ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, March 29, 2010

Bolehkah Institusi Beraja Bertahan di Abad 21?

London, 22 Februari 1999 – Terdapat 25 Institusi Beraja di dalam dunia hari ini – 10 di Eropah, 8 di Asia dan Pasifik, 4 di Timur Tengah dan Asia Tengah dan 3 di Afrika. Ada keluarga Diraja yang tidak formal; mereka menaiki basikal di Scandinavia dan Belgian; keluarga monarki berprofil tinggi Timur Tengah atau monarki bersifat quasi-divine di Asia Timur.

Keluarga Diraja memerintah dengan cara yang berbeza – Sistem Beraja Mutlak, Sistem Beraja Berperlembagaan atau hanya sekadar boneka negara. Kewujudan raja dan permaisuri pada penghujung abad ke-20 – pada zaman kini – adalah bukti bahawa sistem pemerintahan sedemikian masih bertahan sejak 6,000 tahun lalu.

Menariknya, daripada 15 ahli European Union, 8 mengamalkan sistem beraja dan cuma sebilangan menunjukkan kecenderungan menjadi republik. Golongan republicans mengatakan, monarki adalah anakronisme yang tidak demokratik, suatu sistem pemerintahan zaman medieval yang tidak sesuai dengan zaman moden. Kebanyakan intelektual enggan menerima sistem itu dengan alasan raja atau permaisuri sebagai peneraju rakyat bercanggah dengan nilai kemanusiaan dalam diri setiap orang pada hari ini.

Pengkritik lain menolak kecenderungan keluarga Diraja untuk bersikap sombong, tidak memikirkan orang lain, riak dan mementingkan istana, intan-permata dan gemar bermewah-mewahan. Walaupun demikian, berjuta-juta manusia gembira berada di bawah pemerintahan beraja berbanding dengan sistem lain, atau mereka tidak berminat untuk mengubah sistem yang mereka warisi.

Bagi kebanyakan orang-orang Jepun, Scandinavia dan Britain, keluarga Diraja merupakan fokus identiti nasional, menyambungkan zaman sekarang kepada zaman dahulu, merangkumi sejarah dan budaya dan sebagai simbol sentimen nasional. Bila negara berada dalam keadaan tidak stabil (kerana politik, malapetaka dll), rakyat akan berpaling kepada Raja untuk meminta panduan atau nasihat serta mengembalikan semangat.

Antropologis berpendapat, masyarakat mahukan seseorang peneraju yang menjadi tumpuan, untuk memberi aspirasi dan mewakili mereka. Pakar sains politik pula berkata bahawa sistem beraja demokratik yang moden dan yang diwarisi memiliki satu kebaikan: ketua negara tiada kena-mengena dengan politik dan mampu menyekat ‘kemewahan’ ahli-ahli politik.

Di Eropah, Timur Tengah dan Asia, Institusi Beraja masih bertahan, namun – komunisme – lenyap kekuasaannya kecuali di China, Cuba dan Vietnam Utara. Namun, sepanjang 150 tahun yang lalu, banyak dinasti beraja telah musnah. Kata Shakespeare: “Ketidaksenangan menimpa kepala yang memakai mahkota.”

Kebanyakan raja – dan ramai yang tidak begitu penting – telah dinyahkan oleh pergerakan revolusi, hentaman ideologi, peperangan dan kesan daripada itu. Misalnya, French Bourbons, German Hohenzollerns dan Austrian Habsburgs telah dilenyapkan. Begitu juga nasib yang menimpa Tsar Nicholas ke 2 (Romanovs terakhir) telah dibunuh oleh revolusi Bolshevik pada tahun 1918.

King Michael (Romania) digulingkan dengan ancaman senjata oleh komunis pada tahun 1947. Di Bulgaria, Serbia, Montenegro, Greek dan Georgia, keluarga Diraja kehilangan takhta. Dinasti Manchu di China pula dihancurkan pada tahun 1911. Maharaja Abyssinia dan Raja Zulu telah menyertai Raja Naples dan Sicily sebagai bahan sejarah.

Hanya Sepanyol masih kekal beraja. King Juan Carlos telah mula memerintah pada 1975. Ramai setuju bahawa monarki demokratik di Sepanyol berjaya setelah megara itu di bawah pemerintahan fascist selama 30 tahun. Ahli politik demokratik yang membuat perlembagaan untuk Sepanyol membenarkan raja mempunyai kuasa utama. Tujuannya adalah untuk menubuhkan monarki demokratik berperlembagaan. Peranan raja sangat penting, dari segi psikologi sebagai ketua angkatan tentera.

Satu kajian bertajuk “Memodenkan Monarki” menyatakan ada 3 kategori monarki yang masih wujud pada hari ini dan mereka terbahagi kepada kawasan geografi yang berbeza. Pertama, monarki yang memerintah negara sepenuhnya. Mereka terlibat dengan politik sehari-hari. Monarki ini kebanyakannya di Timur Tengah (Jordan, Saudi Arabia, negara Teluk dan Morocco).

Kedua, monarki “above the state”. Mereka bergantung kepada ritual keagamaan dan adat yang tinggi dan menjalani kehidupan formal. Misalnya di Jepun, Thailand dan Bhutan (Nepal sudah tidak beraja lagi kini). Monarki begini tidak mengambil berat tentang politik negara mahu pun daripada rakyat jelata.

Kategori ketiga adalah di kalangan negara demokratik Eropah terutama bangsa Benelux dan Scandinavian. Contohnya seperti Queen Beatrix dari Netherlands (salah seorang wanita terkaya, memiliki harta berjumlah 2,500 juta); King Albert dari Belgian; dan Grand Duke Jean dari Luxembourg. Monarki begini hanya mempunyai sedikit atau tiada langsung penglibatan dalam politik. Mereka tiada kepentingan dari segi agama atau kuasa lainnya. Sebaliknya, fokus mereka adalah sebagai simbol penyatuan nasional dan pendorong aktiviti sivik.

Di Netherland dan Denmark, pihak media dan rakyat mempunyai kebebasan untuk mengetahui hal-hal berkaitan permaisuri mereka. Queen Margarethe (Denmark) ditemuramah pada hari Isnin pertama setiap bulan dan boleh membeli-belah tanpa gangguan sesiapa.

Monarki British – mungkin paling hebat di antara monarki lain – adalah gabungan ketiga-tiga kategori di atas. Walau pun Queen tidak mempunyai kuasa, baginda memiliki ‘kuasa’ dari segi politik. Baginda berpengaruh sebagai ketua Gereja Anglican, dan keluarga baginda membuat kewajipan tradisi menjadi lebih popular.

Adakah monarki masih berpengaruh pada abad ke-21?
Monarki juga bersetuju, terdapat untuk kecenderungan negara menjadi republik. Perdebatan di kalangan kebanyakan ahli teori politik menyatakan bahawa kepentingan sivik, kebebasan intelektual, disiplin militari, lebih berkembang di bawah pemerintahan republik berbanding dengan monarki. Dengan itu, monarki akan bertahan lebih lama.

King Farouk (Egypt) pernah bertitah, menjelang penghujung abad ke-20, hanya ada lima monarki saja di dalam dunia: Kings of England, hearts, diamonds, clubs dan spades (4 jenis daun terup). Baginda silap kerana kini masih ada 25 monarki di dunia. Kemangkatan King Hussein (Jordan) menarik minat seluruh dunia, bukan kerana impaknya terhadap proses keamanan di Timur Tengah tetapi juga kerana monarki masih memiliki kuasa ‘keajaiban’ dan tarikan mistik.

Terjemahan drpd artikel Ben Partridge

3 comments:

  1. Terima kasih rajamenangis kerana artikel yg sungguh memberikan pengetahuan ini. Raja2 juga wujud dizaman Rasulullah dan zaman para khalifah dan ini turut memberikan kekuatan struktur kepada institusi ini, samada di Arab Saudi mahupun di Msia.

    Teruskan usaha!

    Khasmin Daudi
    Cengal Lempong

    ReplyDelete
  2. Salam….

    Kisah King Solomon a.s. yang telah mewarisi tahta Raja dari ayahdanya iaitu King David a.s, baginda tetap melaksanakan pemerintahan dengan adil terhadap makluk yang nyata hingga kepada makluk yang ghaib, maka bermulalah cerita raja untuk umat manusia yang diwarisi oleh keturunan baginda bertebaran seluruh dunia sehingga ke eropah di zaman pertengahan.

    Walaupun kisah raja telah wujud lebih awal daripada itu di asia yang kemudian disebutkan sebagai kerajaan hindu tua yang berpusat di asia tenggara telah mentitiskan pemerintahan raja atau dewata pada zaman permulaan, namun bukti-bukti tidak didokumentasikan kecuali melalui proses ritual oleh pengamal spiritual atau paranormal.

    Kelahiran Nabi Muhammad saw. maka takta Raja untuk umat manusia telah berpindah kepada keturunannya iaitu keturunan Sayidina Ali Karomahllah Wajaha dengan Siti Fatimah Azzarah. Maka bertebaran pula raja-raja atau khalifah dengan pelbagai gelaran yang berasal dari keturunan Sayidina Ali Krw. ke pelusuk dunia sehingga ke asia tenggara.

    Penafian kisah raja yang dilakukan oleh orang yahudi sangat halus, kerena mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa tahta raja yang pada asalnya diberikan kepada datuk- nenek mereka telah dicabut kemudian telah diserahkan oleh Tuhan kepada umat yang lain. Siapakah yang menyalib Nabi Isa as kalau bukan kerana hasutan bangsawan yahudi pada ketika itu. Walaupun mereka tahu Nabi Isa as adalah Raja yang memberi cahaya kepada umat manusia pada zaman tersebut. Mereka menghina baginda sehina-hinanya sehingga mereka yang beriman kepada baginda tidak dapat berbuat sesuatu, namun kebenaran Nabi Isa as akhirnya diimani selepas kewafatannya. Mengapa umat kristian kalau betul-betul beriman kepada Nabi Isa as. masih tidak menyedari bahawa agama mereka pada mulanya telah dirosakkan oleh orang-orang yahudi dan sehingga sekarang pun yahudi terus menggunakan kristian sebagai proksi mereka dalam pelbagai corak untuk kepentingan yahudi. Walaupun Orang melayu kebanyakannya berpegang kepada syariat Nabi Muhammad saw namun mereka juga mengimani Nabi Allah Isa as seperti yang diperjelaskan di dalam Al Quran Nul Karim. Ada dikalangan orang melayu juga hiba dan amat terharu walaupun tayangan Passion of The Christ tidak sepatutnya ditayang sebegitu rupa.

    Perjuangan orang yahudi tidak terhenti disitu, takta raja yang dianugerahkan Tuhan kepada Nabi Muhammad Saw sehingga keturunan baginda yang aula pun menerima nasib yang sama. Kecelaruan ilmu yang diwujudkan sekarang sudah terasa manusia sudah tidak mengenal siapa Raja yang sebenar berpandukan Al Quran Nul Karim.

    3:26 Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas segala sesuatu

    Samaada Raja mampu bertahan pada abad 21 bukanlah mengikut kehendak manusia namun ketentuan adalah oleh Tuhan Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.


    Dabong

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Orang Islam wajib ada Raja, kalau tidak sia-sia jer baca surah Fatihah-(ayat no 4) ,Dan juga Surah An-Naas, RAJA MANUSIA... ayat AL-quran itu masih valid utk akan abad 21,22,23....
    Namun jua manusia tetap was-was pada RAJA ini..

    Akhir jaman yang dicari oleh manusia adalah seorang RAJA juga..

    Pihak Barat memang kalau boleh hendak dipesongkan fikiran umat islam supaya tiada percaya pada Raja.Lihatlah nak hapuskan kuasa Raja-Raja dengan MALAYAN UNION...halus permainan mereka.
    Sejarah orang Islam sudah ada, Baginda Nabi Muhammad saw itu seorang "RAJA" juga...mempunyai Kerajaannya sendiri-(AL MULK)...

    Lihatlah negara yang tiada Raja, hancurrrr/huru hara...

    P/s ..Tuhan Kurniakan
    Raja kita selamat bertahta..

    ReplyDelete