ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, February 16, 2011

Buku ADAT ISTIADAT MELAYU MELAKA

Buku ini dihasilkan untuk mendokumentasikan keseluruhan adat istiadat masyarakat Melayu Melaka. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) telah mengambil inisiatif menerbitkannya. Pada 1995, pihak IKSEP telah menganjurkan satu bengkel Adat Istiadat Melayu Melaka, khusus untuk memberi kefahaman kepada bakal penyelidik tentang konsep adat dan adat dan istiadat, disamping melatih mereka kaedah penyelidikan dan penulisan laporan.

Pendedahan kepada konsep dan makna adat telah dikendalikan sendiri oleh Prof Datuk Dr Zainal Kling disamping Zainal Abidin Borhan sendiri menjelaskan persoalan adat istiadat. Prof Madya Dr Norazit Selat pula menghuraikan kaedah penyelidikan, manakala En Mohd Ramli Raman menjelaskan kaedah penulisan laporan.

Selain daripada para penyelidik yang telah dipilih, para pengurus adat seperti Tok Sidang dan Penghulu serta Pentadbir Jawatankuasa dan Kemajuan serta Keselamatan Kampung, juga telah diundang dengan tujuan untuk memberikan kefahaman kepada mereka tentang konsep adat. Disamping bengkel tersebut, beberapa pertemuan diadakan untuk menyemak dan membantu memantapkan penyelidikan serta penulisan laporan para penyelidik.

0 comments:

Post a Comment