Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, May 16, 2011

Esplorasi di Selat Melaka

Lelaki berkaca mata dan bersongkok itu berusaha sedaya upaya untuk menjawab soalan daripada wartawan di pejabatnya di Melaka. Mungkin dia berasa kasihan kepada mereka yang terpaksa mendaki bukit untuk ke situ dalam panas terik. Apatah lagi, ia adalah laluan asing bagi kebanyakan orang.

Pengurus Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas sedang bercakap mengenai kapal-kapal yang karam di Melaka, yang sekali lagi menjadi topik hangat di akhbar. Kerajaan Melaka telah mengulangi tawaran berbilion ringgit yang dibuat pada 2000, kepada mana-mana syarikat untuk mencari khazanah daripada kapal yang karam di perairan Melaka.

Selepas lebih 10 tahun, tiada syarikat yang sanggup.
Sekurang-kurangnya 13 kapal dagang dan kapal perang dipercayai karam di laut Melaka (Spice Route) lebih 500 tahun lalu. Perbelanjaan mencari khazanah daripada sebuah kapal dianggarkan kira-kira RM3 juta, dan keuntungannya, mampu mencecah sehingga berbilion ringgit. BACA SELANJUTNYA

Lawatan YDP Agong ke Kedah

ALOR SETAR 15 Mei - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat menghadiri Majlis Taklimat Pembangunan Negeri Kedah, yang merupakan sebahagian daripada program sempena lawatan tiga hari baginda ke negeri ini. Keberangkatan tiba baginda di Wisma Darul Aman di sini disambut Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Baginda kemudiannya melihat pameran pembangunan negeri sebelum mendengar taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rasli Basir di bilik gerakan, yang antara lain menyentuh visi pembangunan negeri untuk mewujudkan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'. Tuanku Mizan juga dimaklumkan mengenai misi Kedah yang mahu menjadi destinasi pelaburan dan hub pengeluaran makanan di Malaysia, selain pencapaian ekonomi negeri.

Terdahulu, Azizan dalam ucapannya, berkata lawatan Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah memberi gambaran jelas mengenai hubungan erat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di bawah konsep demokrasi berparlimen.
"Sebanyak 10 acara rasmi telah disusun bagi menjayakan lawatan rasmi ini. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terlibat menggambarkan perpaduan yang erat di kalangan rakyat di negeri ini," katanya. Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah tiba di sini kelmarin dan dijadual berangkat pulang petang ini. - BERNAMA

Sunday, May 15, 2011

ZA'BA DIPERSENDA

Waris kecewa khazanah tinggalan pendeta tidak dihargai

KUALA LUMPUR: "Tok Tai akan menangis dalam kubur jika tahu khazanah warisannya tidak dihargai," kata cucu Pendeta Za'ba, Rozlin Za'ba Mohd Redza, merujuk panggilan mesra Allahyarham datuknya, Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia 38 tahun lalu.

Beliau kesal kerana Teratak Za'ba yang dibina dengan kos hampir RM2 juta, di kampung asalnya, di Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan 10 tahun lalu, seperti tidak menghargai sumbangan tokoh berkenaan kerana hampir keseluruhan bahan pameran dalam memorial itu bukan milik Allahyarham, sedangkan keluarga mereka sanggup menyerahkan khazanah tinggalan Za'ba secara percuma.

Berita lanjut : Berita Harian

Saturday, May 14, 2011

Rajamenangis dan Pencak Silat terasing tidak


Rajamenangis dan Pencak Silat terasing tidak

Thursday, May 12, 2011

DARIHAL TUNKU DAN AKU


YTM TUNKU & SHALI

Wednesday, May 11, 2011

KELUHAN RAJAMENANGIS ATAS ANASIR BANGSA


"...Samada ia adalah persatuan atau satu badan profesional, samada ia terdiri daripada ahli-ahli majlis badan tersebut atau bercakap sebagai wakil atau sebaliknya dengan pendirian rasmi, samada dia seorang wakil persatuan atau badan atau pertubuhan tersebut yang kononnya menjalan tugas dengan tidak gentar dan tidak memihak kepada sesiapa, jika ada didapati yang sedemikian oleh pihak Istana Raja, sekiranya percakapannya, perbuatannya, dasarnya, fi'ilnya, ulasannya, komentarnya, kenyataannya, diambil secara keseluruhan, secara konsisten, secara rata-rata, secara berulang-ulang, ditafsirkan atau boleh ditafsirkan atau di rasakan atau diertikan sebagai membelakangkan dan meremehkan dan mempermainkan agama Islam, institusi Melayu, institusi Raja-Raja Melayu dan kedudukan orang-orang Melayu didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, maka tiadalah salah akan Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu tidak memberi muka dan terus menarik balik segala anugerah pingat kebesaran keatas mereka-mereka itu berkuatkuasa dengan serta merta dan tanpa lengah lagi.." KUMPULAN RAJAMENANGIS

Monday, May 9, 2011

Analisis: Puak Buta Perlembagaan

PERKARA 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara, sudah jelas dan tidak perlu diungkit lagi.

Sejak 54 tahun negara merdeka, tiada siapa yang mempertikaikan perkara itu sehingga rakyat dikejutkan dengan berita dalam laman blog bahawa majlis perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang beberapa hari lalu, membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.


Berita itu disiarkan dalam laman blog ‘bigdog’ di http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi artikel Making Christianity the official religion? dan blog ‘Marahku’ di http://marahku.blogspot.com sebelum diterbitkan Utusan Malaysia. Berita itu menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana ia amat sensitif serta bercanggah dengan perlembagaan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan negara, umpama bom jangka. BACA SELANJUTNYA

Saturday, May 7, 2011

Ke mana hala tuju Melayu Singapura?

SINGAPURA 6 Mei - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataan beberapa hari sebelum hari penamaan pada 27 April mengakui pemimpin Melayu banyak memberi sumbangan nasional kepada kemajuan negara.

Mungkin atas dasar itu, kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengenengahkan calon baru seperti Dr. Intan Azura Mokhtar, wanita Melayu beragama Islam pertama mewakili parti itu di Kawasan Pilihan Raya Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio dan Zainal Sapari di GRC Pasir Ris-Punggol.

Faktor kaum Melayu sebenarnya memainkan peranan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 negara pulau ini, mungkin kerana ia kumpulan etnik kedua terbesar walaupun hanya terdiri daripada 13.4 peratus daripada jumlah penduduknya. BACA SELANJUTNYA

Thursday, May 5, 2011

Sultan Muhammad V Bertemu Jodoh

Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Dalam satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."

Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan. "Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda.

Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lalu, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu. Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra. Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.

Bernama

Wednesday, May 4, 2011

Anugerah Sastera Negara Ke-11

PUTRAJAYA: Penyair, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang dikenali dengan nama penanya, Kemala, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-11, semalam yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkannya berkata, anugerah itu diberikan kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Anugerah itu melayakkan Ahmad Kamal menerima wang tunai RM60,000, Watikah Penghormatan Negara, kemudahan kelas pertama di hospital kerajaan dan 50,000 naskhah karya beliau akan diedarkan di perpustakaan di seluruh negara.
Muhyiddin berkata, karya Kemala bermutu tinggi, dalam daya renung, tinggi daya cipta dan daya rekanya dan mempunyai nilai estetika yang mengagumkan. BACA SELANJUTNYA

Tuesday, May 3, 2011

Pengasingan Sastera Melayu Beban Pelajar

KUALA LUMPUR 2 Mei – Pengasingan komponen kesusasteraan Melayu dari subjek Bahasa Melayu untuk dijadikan satu subjek tunggal dilihat akan membebankan pelajar yang secara puratanya mengambil kira-kira sembilan hingga 10 mata pelajaran wajib di sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, komponen kesusasteraan di dalam subjek Bahasa Melayu kini sudah memadai kerana komponen tersebut lengkap dengan semua aspek yang perlu diketahui oleh seseorang pelajar mengenai asas kesusasteraan.

“Kita perlu fikirkan dari sudut pelajar sekarang. Mereka sudah mempunyai banyak mata pelajaran lain untuk ditumpukan. Jika sebagai subjek elektif, saya setuju,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau mengulas cadangan Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh semalam supaya kesusasteraan Melayu dijadikan mata pelajaran tunggal dan bukannya dijadikan sebahagian daripada komponen subjek Bahasa Melayu seperti sekarang.

Menurut Muhammad, sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran mengambil langkah yang lebih progresif untuk memperbaiki cara pelaksanaan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah. Jelas Ka Siong, penambahbaikan cara pelaksanaan komponen tersebut sudah lama dijalankan pihaknya menerusi pembaharuan dan penyelidikan yang berterusan dari semasa ke semasa.

Ujarnya, sukatan yang kini diajar itu telah mengambil kira segala aspek yang dapat menjamin kesusasteraan Melayu terus maju dan berkembang dalam kalangan kalangan pelajar di negara ini. “Bagaimanapun, kami tetap menghormati dan mengalu-alukan pandangan peribadi semua pihak dan berharap agar cadangan-cadangan yang membina ini mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah,” ujarnya.

www.utusan.com.my

Sunday, May 1, 2011

Sistem Beraja Penyeri Dunia

JUMAAT lalu pewaris takhta Britain, Putera William, 28 tahun melangsungkan perkahwinan dengan Kate Middleton yang disaksikan kira-kira dua bilion penonton melalui televisyen di seluruh dunia. Itu belum lagi dikira penonton melalui Internet.

Tidak syak lagi bahawa perkahwinan diraja ini menarik minat dunia, walaupun sebahagian besar daripada mereka tentunya tidak ada kaitan dengan Britain. Juga ternyata bahawa keluarga diraja Britain ini adalah paling dikenali dan popular di dunia yang kini mempunyai 43 negara mengamalkan sistem beraja. Apa saja isu mengenai keluarga diraja Britain, pastinya menarik perhatian dunia.


Buat masa ini, 16 daripada negara-negara itu menganggap Ratu Elizabeth II sebagai raja mereka. Baginda adalah satu-satunya raja yang menjadi ketua negara bagi begitu banyak negara di dunia, iaitu selain daripada negaranya sendiri. Semua negara-negara itu adalah bekas tanah jajahan dan terus mahukan supaya raja Britain menjadi ketua negara mereka. BACA SELANJUTNYA