Pada 29 Jun 2012 telah berlangsung majlis Astaka Minda: Proses Kepengarangan AIR MATA RAJA di Dewan Seminar, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka. Berkat iltizam dan kerjasama semua pihak, majlis wacana tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak Pusat Dokumentasi Melayu (Pn Kamariah) dan Pn Rozninah (pemudahcara) serta lain-lain.
Tuesday, July 31, 2012
ASTAKA MINDA DI DBP
Pada 29 Jun 2012 telah berlangsung majlis Astaka Minda: Proses Kepengarangan AIR MATA RAJA di Dewan Seminar, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka. Berkat iltizam dan kerjasama semua pihak, majlis wacana tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak Pusat Dokumentasi Melayu (Pn Kamariah) dan Pn Rozninah (pemudahcara) serta lain-lain.
Friday, July 27, 2012
Menyegerakan rancang harta elak kezaliman
Ramadan bulan dilimpahkan nikmat pemberian dan anugerah Allah SWT kepada umat Islam. Sesungguhnya umat Islam perlu mensyukuri segala nikmat kehidupan dan harta kemewahan yang dimiliki lebih-lebih lagi pada Ramadan Al-Mubarak.
Firman Allah: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan salah.
Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Surah al-Baqarah, ayat 185).
Inilah masa terbaik untuk merenung semula perjalanan hidup, adakah kita telah melakukan satu pekerjaan yang baik atau sebaliknya dalam usaha mencari dan merasai nikmat Maha Esa terutama rezeki diperoleh serta harta kekayaan dikumpul ketika hidup di bumi ini. Adakah ini saja harta yang kita kejarkan?
Bagaimana jika perjalanan hidup ini tiba-tiba terhenti setakat hari ini? Sudahkah kita bersedia meninggalkan segala harta, apakah sudah cukup segala apa diusahakan selama ini? Bagaimana bekalan mereka yang akan ditinggalkan? Rasulullah SAW bersabda: Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam. (Riwayat At-Tabrani)
Inilah ujian terbesar kepada semua umat Islam untuk mencari serta menyiapkan harta yang boleh dibawa dan kekal selama-lamanya di akhirat. Jadikan iktibar semua perkara yang memudaratkan dan kehancuran keluarga berebutkan harta pusaka kerana tiada perancangan serta permuafakatan. Bekalan kehidupan kekal Cuba renungkan buat seketika, berapa beruntungnya hidup ahli keluarga yang ditinggalkan apabila sudah ada perancangan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab anda untuk membuat dan menyegerakan perancangan harta supaya tidak berlaku kezaliman kepada diri sendiri serta mereka yang berhak.
Sekarang anda juga perlu memastikan tidak lalai atau terlupa untuk merancang sedekah jariah yang boleh dan bakal ditinggalkan untuk diri sendiri sebagai bekalan kepada satu kehidupan kekal buat selama-lamanya. Daripada Tsauban, Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan oleh seseorang ialah yang dinafkahkannya untuk keluarganya untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah (fisabilillah) dan nafkah untuk sahabatnya yang berperang fisabilillah. (Riwayat Muslim) Tiada paksaan beri harta Perancangan harta sesungguhnya satu nikmat kesenangan yang dirancang mengikut perkiraan sendiri.
Tiada paksaan untuk memberi harta mana kepada siapa. Tiada juga tekanan untuk mendermakan sebahagian harta kepada rumah Allah atau mewakafkan tanah untuk dijadikan tapak rumah atau biasiswa kepada anak yatim yang cemerlang. Hidayah tersembunyi Perancangan harta untuk perkara yang betul dan memberi kepada pihak memerlukan sesungguhnya adalah hidayah besar serta petunjuk yang dikehendaki. Hidayah tersembunyi ini kurang mendapat perhatian kerana kenikmatannya hanya diperoleh di akhirat nanti.
Justeru, jangan sekali-kali terlupa jika seseorang itu bermunajat dengan hanya berzikir dan berdoa untuk mengharapkan keredaan, keampunan dan hidayah atau pertolongan Allah tanpa usaha, apa yang dihajati akan tercapai. Begitu juga perancangan harta, jika tiada perancangan maka harta akan terdedah kepada pelbagai ujian yang sesungguhnya menguji keimanan dan kasih sayang sesebuah keluarga. Jika perancangan diatur dengan baik dan dilaksanakan secara sah di sisi undang-undang serta memenuhi kehendak syarak, maka perancangan akan mendamaikan semua ahli waris, mengelak mereka daripada bertelagah.
Keperluan dokumen sah perancangan harta Perkara paling utama adalah untuk menghasilkan satu dokumen sah perancangan harta kerana perancangan secara lisan masih tidak mencukupi, boleh menimbulkan keraguan, ketidakpercayaan dan sukar merukunkan mereka yang tinggal. Jadi lakukanlah yang terbaik semoga diredai Allah. Umat Islam sering menghadapi masalah untuk memulakan perancangan harta masing-masing. Ditambah dengan kurang pemahaman dan kesedaran, ada yang langsung tidak memberi perhatian mengenai perkara ini.
Namun, ada juga yang terpaksa berhenti setengah jalan dan membiarkan terbengkalai kerana wujud masalah membabitkan harta yang tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Akhirnya ada yang menjadi buntu dan mengakibatkan perancangan tertangguh. Jika anda memerlukan perhatian segera dan khusus untuk Akaun Amanah AmanahRaya hantarkan emel kepada rosmaidar@arb.com.my atau nurazila@arb.com.my. Pegawai AmanahRaya bersedia untuk memberi khidmat merealisasikan perancangan anda.
www.bharian.com.my

Thursday, July 26, 2012
Beriani Masala Kambing
500gm kambing, dipotong kiub
1 paket Perencah Masak
Merah SERI-AJI®
60ml minyak
1 sudu teh halia tumbuk
1 sudu teh bawang putih
tumbuk
1 biji tomato, dibuang
kulit, dicincang
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kari
400-450 ml air
1½ sudu besar stok ayam
Sedikit garam
Air (ikut sukatan diberi di
bawah)
500gm beras Basmathi,
direndam 20 minit
1 sudu besar puri tomato
Bahan A
1 labu bawang besar, didadu
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara membuat
1. Perap kambing dengan Perencah Masak Merah SERI-AJI® selama 30 minit.

2. Panaskan minyak, tumis A
hingga wangi. Masukkan halia dan bawang putih. Kacau 1 minit.
3. Bubuh pula campuran
kambing. Masak hingga berubah warna.
4. Bubuh tomato, rempah
kari dan air.
5. Bila mendidih,
perlahankan api dan tutup periuk.
6. Biar hingga kambing
empuk kemudian masukkan stok ayam dan garam.
7. Padamkan api, keluarkan
kuah ke dalam bekas penyukat. Tambah air menjadi 900 ml.
8. Tuangkan ke dalam periuk
nasi elektrik, masukkan beras dan puri tomato.
9. Masak hingga air kering,
letak kambing tadi di atasnya dan tanak seperti biasa.
Wednesday, July 25, 2012
Analog : Keliru Amalan Agama atau Warisan
Seseorang yang bersembahyang lazimnya berpuasa. Yang berpuasa pula tidak semestinya bersolat.
Prof Dr Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah - 1908-1981) menerusi dua buku yang dihasilkan pada 1939, Tasawuf Moden dan Falsafah Hidup menjelaskan sikap sebenar segelintir Melayu yang kurang memahami antara budaya dan hukum agama.
Mereka sering keliru amalan agama, lalu bercampur baur dengan hukum adat, feudalisme dan mitos. Gerakan sekular yang menyerang Nusantara sejak abad ke-19 menjadikan Melayu kian keliru antara zaman lampau dan era moden. Ramadan hanya setahun sekali. Justeru, menurut Hamka, ramai berlapar dan menikmati juadah berbuka puasa pada Maghrib. Orang yang tidak solat pun turut berpuasa kerana amalan masyarakat persekitaran sejak ratusan tahun.
Golongan yang solat pula tentunya tidak meninggalkan ibadat puasa kerana roh agama yang kental dalam dirinya. Hamka melihat Melayu sebagai masyarakat yang sering diancam perubahan, tetapi masa sama gagal membezakan amalan agama dan adat. Analogi amalan agama dan warisan tradisi juga menjadi polemik dalam buku The Malay Dilemma karya Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1970. Segelintir Melayu bukan saja taksub kepada agama, juga cara beramal dan warisan lama.
Pada masa sama mereka tidak diberi peluang melaksanakan agenda lebih besar berasaskan faktor sejarah penjajahan British. Ada ketika agama menjadi alat memesongkan pemikiran Melayu. Mitos memburu kebendaan dan membelakangi akhirat menyebabkan ada segelintir terpesong ajaran Islam dengan menyertai kumpulan berzuhud sehingga pagi dan tidak melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mengukuhkan ekonomi ummah. Mereka memberi alasan mendekati Allah dan meninggalkan unsur keduniaan yang melampau.
Dari sini lahirlah ajaran sesat yang bukan saja boleh menimbulkan keriuhan dari segi pegangan agama, malah melahirkan sekian banyak Imam Mahdi dan Rasul Melayu. Pada hari ini budaya digital dan teknologi maklumat tidak terkecuali memberi cabaran bentuk baru. Melayu terperangkap antara amalan agama, warisan tahyul dan cabaran sekularisme. Media baru tidak terkecuali dengan jaringan tertentu. Jika Hamka menimbulkan kontradiksi antara amalan puasa dan solat, cabaran sekarang adalah bagaimana Melayu menyesuaikan diri dengan persekitaran dunia tanpa sempadan.
Cabaran globalisasi bukan sekadar isu puasa dan solat, tapi bagaimana menyesuaikan agama sebagai sumber kekuatan ummah. Amalan agama dan tradisi ada masanya saling bercanggah. Dalam amalan Islam, majlis berbuka puasa digalakkan di masjid yang tentunya disudahi dengan solat fardu dan sunat Tarawih. Masyarakat Melayu luar bandar pula menganjurkan majlis berbuka puasa di rumah untuk golongan miskin menikmati juadah. Ia budaya Melayu yang tidak bercanggah dengan amalan Islam. Bagaimanapun ia menjadi isu apabila sambutan Aidilfitri lebih meriah daripada Ramadan, membabitkan hiburan dan pembaziran.
Pembentukan Melayu baru pada dekad 80-an menjadikan tradisi Melayu perlu dibaca dengan sifat yang baru. Mereka menganjurkan majlis berbuka puasa dan sambutan Aidilfitri di tempat eksklusif. Tetamu hanya yang dijemput. Pakaian juga ditentukan dalam kad jemputan; pakaian Barat atau batik. Dalam keadaan begini ungkapan agama dan warisan tradisional memerlukan tafsiran semula. Tentunya Hamka tidak sempat mengkaji minda Melayu baru kerana Allah menjemputnya pada 24 Julai 1981, hanya lapan hari selepas pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Kolumnis : Imlan Abadi
Foto : Khaw Sia

Tuesday, July 24, 2012
pasta bebola daging blackpepper
1 paket
Perencah Lada Hitam SERI-AJI
600ml air
3 sudu
besar minyak
1 labu bawang
besar
4 ulas bawang
putih
60ml puri
tomato
1 sudu teh
herba campuran
Sedikit
garam, gula
1 sudu besar stok ayam
500 gm bebola
daging
Bahan
pemekat (campur)
60ml air
1 sudu
besar tepung jagung
Cara
membuat
1.
Larutkan
Perencah Lada Hitam SERI-AJI dengan 200 ml air. Ketepikan.
2.
Panaskan
minyak, tumis bawang besar hingga keperangan.
3.
Masukkan
bawang putih, kacau 1-2 minit.
4.
Tuangkan
baki air, puri tomato, herba campuran, garam dan stok ayam.
5.
Bila
mendidih, masukkan bebola daging dan tutup periuk.
6.
Renihkan
hingga daging masak. Masukkan Perencah Lada Hitam SERI-AJI,
gula dan bahan
pemekat.
* Sedap
dimakan dengan kentang lecek (mashed potatoes) atau pasta.
Friday, July 20, 2012
Selamat Berpuasa
Di kesempatan ini, KUMPULAN RAJAMENANGIS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Pohon kemaafan seandainya ada yang terkasar bahasa dan terguris rasa. Semoga Ramadan tahun ini membawa rahmat kepada kita umat Islam walau di mana berada. Raihlah sebanyak keberkatan di bulan mulia ini, sesungguhnya kita tidak tahu mungkin ini Ramadan kita yang terakhir...
Wednesday, July 18, 2012
Ramadan: Banduan dapat pengampunan
NUSAJAYA 18 Julai - Ketibaan Ramadan kali ini pastinya lebih bermakna bagi lapan banduan apabila mendapat pengampunan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Dengan pengampunan itu, mereka akan dibebaskan pada hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa yang dijangka Sabtu ini.
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Obet Tawil berkata, bagi lima kes rayuan pengampunan hukuman gantung sampai mati, baginda berkenan memberi pengampunan penuh dan perintah pembebasan kepada seorang banduan yang dipenjara sejak 1987 atas kesalahan mengedar dadah.
Monday, July 16, 2012
Dulang pahala, borong amal Ramadan
Ramadan memiliki keutamaan yang banyak untuk diraih umat Islam. Ia adalah bulan diturunkan al-Quran. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Ramadan adalah bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara al-haq dan batil).” (Surah Al-Baqarah : 185)
Petunjuk Nabi SAW itu melihatkan Baginda SAW memanfaatkan Ramadan Al-Mubarak dengan banyak membaca al-Quran. Nabi SAW membaca dan mengkhatamkan al-Quran pada setiap tahun dalam Ramadan Al- Mubarak bersama dengan Jibrail AS.
Maka dengan itu di antara amalan yang paling baik di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak selain daripada berpuasa adalah membaca al-Quran.
Dalam Ramadan terdapat malam yang lebih baik daripada seribu malam, Lailatulqadar. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Al-Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam Al-Qadr itu? Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr : 1-5)
Manusia hari ini sibuk memperbanyakkan duit. Mereka bertanya berapa dividen atau gandaan wang yang akan diperoleh hasil pelaburan tersebut. Ini kerana ingin menggandakan harta dan wang ringgit masing-masing.
Barangan kosmetik digunakan untuk menggandakan kecantikan. Ini adalah fitrah manusia yang boleh dilihat dalam realiti kehidupan.
Manusia sukar berasa cukup dan sentiasa berusaha untuk mendapat lebih. Tetapi bagaimanakah usaha dalam menggandakan amalan kebaikan untuk mendapatkan keredaan dan syurga di sisi ALLAH SWT?
Hal ini perlu dijadikan muhasabah. Apatah lagi ketika Ramadan yang penuh keberkatan, ALLAH menyediakan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan untuk manusia yang beramal pada malam itu.
Maka sewajarnya kita perlu berusaha sepanjang Ramadan untuk mendapatkan malam tersebut. Kebiasaannya masuk minggu kedua, kita disibukkan dengan memenuhi jemputan majlis berbuka puasa di hotel yang menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa yang lazat.
Manusia juga dighairahkan untuk bersolat Tarawih di belakang imam import. Ada juga yang sanggup pergi mencari imam di masjid yang jauh untuk solat Tarawih di belakang imam pilihan semata-mata sehingga meninggalkan kewajipan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.
Masuk minggu terakhir mereka mula disibukkan dengan persiapan raya dan rancangan menarik di televisyen sehingga melupakan kelebihan yang ALLAH tawarkan kepada hamba-Nya yang menghidupkan Ramadan.
Manusia kadang-kadang tidak memahami keutamaan. Apa yang penting yang ingin saya sampaikan adalah berkaitan kelebihan bulan Ramadhan yang tidak wajar disia-siakan kerana Allah menyediakan di dalam bulan ini perkara-perkara yang sangat baik dan tidak akan bisa diperoleh pada bulan-bulan lain khususnya Lailatulqadar.
Sabda Nabi SAW, maksudnya: “Apabila datang Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan dibelenggu.” (Riwayat Imam Al Bukhari)
Jadi pada bulan ini syaitan diikat. Jika ditanya, mengapa masih ada manusia berbuat perkara jahat, mengapa masih ada orang yang tidak berpuasa, kata Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimi, syaitan di dalam tubuh badan manusia. Maksudnya si pelaku dosa itu sendiri adalah “syaitan” yang tidak mampu mengawal hawa nafsunya dan menyebabkan dia melaksanakan amalan yang bercanggah dengan syariat iaitu maksiat.
Ini adalah antara kelebihan Ramadan dan sebagai janji ALLAH SWT di mana ALLAH SWT tidak akan menzalimi seorang pun daripada kalangan hamba-Nya seperti firman-Nya yang bermaksudnya: “Dan Tuhan mu tidak menzalimi seorang pun.” (Surah Al-Kahfi : 49) Maka tawaran yang penuh dengan kepastian ini hendaklah kita berusaha untuk mendapatkannya.
Pada hari ini jika pergi ke restoran makanan segera, Kita melihat menu sahaja diberi gambaran sedap dan menyelerakan. Ini tawaran manusia kepada kita di atas muka bumi yang apabila sampai makanan itu kepada kita, kadangkala rasanya tidak seperti yang digambarkan. Ini kerana tawaran manusia bersifat tidak pasti.
Kadangkala juga kita melihat seseorang itu wajahnya cantik dan elok, tetapi sikap dan akhlaknya bukan seperti manusia yang normal. Akan tetapi tawaran Allah SWT adalah syurga. Tawaran Allah SWT adalah membebaskan kita daripada neraka. Tawaran Allah SWT bersifat pasti. Inilah hebatnya tawaran ALLAH SWT yang tidak akan menzalimi hamba-Nya dan segala-galanya kembali kepada kehendak dan ketentuan Ilahi.

www.sinarharian.com.my
Undang-undang baru atasi jenayah hina Islam
JEDDAH 16 Julai - Kerajaan Arab Saudi dilapor mempertimbangkan untuk menguatkuasakan undang-undang baru sebagai usaha membanteras jenayah menghina Islam, termasuk dalam media sosial, dengan mengenakan hukuman yang berat.
Akhbar al-Watan yang memetik kenyataan sumber berkata, dalam tempoh dua bulan akan datang, Majlis Syura akan mendedahkan keputusan kajian yang dijalankan untuk mewujudkan undang-undang baru itu dalam menangani jenayah tersebut.
Keputusan untuk melaksanakan undang-undang tersebut dibuat selepas kolumnis dan blogger Arab, Hamza Kashgari, 23, ditahan pada lima bulan lalu atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad dalam laman Twitternya. - REUTERS
RAJAMENANGIS TEMU SEJARAH MELAKA LAMA
Rajamenangis dalam perbincangan awal dengan beberapa pihak sedang mengorek rahsia rekod sejarah tua Melaka sebelum dan ketika kota Melaka terbakar dalam tahun 1511...
Sesiapa sahaja yang ada maklumat akan sejarah Melaka seketika Portugis naik de darat, sila hubungi kami. Semua sumber kami akan di sebut dalam buku yang akan datang...
Friday, July 13, 2012
PELAN TINDAKAN STRATEGIK DBP
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu supaya satu gelombang baru penggunaan bahasa Melayu dapat diwujudkan dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), satu-satunya badan yang diberi mandat oleh kerajaan untuk melaksanakan dasar berkaitan bahasa kebangsaan, perlu menjadi badan pemegang amanah atau penjaga perbendaharaan ilmu dan persuratan Melayu di negara ini. Katanya, selain perlu berperanan sebagai pusat rujukan sehenti oleh penyelidik dalam dan luar negara tentang ilmu dan persuratan Melayu, DBP juga perlu meningkatkan kerjasama strategik dan sinergi dengan pusat-pusat penyelidikan dan universiti di dalam dan di luar negara.
"Usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan bahasa dan persuratan Melayu perlu dilipatgandakan lagi. Penubuhan Pusat Persuratan Melayu Malaysia yang dicadangkan di bangunan lama DBP boleh dijadikan gerak awal untuk memulakan usaha ini," katanya ketika melancarkan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, kedudukan dan peranan bahasa Melayu tidak seharusnya terbatas pada peringkat negara semata-mata, sebaliknya perlu diangkat menjadi bahasa serantau dan antarabangsa yang diiktiraf sebagai salah satu bahasa penting di dunia.
Katanya, DBP perlu memanfaatkan prasarana dan mekanisme sedia ada terutama yang mebabitkan hubungan dan kerjasama antara negara seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dalam usaha untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia.
Katanya, pelancaran Pelan Strategik DBP selama lima tahun itu, boleh dijadikan landasan untuk memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu sebagai teras jati diri rakyat dalam persediaan negara menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.
Beliau berkata, dalam pelan tersebut, satu inisiatif baru yang berimpak tinggi ialah program Audit Bahasa, program yang bukan bertujuan untuk mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya langkah kerajaan untuk membantu meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan penjawat awam.
"Audit Bahasa yang akan dimulakan pada tahun hadapan memberikan tumpuan awal terhadap enam sektor di bawah Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh beliau, iaitu perkhidmatan awam, tempat awam, penyiaran dan komunikasi, kewangan dan perbankan, perdagangan dan pendidikan," katanya.
Muhyiddin berkata, Audit Bahasa dalam sektor lain akan dilaksanakan dalam fasa kedua program itu.
Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan audit bahasa terhadap papan iklan luar selain mewujudkan penarafan bintang kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
"Jabatan Perkhidmatan Awam sudah mengambil langkah proaktif dengan menawarkan beberapa bahagian terpilih di JPA untuk diaudit bahasa pada Disember ini.
"Kementerian Pengajian Tinggi juga sudah meletakkan sasaran penggunaan bahasa Melayu yang lebih meluas di IPT, manakala Kementerian Kewangan telah mengarahkan bank dan (syarikat) insurans untuk menggunakan bahasa kebangsaan.
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengadakan seminar untuk kumpulan peniaga dan usahawan. Saya yakin, jika usaha sebegini dapat dilaksanakan secara konsisten dan menyeluruh membabitkan semua kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta, bahasa Melayu tidak akan terpinggir di buminya sendiri," katanya. - BERNAMA
Thursday, July 12, 2012
Akta Keharmonian Nasional
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru serta memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Selain itu, kata Perdana Menteri, turut dikuatkuasakan serta-merta adalah pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang berkaitan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Beliau berkata, keputusan tersebut adalah untuk melengkapkan fasa pertama Program Transformasi Politik (PTP).
Menurutnya, kerajaan sedar umum menganggap Akta Hasutan 1948 sebagai alat kerajaan untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan.
''Walaupun anggapan sedemikian adalah tidak berasas sama sekali, kita perlu menghapuskan persepsi tersebut. Lantaran itu, peruntukan-peruntukan baru ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan.
''Sebarang perbuatan menghina mahkamah akan dikendalikan sendiri oleh pihak Kehakiman melalui peruntukan-peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah yang sedia ada,'' katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Jabatan Peguam Negara di sini malam ini.
Perdana Menteri turut menekankan bahawa kebebasan bercakap dan bersuara hendaklah sentiasa diimbangi dengan keperluan untuk mengekalkan keharmonian, ketenteraman dan keselamatan awam.
Katanya, sebagaimana negara-negara lain yang menjunjung prinsip Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law), kebebasan bercakap dan bersuara bukanlah suatu hak yang diberikan secara mutlak sebaliknya dibatasi dengan sekatan-sekatan yang sewajarnya.
''Begitu juga di Malaysia. Kebebasan bersuara adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan sebagaimana yang diperuntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang dirasakan amat perlu apatah lagi dalam suasana kemajmukan masyarakat Malaysia yang unik dan rumit sifatnya,'' kata beliau.
Najib berkata, kerajaan akan tetap memastikan peruntukan-peruntukan baru ini tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan dan perlakuan yang berikut:
(i) Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;
(ii) Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; dan
(iii) Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.
Najib berkata, sebelum menggubal Rang Undang-undang Keharmonian Nasional ini, kerajaan ingin menjemput pandangan dan pendapat rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pertubuhan mengenai perkara yang perlu ditangani dalam merangka perundangan ini.
''Keputusan menggantikan Akta Hasutan dibuat kerana kita mahu mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik di antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sesuai dan selaras dengan peruntukan dan jaminan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.
''Tanpa keseimbangan yang ideal kita berkemungkinan merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif ataupun membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremis,'' katanya.
Menurut beliau, keseimbangan ini perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada lebuh raya maklumat yang mampu menyebabkan 'limpahan maklumat', taraf pendidikan dan sosioekonomi yang semakin tinggi serta tahap jangkaan yang semakin meningkat.
''Peruntukan-peruntukan baru yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama,'' katanya.
Kata Perdana Menteri, peruntukan-peruntukan akta baru ini akan mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk mempertahankan semua agama dan semua kaum yang membentuk negara bangsa Malaysia daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab.
''Akta baru ini akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kita bertindak terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecah-belahkan perpaduan nasional,'' katanya.
Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mendapat sudut pandangan semua 'pemegang saham'.
''Perbuatan adu domba seumpama ini akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersikap bahawa jika ada mana-mana kaum mahupun agama disakiti maka seolah-olah semua kaum dan semua agama rakyat Malaysia sama-sama disakiti, bak kata pepatah Melayu cubit paha kanan maka paha kiri akan terasa,'' katanya.