Tuesday, February 12, 2013
Lelaki ditahan, tunjuk isyarat lucah
GEORGE TOWN, 12 Feb — Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
“Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.
“Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hatta berkata suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.
Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat sini berhubung perkara itu.
Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.
“Kami tidak berpuas hati dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini ke muka pengadilan,” katanya.
Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang. — Bernama
Tuesday, February 5, 2013
Penciptaan tujuh petala langit
SELEPAS dibincangkan sebahagian berkaitan dengan kekuasaan Allah SWT di mana boleh melakukan apa sahaja. Maka Allah SWT mengukuhkan lagi penghujahan dan alasan bagaimana kuasa-Nya Allah SWT tanpa boleh ditolak banding dan dipertikaikan lagi.
Firman Allah SWT: Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi Yang Maha mengetahui. (Yasin: 81)
Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman mengkhabarkan dan mengingatkan kita tentang kekuasaan-Nya yang agung dalam menciptakan tujuh lapis langit dan yang terkandung di dalamnya berupa bintang-bintang yang beredar dan tetap, serta mencipta tujuh lapis bumi dan apa yang terkandung di dalamnya berupa gunung-gunung, batu-batuan, lautan, hutan dan isinya. Dia pun mengarahkan untuk mengambil dalil tentang dikembalikannya jasad-jasad dengan penciptaan sesuatu yang agung ini."
Al-Maraghi berkata: "Allah SWT memperingatkan manusia, bahawa Dia mampu mencipta tujuh petala langit berserta bintang dan lain-lainnya serta bumi dengan segala isinya. Allah SWT juga memperingatkan bahawa Dia yang berkuasa mencipta alam semesta Yang Maha Besar itu, sudah tentu Dia berkuasa mengembalikan semua tulang-temulang manusia yang hancur menjadi seperti sediakala."
Sayid Qutub berkata: "Itulah matahari-matahari yang tidak terhitung banyaknya. Setiap matahari mempunyai jalan peredarannya masing-masing dan kebanyakannya mempunyai planet-planet pengikut yang beredar di sekelilingnya seperti bumi beredar di sekeliling matahari kita."
Semuanya beredar dan berlari dengan tepat dan tetap, tidak pernah berhenti sesaat pun dan tidak pernah kacau. Jika tidak, alam ini akan binasa dan bintang-bintang yang besar yang terapung-apung di angkasa itu akan berlanggaran satu sama lain.
Angkasa raya menjadi tempat terapung-apung jutaan bintang yang tidak terbilang itu adalah di luar keupayaan kita untuk menggambarkan dan memahaminya. Ia merupakan sesuatu yang memeningkan kepala manusia.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!." Maka ia terus menjadi. (Yasin: 82)
Ibnu Kathir berkata: "Iaitu, Dia memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu pengulangan dan penguat seperti kata penyair, Jika Allah menghendaki satu perintah, Dia hanya mengatakan satu perkataan, Jadi, maka ia pun jadi."
Al-Maraghi berkata: "Ayat di atas menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga boleh terjadi. Setelah menjelaskan akan keagungan kekuasaan-Nya, Allah SWT kemudian menyucikan diri-Nya daripada segala tohmahan batil orang musyrik."
Syed Qutub berkata: "Sama ada sesuatu itu langit atau bumi, lalat atau semut semuanya sama sahaja di hadapan kalimat kun dan semuanya akan terus muncul ke alam al-wujud. Di sana tiada yang mudah dan tiada yang payah, tiada yang dekat dan tiada yang jauh."
Sebaik sahaja wujudnya iradat Allah SWT untuk menciptakan sesuatu sudah cukup untuk mewujudkan biarpun apa sahaja sesuatu itu. Allah hanya mendekatkan gambaran urusan penciptaan itu kepada manusia supaya mereka dapat memahaminya dengan ukuran manusia yang terbatas.
sumber: utusan.com.my
Firman Allah SWT: Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi Yang Maha mengetahui. (Yasin: 81)
Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman mengkhabarkan dan mengingatkan kita tentang kekuasaan-Nya yang agung dalam menciptakan tujuh lapis langit dan yang terkandung di dalamnya berupa bintang-bintang yang beredar dan tetap, serta mencipta tujuh lapis bumi dan apa yang terkandung di dalamnya berupa gunung-gunung, batu-batuan, lautan, hutan dan isinya. Dia pun mengarahkan untuk mengambil dalil tentang dikembalikannya jasad-jasad dengan penciptaan sesuatu yang agung ini."
Al-Maraghi berkata: "Allah SWT memperingatkan manusia, bahawa Dia mampu mencipta tujuh petala langit berserta bintang dan lain-lainnya serta bumi dengan segala isinya. Allah SWT juga memperingatkan bahawa Dia yang berkuasa mencipta alam semesta Yang Maha Besar itu, sudah tentu Dia berkuasa mengembalikan semua tulang-temulang manusia yang hancur menjadi seperti sediakala."
Sayid Qutub berkata: "Itulah matahari-matahari yang tidak terhitung banyaknya. Setiap matahari mempunyai jalan peredarannya masing-masing dan kebanyakannya mempunyai planet-planet pengikut yang beredar di sekelilingnya seperti bumi beredar di sekeliling matahari kita."
Semuanya beredar dan berlari dengan tepat dan tetap, tidak pernah berhenti sesaat pun dan tidak pernah kacau. Jika tidak, alam ini akan binasa dan bintang-bintang yang besar yang terapung-apung di angkasa itu akan berlanggaran satu sama lain.
Angkasa raya menjadi tempat terapung-apung jutaan bintang yang tidak terbilang itu adalah di luar keupayaan kita untuk menggambarkan dan memahaminya. Ia merupakan sesuatu yang memeningkan kepala manusia.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!." Maka ia terus menjadi. (Yasin: 82)
Ibnu Kathir berkata: "Iaitu, Dia memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu pengulangan dan penguat seperti kata penyair, Jika Allah menghendaki satu perintah, Dia hanya mengatakan satu perkataan, Jadi, maka ia pun jadi."
Al-Maraghi berkata: "Ayat di atas menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga boleh terjadi. Setelah menjelaskan akan keagungan kekuasaan-Nya, Allah SWT kemudian menyucikan diri-Nya daripada segala tohmahan batil orang musyrik."
Syed Qutub berkata: "Sama ada sesuatu itu langit atau bumi, lalat atau semut semuanya sama sahaja di hadapan kalimat kun dan semuanya akan terus muncul ke alam al-wujud. Di sana tiada yang mudah dan tiada yang payah, tiada yang dekat dan tiada yang jauh."
Sebaik sahaja wujudnya iradat Allah SWT untuk menciptakan sesuatu sudah cukup untuk mewujudkan biarpun apa sahaja sesuatu itu. Allah hanya mendekatkan gambaran urusan penciptaan itu kepada manusia supaya mereka dapat memahaminya dengan ukuran manusia yang terbatas.
sumber: utusan.com.my
Haram jika biar bukan Islam persenda takbir
Kuala Lumpur: Haram bagi umat Islam membuka ruang untuk orang bukan Islam mempersenda kebesaran Allah, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Sehubungan itu katanya, umat Islam berkewajipan mengawal pada peringkat awal daripada berlakunya usaha yang boleh memperlekeh dan mempersenda kalimah suci berkenaan.
“Sesuatu itu perlu disekat lebih awal lagi, kalau kita penyebab orang mempersenda agama kita, kita berdosa, haram. Hormati agama lain “Malah, umat Islam dilarang mengutuk sembahan penganut agama lain supaya mereka tidak mengutuk Allah yang kita sembah, jika umat Islam membenarkan Allah dikutuk, kita yang patut dipersalahkan,” katanya.
Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menyatakan bukan Islam yang menghadiri majlis dan ceramah parti itu tidak dihalang menyebut Allahuakbar. Mohamad Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan dikaitkan dengan agama bukan Islam. Katanya, kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian 2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Enakmen sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980, manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988, diikuti Pahang (1989), Negeri Sembilan dan Johor pada 1991. “Allahuakbar perlu diucap dengan penuh keimanan, atas kesedaran Allah Maha Agung, sebab itu dalam enakmen dinyatakan Allahuakbar tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam sebagai satu bentuk kawalan supaya tidak disalah erti dan disalah guna,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata Allahuakbar hanya boleh dilaungkan oleh orang bukan Islam yang mengakui, memahami dan menerima Islam sebagai agama suci dan benar. Katanya, mereka yang menyebut kalimah suci itu tetapi enggan mengakui Allah itu Maha Besar dan kebesaran Islam dianggap cuba merendahkan martabat dan kesucian Islam.
“Mungkin penganut agama lain akan lebih dekat dengan Islam jika mengucapkan kalimah suci itu tetapi jika mereka sekadar mempermainkan kalimah itu, tidak dibenarkan dalam Islam. “Masalahnya bagaimana kita boleh mengetahui sama ada mereka ikhlas menyebut kalimah itu (bagaimanapun) kita perlu bersangka baik,” katanya.
sumber : bharian.com.my
“Sesuatu itu perlu disekat lebih awal lagi, kalau kita penyebab orang mempersenda agama kita, kita berdosa, haram. Hormati agama lain “Malah, umat Islam dilarang mengutuk sembahan penganut agama lain supaya mereka tidak mengutuk Allah yang kita sembah, jika umat Islam membenarkan Allah dikutuk, kita yang patut dipersalahkan,” katanya.
Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menyatakan bukan Islam yang menghadiri majlis dan ceramah parti itu tidak dihalang menyebut Allahuakbar. Mohamad Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan dikaitkan dengan agama bukan Islam. Katanya, kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian 2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Enakmen sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980, manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988, diikuti Pahang (1989), Negeri Sembilan dan Johor pada 1991. “Allahuakbar perlu diucap dengan penuh keimanan, atas kesedaran Allah Maha Agung, sebab itu dalam enakmen dinyatakan Allahuakbar tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam sebagai satu bentuk kawalan supaya tidak disalah erti dan disalah guna,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata Allahuakbar hanya boleh dilaungkan oleh orang bukan Islam yang mengakui, memahami dan menerima Islam sebagai agama suci dan benar. Katanya, mereka yang menyebut kalimah suci itu tetapi enggan mengakui Allah itu Maha Besar dan kebesaran Islam dianggap cuba merendahkan martabat dan kesucian Islam.
“Mungkin penganut agama lain akan lebih dekat dengan Islam jika mengucapkan kalimah suci itu tetapi jika mereka sekadar mempermainkan kalimah itu, tidak dibenarkan dalam Islam. “Masalahnya bagaimana kita boleh mengetahui sama ada mereka ikhlas menyebut kalimah itu (bagaimanapun) kita perlu bersangka baik,” katanya.
sumber : bharian.com.my
Tuesday, January 22, 2013
Kaedah Ruqyah Syar'iyyah
Ramai di antara kita yang sedang berulang alik ke pusat rawatan untuk mengubati penyakit seperti saka, sihir, santau dan sebagainya. Tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka tiada pelindungan diri dan bergantung sepenuhnya dengan rawatan yang diberikan tanpa ada usaha diri sendiri untuk mengubatinya di rumah.
Akibatnya, ramai di antara mereka berulang alik ke pusat rawatan dan tidak sembuh-sembuh. Ia bukan kerana pusat rawatan tersebut tidak 'menjadi' tetapi amalan dan kekuatan diri sendiri yang tidak sehebat gangguan yang membelenggu mereka. Maka tidak hairanlah ada di antara pesakit menanggung penyakit gangguan selama 5 hingga 10 tahun!
Sila baca lagi di sini.
Sila baca lagi di sini.
Pengkisahan Sejarah Istana Bandar
Forum/ Dialog Pengkisahan Sejarah Istana Bandar, Kuala Langat
Tarikh : 31 Januari 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
Yuran penyertaan: Percuma
Peserta: Terhad kepada 150 orang perserta sahaja ( pendaftaran awal dialukan)
Selain pembentangan kertas kerja daripada pakar sejarah dan dialog bersama kerabat Diraja Selangor, turut diadakan persembahan kebudayaan, pameran dan jualan buku.
Keterangan lanjut hubungi Urusetia Puan Rohayu/ Puan Shahrulniza di talian 03 5519 0050, 5510 3220 atau emelkan ke shahrulniza_ lms@padat.gov.my, rohayu@padat.gov.my
Tarikh : 31 Januari 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
Yuran penyertaan: Percuma
Peserta: Terhad kepada 150 orang perserta sahaja ( pendaftaran awal dialukan)
Selain pembentangan kertas kerja daripada pakar sejarah dan dialog bersama kerabat Diraja Selangor, turut diadakan persembahan kebudayaan, pameran dan jualan buku.
Keterangan lanjut hubungi Urusetia Puan Rohayu/ Puan Shahrulniza di talian 03 5519 0050, 5510 3220 atau emelkan ke shahrulniza_ lms@padat.gov.my, rohayu@padat.gov.my
Jangan Pertikai Keputusan
KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Selepas menempelak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam, Dewan Ulama Pas meminta DAP jangan sesekali mempertikaikan keputusan dewan itu berhubung isu kalimah Allah yang khusus untuk orang Islam.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah tidak perlu dipersoalkan oleh pakatan pembangkang kerana kerjasama yang dijalinkan mereka hanya dalam soal politik dan bukannya agama.
Bagi persoalan yang menyentuh agama katanya, Pas boleh membuat keputusan secara bersendirian.
"Kalau Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu merayu atau mendesak juga Pas mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti, itu dia punya pasallah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.
Karpal dilaporkan sebagai berkata, langkah itu bertujuan memastikan pendirian Pas selaras dengan keputusan awal yang telah dicapai pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu.
Pengerusi DAP itu juga berharap supaya pendirian Pas berkaitan isu kalimah Allah tidak bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang.
Harun berkata, apa yang beliau sedia maklum, keputusan Majlis Syura Ulama parti itu mengenai isu tersebut adalah muktamad dan beliau menyifatkannya sudah selesai.
"Sebenarnya isu ini sudah selesai setelah Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Tetapi kalau dia nak rayu juga, dia punya pasallah.
"Biasalah, teman setia dalam pakatan pembangkang memang begitu. Kalau tak puas hati, biasalah dan Karpal kena terima," katanya.
Ditanya sama ada Presiden Pas itu akan tunduk kepada gesaan Karpal itu, Harun menjelaskan, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan parti untuk menyatakan pendirian itu.
"Itu kena tanya beliau sendiri (Abdul Hadi). Saya tak ada kuasa untuk buat keputusan sama ada terima rayuan dan desakan DAP atau sebaliknya. Kita harap isu ini sudah selesai sebab keputusan telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama," katanya.
Ditanya pendirian Pas yang menyimpang berbanding sebelum ini dan keengganan Pas untuk tunduk kepada gesaan Karpal itu akan memberi kesan kepada pakatan pembangkang, Harun berkata, pakatan antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih menjurus kepada kerjasama politik.
Beliau menjelaskan, kerjasama tiga parti dalam pakatan itu adalah untuk kepentingan politik semata-mata terutama bagi menghadapi pilihan raya, bukannya kerjasama agama.
sumber : utusan.com.my
Mesti akur titah raja-raja Melayu
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ahli-ahli politik Melayu yang ingin bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 hendaklah akur dengan titah raja-raja Melayu yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa berkata, mana-mana ahli politik yang gagal berbuat demikian hendaklah ditolak pencalonannya.
Menurut beliau, ahli-ahli politik di negara ini juga seharusnya memahami dan mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
"Isu berkaitan agama Islam di negara ini termasuk penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dilihat banyak bergantung kepada keputusan politik.
"Sekiranya ada ahli politik yang bersuara lantang atau kuat menentang bakal berdepan risiko tidak mendapat undi daripada orang bukan Islam dan ini akan menyebabkan keadaan menjadi sangat berbahaya," katanya.
Mahamad Naser berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta dalam Forum Islam dan Cabaran Semasa: Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dekat sini hari ini.
Beliau adalah seorang daripada ahli panel pada forum tersebut bersama dua lain iaitu Dekan Kuliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi dan Pensyarah Pusat Kajian Lanjutan Islam Sains dan Tamadun (Casis), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris serta Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya sebagai moderator.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mempertahankan pendirian pakatan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda sebelum ini menegaskan bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana fatwa yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010.
Tambah Mahamad Naser, Pas dan UMNO tidak sepatutnya terus mempolitikkan isu kalimah Allah dan masih bertelagah ketika pihak-pihak lain bersikap biadap menghina Islam.
"Kedua-dua parti politik itu perlu bersatu dalam menghadapi situasi yang dianggap sebagai satu dugaan kepada umat Islam di negara ini," ujarnya.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, soal penggunaan kalimah Allah yang dikhususkan penggunaannya untuk orang Islam tidak sewajarnya disentuh oleh mana-mana pihak.
Jelas beliau, umat Islam di negara ini hendaklah peka dengan hak mereka dan mesti sentiasa bersedia mempertahankannya.
"Kadang-kadang, kita juga yang salah kerana telah membuka pintu kepada mereka untuk mencabar hak-hak kita," katanya.
Dalam pada itu, Khalif Muammar menjelaskan, sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam merupakan strategi pihak yang mendukung agenda pluralisme untuk mengelirukan umat Islam.
Beliau menambah, kekeliruan itu akan terus merebak dalam kalangan umat Islam sekiranya mereka masih berkompromi dalam isu-isu melibatkan akidah.
"Bukan tujuan saya untuk menimbulkan ketakutan, tetapi kita perlu berhati-hati dengan agenda musuh-musuh Islam kerana mereka sentiasa mencuba untuk menyelewengkan umat Islam," katanya.
Tegas Khalif Muammar, hanya umat Islam yang berhak menggunakan kalimah Allah dan mereka mesti mempertahankan hak itu.
sumber : utusan.com.my
Sunday, January 13, 2013
Persidangan Transformasi Perundangan
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kesemua pindaan dan penggubalan akta serta undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman 2012, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pemansuhan Ordinan Darurat tiada kaitan dengan kepentingan politik mana-mana pihak, sebaliknya untuk kesejahteraan rakyat.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, penggubalan itu terutama dalam tempoh beberapa bulan sebelum ini membuktikan Malaysia kini lebih terbuka dalam melaksanakan undang-undang, misalnya berkaitan perhimpunan dan tahanan tanpa bicara berbanding negara-negara lebih maju.
Dalam masa sama, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak kerajaan akan memperkenalkan undang-undang lebih keras ekoran pemansuhan ISA dan undang-undang berkaitan.
Tambah beliau, negara-negara maju ketika ini dalam proses mengetatkan undang-undang antaranya dalam soal tahanan tetapi Malaysia mengambil pendekatan berbeza apabila bersikap lebih terbuka.
''Ketika dalam proses penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012, saya ada memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak undang-undang di luar negara memperuntukkan penganjur wajib meletakkan deposit atau membeli insurans sebelum mereka dibenarkan berhimpun.
''Tetapi, Perdana Menteri kata tidak perlu. Atas sebab itu, saya rasa kemajuan kita lebih berbanding negara-negara lain. Di Malaysia, tiada jaminan wang sebelum mengadakan perhimpunan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Keselamatan Serta Hak Asasi bertemakan Hak Dan Tanggungjawab: Antara Harapan Dan Cabaran di sini hari ini.
Persidangan anjuran bersama Jabatan Peguam Negara, Razak School of Government (RSOG) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu akan diadakan pada 14 hingga 16 Januari tahun depan.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron.
Abdul Gani menegaskan, kepentingan politik tidak boleh dijadikan asas kepada perlunya penggubalan sesebuah undang-undang.
Katanya, pengamal undang-undang tidak boleh menghiraukan soal politik tetapi perlu memastikan setiap penggubalan undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan dan dilakukan secara betul.
''Kita tidak boleh turut serta dalam aliran atau mengikut pandangan daripada ahli politik. Kita juga tidak boleh berhujah dalam mahkamah iaitu disebabkan politik, undang-undang jadi begitu, itu tidak betul,'' katanya.
Dalam pada itu, Abdul Gani menyangkal dakwaan penggubalan kesemua undang-undang tersebut bertujuan menyenangkan parti pemerintah, sebaliknya menegaskan penggubalannya untuk kesenangan rakyat.
Sumber: utusan.com.my
Wednesday, January 9, 2013
Sejarah Nama Kampung Di Johor
Orang Johor mungkin tahu ada nama-nama tempat yang agak pelik seperti Gelang Patah, Tongkang Pecah, Sepah Beruang, Sg Pinggan, Sg Kuali, Sg Buntu, Sg Mati, Parit Ponorogo, Parit Botak, Sri Bunian dan lain-lain. Ada beratus-ratus lagi nama tempat yang pastinya menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa yang pertama kali mendengarnya.
Tempat-tempat ini mendapat namanya berdasarkan sesuatu peristiwa sejarah, mitos, atau sekadar mengambil sempena nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di situ.
Kisah di sebalik nama beberapa tempat di Johor:
1. Gelang Patah, Johor Bahru
Nama asalnya ialah Galang Patah iaitu nama yg diberikan oleh Menteri Besar Johor Pertama, Dato' Jaafar Muhammad. Menurut cerita yg disampaikan oleh Lt Jen Dato' Jaafar Onn kepada Yayasan Warisan Johor, sewaktu Dato' Jaafar (Menteri Besar) bersama isteri dan rombongannya mengemudi sampan dengan menggunakan galang panjang ke beberapa kawasan untuk membuka petempatan baru, tiba di satu kawasan galang yg digunakan itu patah. Smpena kejadian itu, Dato' Jaafar menamakan tempat itu sebagai Galang Patah. Namun, disebabkan sebutan yg berubah-ubah di antara galang dan gelang, ia akhirnya dikenali sebagai Gelang Patah sehingga ke hari ini.
2. Kampung Belokok, Pontian
Kampung ini diasaskan oleh Tahir Sekeruk, iaitu nama ketua kampung pertamanya. Nama belokok diberikan kepada kampung ini sempena nama ikan jemudak atau lebih dikenali sebagai ikan belokok oleh penduduk tempatan. Pada ketika itu, sungai berhampiran kampung berkenaan iaitu Sungai Pulai dikatakan terdapat banyak ikan belokok. Apabila kampung berkenaan dibuka, Tahir Sekeruk memutuskan untuk menamakan kampung itu sebagai Kampung Belokok.
3. Kampung Seri Bunian, Pontian
Dibuka pada tahun 1924 oleh Tuan Haji Abdul Wahab yang berasal dari Indonesia. Pada masa itu, kampung ini dipanggil Kampung Sungai Bunyi Hulu sempena nama sebatang anak sungai yang merentangi kampung ini. Terletak di bawah jajahan Mukim Rimba Terjun dalam Daerah Pontian. Mengikut sejarah ringkasnya, kampung ini awalnya dibangunkan oleh Tuan Haji Abdul Wahab dan keluarganya sebelum diteruskan oleh Tuan Haji Othman, Tuan Haji Md. Yakin, dan Tuan Haji Markom. Semasa membangunkan kampung ini, pelbagai kejadian aneh telah berlaku seperti terdengar bunyi-bunyian yang pelik dan penuh misteri oleh penduduk kampung, malah ada sesetengah penduduk yang dikatakan pernah terserempak dengan makhluk ghaib yang dipanggil orang Bunian terutamanya semasa membangunkan tapak Sekolah Kebangsaan Seri Bunian. Alkisah pada tahun 1958, sebuah filem arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul “Sumpah Orang Minyak” sedang hangat ditayangkan dan lagu “Puteri Bunian” yang begitu merdu dan mendayu-dayu sering berkumandang di corong-corong radio pada ketika itu sehingga penduduk kampung mencadangkan agar nama kampung ditukar dari nama Kampung Sungai Bunyi Hulu kepada Kampung Seri Bunian bersempena judul lagu tersebut. Sehubungan itu, sempena Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Seri Bunian pada tahun 1960 maka kampung ini diisytiharkan dengan nama Kampung Seri Bunian dan telah dirasmikan oleh Yang Mulia Ungku Mohammad Salleh, Pegawai Daerah Pontian pada ketika itu.
4. Kampung Sungai Buntu, Pengerang
Kampung yg terletak di daerah Kota Tinggi ini mendapat namanya kerana laluan air di muara sungai yg dikatakan terperangkap, kesan daripada timbunan pasir di penghujung muara sungai berkenaan. Sejak 100 tahun lalu, air sungai ini dikatakan hanya mengalir ke laut pada musim tengkujuh. Disebabkan keadaan ini, sungai berkenaan kelihatan seakan-akan buntu untuk mengalirkan airnya ke laut, sebaliknya air mengalir ke anak-anak sungai.
5. Mukim Sungai Pinggan, Pontian
Kawasan ini dipercayai mendapat namanya daripada mitos seorang puteri yg menjaga pinggan mangkuk untuk digunakan dalam majlis perkahwinan masyarakat bunian. Dikatakan penduduk kampung akan pergi ke sungai itu untuk meminjam pinggan mangkuk yg dijaga puteri itu. Sempena mitos itu, sungai berkenaan dinamakan Sungai Pinggan. (mitos yg sama turut dikaitkan dgn Kg Puteri Menangis, Kg Sepah Beruang di Benut)
6. Desa Temu Jodoh, Segamat
Asalnya Kampung Desa Temu Jodoh dikenali sebagai Tanah Rancangan Pemuda. Pada tahun 1977, diadakan majlis perkahwinan serentak peserta tanah rancangan berkenaan melibatkan 24 pasangan. Pada majlis itu, 24 pelamin didirikan di padang bola kampung berkenaan. Kesemua mempelai kemudian diarak menaiku kereta ke Masjid Jamek Daerah Segamat untuk dinikahkan. Majlis berkenaan ditaja oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman Mohd Saat. Sempena peristiwa itu, kampung ini ditukar nama kepada Desa Temu Jodoh.
7. Tongkang Pecah, Batu Pahat
Nama Tongkang Pecah diberi sempena peristiwa tongkang orang Melayu Jambi yg pecah ketika melalui Sungai Sembrong, Batu Pahat. Mereka dikatakan lari dari Jambi, Indonesia untuk membuka petempatan baru di Tanah Melayu. Ketika empat buah tongkang mereka melalui sungai berkenaan, salah sebuah tongkang itu telah pecah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan dengan tongkang yg lain. Kumpulan orang Melayu Jambi itu kemudian membuka petempatan di situ dan menamakan kawasan itu sebagai Tongkang Pecah.
8. Pasir Gudang, Johor Bahru
Suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, beberapa kampung telah didirikan seperti Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE), Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad), Kampung Hilir dan Kampung Sungai Perembi. Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang. Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Puteh (masih kekal sehingga sekarang) dan Kampung Pulau Tekong (menjadi wilayah Singapura). Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Dipercayai bersempenakan keadaan tersebut maka timbulnya nama Pasir Gudang.
9. Sungai Peradin (Parit Jerman), Pontian
Sungai Peradin terletak di Kampung Belokok, lebih kurang 5km dari Pekan Peradin, di mana lokasinya dikeliling dengan kawasaan Hutan Paya Bakau yang luas. Pada suatu masa dahulu dikatakan di situ terletaknya penempatan satu kelompok Bangsa Jerman yg mana mereka telah mengusahakan ladang ladang pertanian di sana dan mengeluarkan hasil pertanian melalui sungai. Bagi menjelaskan kebenaran cerita kehadiran Bangsa Jerman tersebut,terdapat kesan peninggalan mereka, melalui pelbagai bentuk tiang-tiang dan lantai yang diperbuat daripada simen berkemungkinan adalah bekas gudang serta jeti. Nama Kampung Jerman juga, yang terletak tidak jauh dari situ menguatkan lagi akan penempatan bangsa Jerman di situ.
— SUMBER : ceriteraalline.blogspot.com
Tuesday, January 8, 2013
Nik Aziz Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.
Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.
"Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, Selasa.
Pendapat Nik Abdul Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta kalangan pemimpin PAS.
Ditanya mengenai pendirian PAS berhubung isu itu, Nik Abdul Aziz berkata ia akan diputuskan di peringkat Dewan Syura Ulama parti itu yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur Sabtu ini.
"Bagaimanapun, saya akan menerima apa sahaja keputusan parti dalam mesyuarat itu nanti," katanya.
Kontroversi penggunaan kalimah Allah itu dibangkitkan semula oleh Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu. - BERNAMA
sumber: mstar.com.my
sumber: mstar.com.my
Selangor Sultan expresses regret
PETALING JAYA: The Sultan of Selangor has expressed his shock and regret over DAP secretary-general Lim Guan Eng's recent statement urging the Federal Government to allow the word "Allah" to be used in the Malay version of the Bible.
Sultan Sharafuddin Idris Shah had called for an emergency meeting with members of the Selangor Islamic Affairs Council (Mais), Selangor mufti as well as high-ranking officials of Mais and Selangor Islamic Affairs Department (Jais) on Jan 6 over the matter.
"The Sultan of Selangor has made a decision and decreed that the word Allah is a sacred word specific for Muslims and prohibited to be used by any non-Muslim religion in Selangor as stated in a fatwa and gazetted on Feb 18, 2010," Mais secretary Datuk Mohd Misri Idris said in a statement Tuesday.
He said the Sultan had released the same fatwa regarding the use of the word "Allah" three years ago when the issue first surfaced.
"Tuanku is disappointed that the decree was taken lightly by some parties and the same issue brought up again," he said in a statement.
Mohd Misri said Sultan Sharafuddin has instructed Mais and Jais to take stern action against anyone, whether non-Muslim or Muslim, who questioned the fatwa released according to the provisions of law in Selangor.
He said Section 9 of the Non-Muslim Enactment 1988 clearly prohibited the use of the word "Allah" from being used by non-Muslims in anything related to their religion.
"They can be charged with disobeying this provision," he said.
Source: mstar.com.my
Thursday, December 27, 2012
Doa Rasulullah buat Muslimin
ADA sebuah doa yang biasa dibaca oleh Nabi SAW dan jika direnung dan dihayati secara mendalam, ternyata sangat mencakupi pelbagai permohonan.
Daripada Abu Musa al-Asyaari ra, Rasulullah berdoa: Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, dan perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku, serta ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kemalasanku, kesengajaanku, kebodohanku, gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu, dosa yang mendatang, dosa yang aku samarkan dan dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan, Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan, serta Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (riwayat Bukhari)
Tema di dalam doa itu adalah seorang hamba Allah SWT memohon keampunan-Nya. Sekurang-kurangnya terdapat 13 petunjuk yang diajukan hamba tersebut kepada Allah SWT. Semuanya dengan harapan dan permohonan keampunan-Nya.
1Ya Allah, ampunilah kesalahanku. Kesalahan dapat mencakup perintah Allah yang dilalaikan atau larangan Allah yang dilanggar.
2Ya Allah, ampunilah kebodohanku. Manusia tidak luput daripada kebodohan. Tidak ada manusia yang memiliki pengetahuan sempurna. Kebodohan seseorang sering kali menyebabkan tingkah lakunya yang tidak terpuji, sehingga ia perlu memohon ampunan Allah SWT atas kebodohan dirinya itu.
3Ya Allah, ampunilah perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku. Kadang-kala kita mengerjakan suatu perbuatan secara tidak adil atau tidak profesional. Perbuatan berlebihan tersebut mungkin menyakiti hati, bahkan menzalimi orang lain. Maka kita berharap ampunan Allah atas perbuatan berlebihan di dalam berbagai urusan.
4Ya Allah, ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Manusia sering mengerjakan kesalahan tanpa ia menyedarinya. Boleh jadi ia lebih mudah dilihat oleh oang lain, tetapi tidak bagi diri sendiri. Maka untuk urusan seperti itu seorang mukmin memohon ampunan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatunya. Seorang mukmin mengakui bahawa Allah SWT merupakan Zat Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib mahupun nyata, maka ia pun mengembalikan semua dosa yang ia sendiri tidak ketahui kepada Allah SWT.
5Ya Allah, ampunilah kesalahanku. Manusia boleh terlibat di dalam banyak kesalahan. Maka ia memohon kembali ampunan Allah atas kesalahannya pada hal sebelumnya dia telah melakukannya kepada Allah SWT.
6Ya Allah, ampunilah kemalasanku. Kemalasan dapat menjadi musuh utama yang menyebabkan seseorang menunda, bahkan melalaikan suatu kewajipan yang mesti dikerjakan. Pengakuannya di hadapan Allah SWT bahawa dirinya kadang-kadang dilanda kemalasan yang mesti disertai dengan permohonan ampunan Allah atasnya.
7Ya Allah, ampunilah kesengajaanku. Harus diakui bahawa kadang-kadang kita secara sengaja melakukan suatu kesalahan. Entah kerana emosi atau terpengaruh lingkungan atau pelbagai alasan lain. Yang jelas, semua kesengajaan itu mestilah disusuli dengan istighfar dan permohonan keampunan-Nya.
8Ya Allah, ampunilah kebodohanku. Maha Suci Allah, ternyata Rasulullah SAW sangat mengerti akan kelemahan kita yang satu ini. Manusia memang selalu kekurangan ilmu sehingga mustahil terluput daripada kebodohan. Oleh itu permohonan ampunan Allah atas kebodohan diri perlu diajukan berulang kali.
9Ya Allah, ampunilah gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. Apakah ketawa itu berdosa? Tentunya tidak. Tetapi bila dilakukan secara tidak profesional atau melampaui, ia akan mendatangkan masalah. Firman Allah: Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan daripada apa yang selalu mereka kerjakan. (at-Taubah: 82) Selain sabda Rasulullah SAW: Demi Allah, andai kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu jarang tertawa dan sering menangis. (riwayat Tirmizi)
10Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu. Setiap orang perlu berhati-hati terhadap dosa lampau yang pernah dilakukan dahulu. Berkemungkinan dosa-dosa itu belum sempat kita menyesalinya. Maka tiba masanya untuk kita mengakui dan menginsafi di hadapan Allah SWT seterusnya memohon keampunan-Nya.
11Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang mendatang. Seorang mukmin pasti menyedari bahawa kehidupan ini bukan sekadar masa lalu dan masa kini. Ia juga meliputi perkara mendatang.
Begitu juga dengan perlakuan dosa yang dikerjakan. Ia tidak hanya terjadi di masa lalu dan masa kini semata-mata. Tetapi boleh terjadi di masa akan datang. Oleh kerana itu, dengan penuh kejujuran kita mengharapkan keampunan Allah atas dosa yang akan datang dan cuba mengelakkannya daripada terjebak kepadanya.
12Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku samarkan. Seorang mukmin sangat khuatir dengan dosa yang dilakukan secara sembunyi atau berselindung. Sabda Rasulullah SAW: Sungguh aku mengetahui bahawa ada suatu kaum daripada umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikan kebaikan itu debu yang berterbangan.
Thauban berkata: Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka kepada kami dan jelaskanlah tentang mereka kepada kami, supaya kami tidak menjadi seperti mereka sedangkan kami tidak mengetahuinya.
Baginda bersabda: Sesungguhnya mereka adalah saudara-saudara kamu dan daripada golongan kamu, mereka solat malam sebagaimana kamu mengerjakannya tetapi mereka adalah kaum yang melakukan perbuatan yang diharamkan Allah sedang mereka berkhalwat (menyendiri). (riwayat Ibnu Majah)
13Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan. Sedangkan dosa yang dikerjakan secara senyap atau tersembunyi itu kita khuatir, apa lagi dosa yang dilakukan secara terbuka. Oleh itu, keampunan daripada Allah SWT amat diharapkan.
Sungguh amat luar biasa, kesemua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah itu adalah merupakan dosa dan kesalahan yang sering dilakukan oleh setiap daripada kita lelaki atau perempuan, sama ada secara disedari mahupun sebaliknya. Maka itu, betapa bertuah umat Islam sekiranya mereka juga berdoa sebagaimana yang didoakan oleh Baginda SAW ini.
www.utusan.com.my























