ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, February 20, 2008

Jawapan utk En Adnan

(1) Apakah kaitan Sultan Kedah dengan Siam?

Kerajaan Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam, negeri Siam adalah sebuah negeri islam sebelum ia diserang dan ditawan oleh tentera Buddha Alaungphaya dalam tahun 1767. Mereka mendedahkan bahawa waris Raja Besar, Empayar Benua Islam Siam Kedah masih ada hingga ke hari ini (walau keturunannya cuba dihapuskan dahulu) bernama Tuanku Nai Long Kassim untuk meriwayatkan apa yang berlaku melalui wasiat yang diterimanya hampir 60 tahun yang lalu. Adalah dinyatakan bahawa bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam Islam bermula dengan Raja Rama I yang beragama Buddha. Mereka kemudiannya menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama bangsa raja mereka, Sukhothai. (Ruj: sini)

Merong Mahawangsa atau dikenali sebagai Maharaja Durbar Raja adalah Raja Kedah yang pertama. Berasal dari Tanah Besar Parsi.Menurut sumber yang dipetik dari Hikayat Merong Mahawangsa dan Al-Tarikh Salasiah Negeri Kedah, telah dinyatakan bahawa Islam tiba di Kedah pada zaman pemerintahan raja yang seterusnya. Raja tersebut dikenali dengan nama Phra Ong Mahawangsa. Baginda merupakan raja Tanah Melayu yang pertama memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah (1136-79).

700 tahun kemudian....
Sultan Jaafar Madzam Shah @ Tuanku Nai Long Jaafar (1862-76) melantik Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut menggantikan tempat baginda. Adinda baginda, Sultan Tunku Abu Toha menjadi Raja Bagan Serai Perak (dibunuh oleh Inggeris pada 1876). Sultan Jaafar pula dibunuh penjajah Inggeris dan Thai pada 1876 di Gurun. Setelah itu bermulalah penjajahan Kedah oleh Thai (1876-1891). Pihak Thai merampas harta peninggalan yg ada seperti peralatan Istana, bukti2 bertulis dan merobohkan 15 Istana Maharaja Benua Islam Siam sepanjang 5 tahun menjajah Kedah.

Rakyat hidup dalam ketakutan. Pangkat dan nama dibuang kerana mereka pasti dibunuh jika ditangkap Thai. Tuanku Nai Long Hj Yassin ibni Tuanku Nai Long Jaafar menguruskan perniagaan ternakan (identiti disembunyikan). Tuanku Nai Long Hj Mahmud ibni Tuanku Nai Long Hj Yassin bersahabat baik dengan Sultan Badlishah sejak kecil setelah disisihkan oleh Sultan Abdul Hamid (menantu Chulalongkorn, Sultan Kedah ke-28) ke Kg.Titi Haji Idris.

Tuanku Nai Long Hj Mahmud berani bersemuka dengan baginda dan memperkenalkan dirinya sebagai cucu Tuanku Long Jaafar (walau parang diletakkan di lehernya). Sultan Abdul Hamid kesal dan melantiknya sebagai Ketua Penghulu Negeri Kedah. Namun perlantikan ditarik balik bila Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri (ibu Tunku berketurunan Siam).

(2) Siapakah Marhum Mangkat di Sekudai?
Pada 1876, Sultan Ismail (bekas Sultan Perak) yg telah menentang British dalam masa Perang Perak (berkaitan dengan pembunuhan Residen J.W.Birch) telah menyerah diri kepada British. Baginda (Raja Ismail) dibawa ke Singapura sebelum dihantar kepada Maharaja Johor pada Mac tahun yg sama. Setelah orang2 yg terbabit dalam pembunuhan itu disiasat dan dibicarakan, mulai 1877 Raja Ismail dihukum oleh British buang negeri ke Sekudai, Johor. Pada 4 Sept 1889, Raja Ismail mangkat dan dimakamkan di Bukit Mahmudiah, Johor Bharu dan disebut Marhum Mangkat di Sekudai.

7 comments:

  1. Kak norz

    ~ mcm ner pula dgn sistem penggiliran yang diamalkan oleh sultan2 Perak sebelum ni? Perak kan mengamalkan sistem Temenggung. So tak semestinya anak raja pasti akan menjadi sultan. ada gelaran raja hilir, raja bendahara, raja muda and baru lah sultan kan...

    ~ akak ada maklumat ttg Raja Chulan tak? Mcm ner dgn life dia yer...sorry klau yani silap...Raja Chulan juga ada memberi sumbangan untuk negeri Perak kan, apa erk kak norz?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak lina atas jawapan utk marhum mangkat di Sekudai tu yeaa..Yang unik pasal kesultanan tanah2 melayu ni, mereka ada pertalian darah dan bersangkut paut antara satu sama lain kan.

    ReplyDelete
  3. angriani >>
    InsyaAllah akan dihuraikan pada entry akan datang ~ nantikan, ya? Nak kena buka kitab dulu...

    ReplyDelete
  4. mat gebu >>
    Memang benar ada pertalian darah. Namun paling utama berpunca daripada Kesultanan Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah (Sultan terakhir sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis). Putera baginda (Raja Muzaffar) menjadi Sultan Perak pertama. Sementara Sultan Alauddin memerintah Johor Lama. Daripada keturunan Bendahara di Johor pula menjadi pemerintah di Trengganu dan Pahang.

    ReplyDelete
  5. QUOTE: "Rakyat hidup dalam ketakutan. Pangkat dan nama dibuang kerana mereka pasti dibunuh jika ditangkap Thai."

    Inilah juga yg telah terjadi kepada pewaris Tun Teja di Johor. Menurut sesetengah sumber yg layak dipercayai, bila ada wakil Istana bertanyakan perihal keluarga pewaris yg masih ada, masing2 membisu & mengatakan tidak tahu. Generasi yg seterusnya juga tak diberitahu tentang keturunan yg terdahulu. Dgn cara ini, bagaimana hendak menyiasat perihal Salasilah yang benar?
    Mungkinkah 'kebimbangan' mereka untuk menyerlahkan keturunan berasas?

    ReplyDelete
  6. Kerajaan Ayuthia bukan kerajaan islam. Jangan beri keterangan palsu.

    Sila rujuk sejarah/article dan tapak tapak geologi.

    ReplyDelete