Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI
Showing posts with label ketuanan melayu. Show all posts
Showing posts with label ketuanan melayu. Show all posts

Sunday, September 7, 2014

Mingguan Malaysia: Jiwa Melayu Shaharudin

Tahniah diucapkan kepada Shaharudin Datuk Ali, salah seorang pemilik blog ini dan penulis bersama buku 'AIR MATA RAJA' kerana artikel mengenai beliau muncul di dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Tuesday, April 30, 2013

Sindrom malu mengaku Melayu


TERDAPAT sesetengah umat Melayu malu mengaku dirinya Melayu. Ia bersebab Melayu itu dihubungkan sebagai asabiyyah, dikaitkan dengan rasis dan perkauman. Penyakit ini sebahagiannya sedang menghinggapi generasi muda.

Sebenarnya isu Melayu ini sudah menjadi isu politik. Ada tokoh yang mengatakan memperjuangkan Melayu itu sebagai perkauman dan perkauman ditolak oleh Islam. Tokoh ini tidak mengambil kira perjalanan budaya dan sejarah orang-orang Melayu dan mengambil pendirian begitu kerana ingin memisahkan Islam dan faham kebangsaan.

Islam adalah suatu agama yang syumul dan sifatnya rahmah alamiah, iaitu memiliki sifat sejagat. Tetapi membentuk sesuatu bangsa supaya memiliki tasawwur dan penghayatan Islam tinggi adalah suatu proses.

Al-Quran dalam Surah al Hujurat (13) menyebutkan penciptaan sesuatu bangsa adalah suatu fitrah. Yang pentingnya ialah berlaku kekenalan atau upaya menyantuni cara berfikir, pengalaman budaya dan tamadun supaya terjadi kefahaman. Yang terbaik di kalangan bangsa-bangsa ini ialah yang bertakwa.
Orang Melayu pernah berada pada zaman Hindu dan Buddha. Kemudiannya berada dalam zaman Islam sehingga kini. Melayu dalam Perlembagaan Negara ialah Melayu yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Rasulullah SAW sangat mengasihi kaum Quraish. Apakah Rasulullah SAW seorang yang menganut faham asabiyyah kerana sukakan kaumnya. Ibn Khaldun dalam al Muqaddimah menyatakan mengenai asabiyyah yang positif selagi kita tidak melakukan kezaliman terhadap orang lain.

Fitrah seorang ayah dan ibu menyayangi anak-anaknya bukanlah amalan yang bercanggah. Fitrah sebuah keluarga terhadap keluarga lain tidak juga menyalahi dan fitrah suatu bangsa yang Islami terhadap bangsa tidak Islami harus disantuni lantaran pedoman Islam yang dimilikinya menyebabkan berlaku keadilan terhadap yang lain.

Bila sebut Melayu pada dirinya tidak saja beragama Islam, jalur akidah, ibadah, syariah dan akhlak bersama dengannya. Soal darjah penghayatan Islaminya adalah berbeza-beza. Ini adalah suatu hakikat yang juga berlaku pada zaman Rasulullah, sahabat dan tabie’ tabieen.

Kelemahan iman dan ilmu di kalangan orang Melayu tidak boleh dijadikan asas mereka tidak Islam. Label-label mereka itu memperjuangkan rasisme adalah melampau. Ia dilakukan untuk membezakan secara tajam perjuangan parti Islam dan tidak Islam supaya orang boleh membuat pilihan dan mendapatkan pengaruh.

Bahasa Melayu umpamanya diresapi ribuan istilah al-Quran dan Bahasa Arab menyebabkan status Bahasa Melayu menjadi bahasa Islam. Kalimah-kalimah seperti amanah, adil, ihsan, rahmah, nikmah dan banyak lagi adalah istilah Islam. Apakah perjuangan Melayu memartabatkan istilah Islam untuk diguna pakai dan penulisan serta pemikiran bermakna ia memperjuangkan asabiyyah atau rasis.
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila ditindikkan dengan istilah dan konsep yang Islami bakal menjadikan bahasa Melayu lebih sejagat sifatnya dan boleh menjadi bahasa antarabangsa.
Hal sama pemikiran orang Melayu yang sudah diserapi dengan pemikiran ketamadunan bakal menghasilkan tamadun baru lebih Islamik.
Gagasan menjadikan sistem perbankan, takaful, sukuk, waqaf dan kewangan yang berasaskan patuh-syariah dilakukan oleh orang-orang Melayu yang ada kepakaran dan keahlian dalam bidang-bidang berkaitan. Hari ini ia menjadi model rujukan dunia Arab dan Islam yang lain.

Bank Rakyat umpamanya dalam operasi patuh syariah amat diminati orang bukan Islam atas asas sistem kewangan patuh-syariah mampu menghasilkan dividen tinggi dan kestabilan yang terjamin.
Dalam konteks Malaysia bila disebut Melayu ia memiliki asas aqidah dan ibadah yang jelas. Kecuali yang memilih untuk murtad dan penganut ajaran sesat. Umat Melayu dalam konteks masyarakat teras yang seharusnya menunjangi perubahan ke arah Islam.

Mengungkapkan Islam atau tidak Islam atau rasis bukanlah suatu kerja yang bijaksana. Ia tidak lebih suatu retorik untuk maksud pengaruh. Sepatutnya yang dilontarkan ialah pendekatan dai’ dan murabbi yang sifatnya menyantuni bukannya cenderung ke arah membina garis pemisah bahawa yang ini adalah hisbullah dan yang sana adalah hisbussyaitan.

Pendekatan ini sifatnya gopoh tanpa kesediaan meraikan proses dakwah yang amat diutamakan Islam.
penulis: Sidek Baba
sumber: sinarharian.com.my

Monday, October 12, 2009

Anwar Ibrahim nyanyuk di Bagan Pinang

Ini bukan blog politik.
Tapi apabila Anwar Ibrahim mula naik nyanyuk pasal 'ketuanan' adalah tanggungjawab kita mendedahkan ini.

Tidak pernah dalam 500 tahun orang Melayu panggil orang Cina "kuli" dan orang India sebagai "kuli estet" seperti Anwar reka-reka disini. Anwarlah sebenarnya yang memanggil mereka sedemikian, bukan orang Melayu.
Taklimat sampah inikah yang kita mahu daripada Anwar?