NOTA : DAPATKAN BUKU 'AIR MATA RAJA' DI BOOTH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERTA DAWAMA.....
KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) disasarkan bakal menjadi setaraf Pesta Buku Frankfurt iaitu acara pesta buku yang terbesar di dunia menjelang 2020 sejajar perkembangan industri penerbitan di negara ini.
Urus Setia Tetap, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Ahmad Fadli Abd Aziz, berkata pihaknya yakin matlamat itu mampu dicapai berikutan kemunculan banyak penerbit giat menghasilkan bahan bacaan berkualiti dan memenuhi kehendak pembaca.
Katanya, ditambah komitmen MBKM menyahut saranan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menerbitkan 26,000 judul buku pada 2020 dengan mengadakan pelbagai usaha.
Beliau berkata, ia termasuk melatih penulis baru di samping sambutan menggalakkan orang ramai serta penyertaan penerbit tempatan dan antarabangsa.
“Justeru, tidak mustahil matlamat itu menjadi kenyataan, apatah lagi hasil kajian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati purata penduduk negara ini membaca lapan hingga 12 buku setahun yang menggambarkan industri buku sudah mendapat tempat di kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada PBAKL 2012, di sini, semalam.
0 comments:
Post a Comment