Seri Lanang yang selama ini menjadi rujukan para cendikiawan di serata pelusuk dunia. Namun kami percaya, jalannya tidak mudah. Bukan setakat itu saja. Pada hakikatnya, jalan itu sudah pernah ditempuhi oleh ramai pakar pengkaji sebelum kami. Jadi, kami terfikir untuk mencuba approach baru yang belum pernah diterokai oleh penulis lain. Approach baru ini adalah dengan menovelkan karya tersebut.
Dengan cara itu sahaja, kami percaya lebih ramai khalayak akan dapat menikmati kisah yang tersurat di dalam buku Sejarah Melayu itu. Kami ingin menceritakan kembali Kesultanan Raja-raja Melayu dalam bentuk yang lebih dekat kepada ‘selera’ pembaca masakini. Selain daripada mengkaji seberapa banyak buku-buku yang berkisar tentang sejarah, kami juga berusaha mendapatkan pandangan tokoh-tokoh serta orang-perseorangan yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang ini.
Kisah-kisah yang belum pernah diberitahu di mana-mana, tidak didokumentasikan atau tidak pernah dihighlightkan sebelum ini menjadi intipati novel kami. Ada juga yang disampaikan dari mulut ke mulut dan melalui kacamata mereka, kisah tersebut ternyata lebih ‘hidup’ dan menakjubkan. Jadi, proses pengkaryaan ini tidak jauh bezanya ketika Tun Seri Lanang sendiri mengumpulkan kisah-kisah Kesultanan Melayu untuk dimuatkan di dalam Sejarah Melayu. Sesungguhnya, kami cuma meneruskan tradisi penceritaan dari zaman ke zaman. Dan dari generasi ke generasi.
Jadi, apakah motif utama novel ini? Untuk mengisi ruang di dalam kehidupan Tun Seri Lanang sebagai seorang pengarang yang begitu tekun di samping menggalas tanggungjawab sebagai Bendahara Paduka. Kenapa tidak kita selami kehidupan sehari-harian beliau semasa menulis? Jikalau Sejarah Melayu tidak diberi tarikh, novel ini sebaliknya. Dengan demikian, dapatlah pembaca mengaitkan sesuatu kejadian dengan sejarah peradaban dunia ketika itu.
Tidakkah tepat seandainya kita menyatakan bahawa dunia pengkaryaan adalah dunia yang penuh misteri juga? Bagaimana seseorang penulis boleh berada di alam lain, sedangkan dirinya berpijak di bumi nyata?
Beberapa bulan selepas memulakan novel ini, penulis dikunjungi SMS daripada seseorang yang tidak dikenali. Anehnya bahasa di dalam mesej itu tidak difahami langsung tetapi ada bait-bait keIndonesiaan. Beberapa SMS menyusul namun masih mengandungi kata-kata yang ganjil.
Hanya setelah penulis membaca dialog Patih Adam (mukasurat 169 dalam Sejarah Melayu) barulah timbul kesedaran bahawa bahasa SMS seakan-akan sama dengan dialog tersebut! Bila SMS menyebut pula nama ‘Mataram’, hati penulis semakin berdebar kerana Kesultanan Mataram telah wujud di Indonesia sekitar 1575-1601. Kesimpulannya, ada semangat yang tidak difahami sedang cuba merungkaikan keanehan yang tidak terbatas dalam lingkungan masa mahupun tempat.
Sebahagian novel ini mengisahkan pengalaman TSL mengarang Sejarah Melayu dari Mei 1612 sehingga ditawan oleh Acheh pada Jun 1613, dan menyudahkannya pada Januari 1615 (selama 32 bulan). Pada waktu yang sama, perkembangan susur galur Sultan Mahmud Shah (Sultan terakhir Kesultanan Melaka) yang terpaksa tunduk kepada Portugis. Walau bagaimanapun baginda tidak pernah berputus asa memerangi Portugis dari pusat-pusat pemerintahan di Bentan (juga disebut Bintan).
Kisah yang diselitkan di dalam novel ini terus menjadi misterinya yang tersendiri berikutan munculnya seseorang yang mendakwa dirinya waris Kesultanan Melaka yang sebenarnya. Ganjil juga kenapa negeri yang mula-mula diperintah oleh Sultan, kini, setelah 607 tahun berlalu, tidak berSultan!
Tidakkah kita sedar, seandainya kita tidak meleraikan kekusutan ini, sampai bila-bila jua pun, tiada sesiapa yang ambil peduli. Inilah masanya, pada firasat kami, untuk membongkar apa yang selama ini menjadi igauan, mencantas segala yang pernah menjadi impian, mengocak air yang selama ini tenang di kali. Lantaran semangat kami gembeling untuk memecahkan ruyung yang selama ini menyimpan khazanah sejarah yang bukan sedikit, melindungi rahsia yang bukan calang-calang.
Demi waktu yang kian berarak tanpa terhenti detiknya walau sesaat jua pun, dipersaksikan bulan, bintang dan matahari, kami persembahkanlah sebuah kisah yang bukan mitos, bukan fragmen minda; tapi cetusan rasa yang meledak ingin berbicara, bahasa sejarah yang tidak mungkin lenyap ditelan zaman.
Hayatilah kisah seterusnya di dalam novel yg dijangkakan berada di pasaran Julai 2008, genap dua tahun setelah tercetus idea untuk menulisnya...!!
kak lina..novel ni mat akan pastikan berada dalam koleksi bila ia dilancarkan nanti..moga usaha kak lina dan semua yang terlibat diberkati Allah SWT..insya allahh...caya sama lu lahh!!!
ReplyDeletemat gebu >>
ReplyDeleteThank u kerana sentiasa "teguh" berdiri di belakang akak & SHALI yg sedang berusaha 'menghadiahkan' sesuatu yg bernilai untuk tatapan pembaca sehingga ke bila2 pun..
Memang sukar menulis sesuatu seperti ini tetapi berkat doa ramai, ia hampir berjaya dilaksanakan. InsyaAllah, akan muncul tak lama lagi...
SALAM DAN INGIN BERTANYA TENTANG SEJARAH TIANG BERTARAH DAN PUTERI BUIH YANG ADE KAITAN DENGAN KESULTAN PERAK..?
ReplyDeleteAssalamualaikum warahmatullah,
ReplyDeleteKepada Tim Pencerita Istana, tahniah dan sekalung penghargaan buat anda semua. Teruskan mencurah mutiara berharga ini. Insya Allah, saya sentiasa menyokong kalian.
imran azmi >>
ReplyDeleteTerima kasih banyak kami ucapkan. Betapa bermakna sokongan anda itu dalam 'perjuangan'kami.