ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, June 3, 2012

Kes Hina Sultan Perak


BUTTERWORTH 1 Jun - Seorang jurutera hari ini dihukum penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui sebuah laman web, tiga tahun lalu.
Keputusan terhadap Chan Hon Keong, 29, dibuat oleh Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin selepas beliau meneliti fakta kes dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan sepanjang perbicaraan berlangsung.
Ikmal Hishan berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan melibatkan kepentingan orang ramai.
''Ini satu-satunya kes menghina Sultan Perak yang dibicarakan secara penuh di mahkamah.
''Selepas meneliti dan berpuas hati dengan fakta dan hujah yang dikemukakan oleh kedua- dua pihak, dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini dan denda maksimum RM50,000 dan jika tidak bayar, penjara lagi enam bulan,'' katanya.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh yang diwakili peguam bela, Md. Yusuf Idris menggantung pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Bagi tujuan tersebut, Ikmal Hishan memerintahkan jumlah jaminan tertuduh ditambah daripada RM6,000 kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.
Mengikut kertas pertuduhan, Hon Keong didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet melalui alamat protokol 60.48.49.212 secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen berbaur lucah.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 12.05 tengah malam, 13 Februari 2009 di alamat No. 5, Lorong Arowana Emas 2, Taman Arowana Emas, Permatang Pauh dekat sini.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Sub Seksyen 233(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara minimum setahun dan denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan. Tertuduh dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin.

0 comments:

Post a Comment