RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN ADALAH RUMAH YANG PENGHUNINYA :
1. Sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah swt.
2. Sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah swt.
3. Sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.
4. Sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal.
5. Sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturrahim.
6. Sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
7. Terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling memahami, bekerjasama dan bertolak ansur.
8. Penuh dengan kecintaan dan ketaatan kepada Allah swt.
9. Masing-masing dapat menjaga adab dan rahsia.
10. Tidak melakukan atau mengerjakan perkara-perkara haram.
11. Sentiasa memelihara dan menjaga daripada melakukan perbuatan bid'ah.
12. Sentiasa merendahkan diri kepada Allah swt.
13. Penuh dengan suasana salam dan meminta izin.
14. Saling bermaafan antara satu sama lain.
15. Sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan tercela.
16. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah swt.
0 comments:
Post a Comment