ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, December 27, 2010

BATU BERSURAT SUMATERA DAN T'GANU


Batu Bersurat Kedukan Bukit ditemui pada 1920 di Bukit Kedukan, Selatan Sumatra, di tebing Sungai Tatang. Ia adalah spesimen dalam Bahasa Melayu (dikenali dengan Old Malay) tertua pernah dijumpai. Saiznya 45 x 80 cm. Ia bertarikh 605 Saka atau Tahun 683 dan mengandungi beberapa perkataan Sanskrit.

Penjelasannya adalah seperti berikut :

Salam bahagia, batu bersurat ini ditulis pada 11 haribulan Waisyaka Tahun 605 Syaka: Baginda menaiki kapal untuk mencari untungnya pada 7 haribulan Jyestha. Baginda berlepas dari Muara Tamvan dengan membawa dua puluh ribu bala dengan <...> serta dua ratus pawang dan tentera sebanyak seribu tiga ratus dua belas banyaknya dengan sukacitanya datang ke Matajap. Pada lima haribulan <...>, mereka datang belayar mudik ke hulu untuk membuka negara <...>. Srivijaya, kota yang jaya, bahagia dan makmur.

Nota Ed : Baginda (yang dinyatakan pada Batu Bersurat itu) ialah Dapunta, pengasas empayar Srivijaya yang membawa tentera untuk menakluk Jambi dan Palembang.

Batu Bersurat Terengganu (anggaran berusia 700 tahun) merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Ia ditemui separuh tenggelam di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 1899.

0 comments:

Post a Comment