Selamat Tahun Baru 2011.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.
Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.
Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.
Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.
Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
PERPADUAN tidak mungkin dibina atas tapak-tapak perbezaan. Jika perbezaan kekal menjadi teras perjuangan kaum seperti gerakan politik kerakusan kuasa sekarang, maka selama itulah perpaduan bangsa Malaysia akan sukar dicapai.
Perpaduan perlu dibina di atas tapak-tapak persamaan dan prinsip-prinsip kesatuan. Sebagai sebuah negara bangsa, perpaduan di Malaysia dipupuk melalui kecintaan negara dengan semangat patriotisme dan jiwa bangsa Malaysia yang kukuh. Fahami tonggak-tonggak kenegaraan yang satu.
Kita memiliki satu pemerintahan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, satu sistem politik ‘demokrasi berparlimen raja berperlembagaan’, satu Ketua Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, satu agama negara, satu bahasa negara, satu lagu negara, satu bendera negara dan banyak lagi lambang-lambang kesatuan kebangsaan yang menjadikan kita satu bangsa Malaysia dan satu negara Malaysia. Itulah juga maknanya gagasan 1Malaysia.
Realiti Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum, etnik, agama, budaya, bahasa dan warisan dianggap begitu menyukarkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Keunikan situasi ini jarang terdapat di negara-negara lain. Sungguhpun begitu kejayaan Malaysia membangunkan kemakmuran ekonomi dan membina bangsa dengan kesejahteraan sosial dan kedamaian hidup dikagumi timur dan barat.
Formula Malaysia selama ini dijayakan dengan tindakan menterjemahkan aspirasi Perlembagaan ke dalam dasar-dasar yang pragmatik di bidang ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya sejak kemerdekaan. Dasar-dasarnya bermatlamatkan perpaduan dan mengimbangi kedudukan kehidupan kaum secara adil seperti membasmi kemiskinan dan peluang pendidikan buat semua. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 menjadi bukti bahana politik perkauman dan kehancuran perpaduan. Situasinya diperbetulkan kerajaan antaranya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990.
Perlembagaan sudah menetapkan yang mana hak-hak negara dan dengan jaminan yang mana hak-hak kaum. Di dalam Perlembagaan, ada peruntukan tentang pembahagian kuasa antara Persekutuan dengan negeri, antara perundangan, kehakiman dengan eksekutif, antara istilah rasmi dengan bukan rasmi serta sudah terisi segala peruntukan sesuai dengan amalan konsep negara ‘persekutuan’ yang kita pegang. Jadi, sebenarnya tidak diperlukan sekali-kali perjuangan hak-hak kaum untuk disamakan tempatnya dengan hak-hak negara atau hak-hak kebangsaan.
Maknanya tidak munasabah diperjuangkan ‘kesamarataan’, misalnya untuk status rasmi bagi pelbagai bahasa, pelbagai agama rasmi atau menyamaratakan semua perkara termasuk mencari formula baru untuk siapa yang harus menjadi Ketua Negara. Fahaman itu sangat merbahaya dan akan hanya memusnahkan konsep kenegaraan Malaysia atau akan meleburkan aspirasi 1Malaysia itu sendiri dengan prinsip penerimaan, teras Perlembagaan dan pegangan kepada Rukun Negara serta keadilan sosial.
Soalnya, kenapa setahun dua mutakhir ini timbul kekecohan tentang perpaduan dan setelah lebih lima dekad merdeka masih ada yang tidak memahami atau sengaja buat tidak faham tentang aspirasi Perlembagaan serta natijah sebuah kontrak sosial. Ada sahaja isu-isu negara dilaga-lagakan dengan isu-isu kaum dan tuntutan politik perkauman. Sepatutnya seluruh lapisan rakyat dari para pemimpin atasan sampai ke pemimpin bawahan, pimpinan kerajaan atau pembangkang, institusi dan organisasi memahami, menerima dan meraikan hakikat kepelbagaian kita di Malaysia.
Pada masa yang sama dengan penuh komitmen, kesedaran dan keinsafan tanpa rasa jemu dan penat lelah menegakkan ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ itu. Diibaratkan pada bulatan-bulatan yang bertumpang tindih, lihatlah di mana garisnya bertindih, maka di situlah ada ruang-ruang persamaan yang di kongsi bersama. Analoginya boleh juga disamakan kepada sebuah sungai besar, bagaimana pertemuan (confluence of rivers) segala anak-anak sungainya ke arus aliran besar tadi.
Apakah susah sangat bagi kita membezakan persamaan dengan perbezaan? Kita boleh bersatu dan kita akan lebih berpadu di atas tapak-tapak persamaan bukannya perbezaan, menyepakati satu citra jati diri bangsa dan matlamat negara yang sama. Jangan lupa sejarah dan masing-masing diri kita.
Penekanan pembangunan memang tidak semata-mata ditujukan kepada pembangunan ekonomi. Kita perlukan kesejahteraan hidup, material dan fizikal sebagai aspek luaran kehidupan manusia, tetapi juga pembangunan sosial dan pembinaan budaya. Pembangunan modal insan secara holistik dan multidimensional dari sudut minda dan nilai-nilai budaya menjadi sebahagian daripada transformasi spiritual bangsa.
Kita tidak bersatu hanya melalui kemajuan fizikal seandainya spiritual kita sifar nilai-nilai budaya murni, berjiwa hamba, kosong dengan jati diri kenegaraan, kehakisan patriotisme atau seumpamanya. Itulah ertinya keperluan pembinaan negara (nation building). Di ruang inilah gagasan 1Malaysia patut diperhatikan, ada kemajuan dan transformasi besar negara selain ekonomi dan pentadbiran, adalah juga menerusi strategi sosio-budayanya hatta bagaimana pelbagai bentuk kesenian kebangsaan itu dimanfaatkan mendidik nilai-nilai perpaduan, keperibadian dan kemanusiaan Malaysia. Rakyatnya bangga terhadap negara sendiri dan bukan menjadi alat bagi acuan identiti negara asing.
Keutuhan negara bangsa Malaysia dan perpaduannya hendaklah ditunjangi perkongsian ‘ikatan-ikatan persamaan’ yang dikongsi secara sedar dan insaf bukannya ‘kesamarataan’. Kehidupan berbangsa dan bernegara itu ditunjukkan oleh citra persamaan lambang, institusi nasional, perundangan; keperibadian bangsa dan kejatidirian negara; nilai-nilai kebangsaan yang dikongsi bersama; kesetiaan politik (political loyalty); rasa keyakinan diri sebagai satu bangsa; nilai-nilai akhlak, moral, etika yang kukuh; demokratis; liberal bertoleransi dalam konteks penerimaan; adil dan saksama tidak semesti kesamarataan; progresif dan makmur; serta daya saing, daya tahan, tangkas, dinamis (psikologikal) dan sebagainya.
Ikatan persamaan dalam konteks geopolitik itu seperti mana aspirasi Perlembagaan Negara sudahpun membentuk kita sebagai satu bangsa dan satu negara. Itulah keluhuran sebuah undang-undang tertinggi negara.
Kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang diidamkan sejak kemerdekaan akan menjadi nyata melalui perkongsian nilai-nilai hidup bersama. Di situ muncul makna sebuah perpaduan bangsa dan kesatuan negara. Rakyat asal Malaysia yang dominannya Melayu dan suku bangsa serumpunnya seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Bajau, Melanau, Murut dan puluhan yang lain perlu terlebih dahulu menyatukan diri ke dalam keserumpunan umat besarnya.
Perpaduan dan hubungan keharmonian kaum bermula dan terletak di bahu Melayu serumpun itu.
(C) 2010 OLEH Datuk A Aziz Deraman ialah Bekas Ketua
Pengarah DBP/Mantan Ketua Pengarah Kebudayaan,
Ahli JK Gapena dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa)
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Orang ramai boleh menziarahi dan memberi penghormatan terakhir terhadap bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen (B) Tun Ibrahim Ismail di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara mulai 3 petang Khamis.
Menurut kenyataan Masjid Negara, solat jenazah akan diadakan sejurus selepas solat Asar manakala upacara pengkebumian akan disempurnakan di Makam Pahlawan selepas itu.
Allahyarham Ibrahim, 88, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini pukul 4.40 pagi Khamis.
(c) 2010-- BERNAMA
Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
“Saya juga tidak dititahkan untuk membuat kenyataan berhubung kenyataan (Tengku Razaleigh) itu. Barangkali ia perlu dikaji oleh pakar yang berkaitan undang-undang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Hijratul Rasul peringkat Negeri Kelantan yang disempurnakan Sultan Muhammad V di sini.
Menurutnya, beliau perlu mendapat titah daripada Sultan sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kenyataan Tengku Razaleigh itu.
Bekas Menteri Kewangan itu dalam kenyataan kepada media semalam masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang.
[RAJAMENANGIS ingin mengkaji hal ini dari aspek undang-undang dan sejarah istiadat lantikan raja - semua pandangan boleh di emel kepada kami, terima kasih]
Sumber asal (c) 2010 - Bernama
Seri Paduka bertitah, perpaduan yang telah dibina sekian lama di negara ini, jangan diruntuhkan kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri. “Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama.
“Negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling curiga mencurigai serta saling bertelagah. “Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita,” titah Seri Paduka.
Sumber (c) Utusan Malaysia 2010
Seramai 100 anggota polis berkawal di pintu istana bagi mengawal pergerakan kumpulan tersebut.
Memorandum diserahkan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi.
Perarakan secara aman itu kemudian bersurai kira-kira pukul 3.30 petang.
Sumber (c) - Utusan
WHEN we look at the Constitution of a country, we have to focus on studies of constitutional law which are likely to range into history, political and legal theory and political practice. In the case of our country, we have first of all to look at what the situation was, just before we achieved independence from the British. In this article I shall focus on developments leading to the drafting and acceptance of the Merdeka Constitution of Malaya, 1957. [BACA SELAJUTNYA]
JEAN-Jacques Rousseau mendewakan teori kontrak sosial pada abad 18 kerana kecewa dengan sikap istana dan paderi yang mengongkong fikiran rakyat. Rousseau mendesak masyarakat Perancis diberi keadilan, mempunyai jati diri dan hak asasi.
Bagi masyarakat yang matang, kontrak sosial adalah penawar untuk membendung perhambaan sesama manusia yang wujud sejak zaman jahiliah. Sebelum Rousseau mempengaruhi pemikiran Revolusi Perancis (1789-99), ahli falsafah British – Thomas Hobbes dan John Locke juga mengemukakan teori kontrak sosial pada abad 17. Mereka tidak senang melihat telatah feudal yang menguasai rakyat. Tindakan buruk istana sering dikaitkan dengan agama, kononnya tuhan (bagi pengikut Kristian) menyeru manusia taat kepada istana dan tidak mempertikaikan salah laku Raja. Raja bebas melakukan apa saja. Menentang keputusan istana dianggap berdosa kerana tidak patuh kepada arahan tuhan.
Sejak berkurun, manusia ditindas jiwa mereka. Segala urusan keperibadian tidak wujud kerana rakyat diarah setia kepada sistem feudal dan penguasa agama yang memperalatkan kedudukan mereka. Menjelang abad ke-20, teori kontrak sosial menjelajah hampir ke seluruh dunia. Ketika banyak institusi istana runtuh dan diganti sistem demokrasi mahupun ketenteraan dan republik, kontrak sosial menjadi jaminan mengikat hubungan antara pemerintah dan rakyat. Pemerintah diberi mandat menerusi peti undi dan sepatutnya menjalankan tugas meningkatkan prasarana, taraf ekonomi, sosial dan kesihatan di wilayah di bawah pentadbiran mereka.
Rakyat pula perlu setia kepada negara, bertugas dan membantu kerajaan memajukan sesebuah wilayah. Sistem perundangan dan perlembagaan digariskan supaya semua pihak membantu negara. Rakyat juga berhak menentukan sesebuah kerajaan, atau digulingkan melalui proses pengundian pada pilihan raya akan datang.
Teori kontrak sosial tidak pernah membezakan rakyat dari segi kaum, agama dan status sosial. Persamaan ini dianggap oleh pejuang demokrasi sebagai asas membangunkan sistem siasah tulen di sesebuah negara.
Bagaimanapun isu kontrak sosial sering diperkatakan selepas keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008. Ia mempunyai citra tersendiri kerana pelbagai pihak menafsir dari sudut berbeza. Ada yang mendakwa kontrak sosial wujud ketika negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 memberi hak sama rata kepada rakyat pelbagai kaum.
Ada yang mendakwa bangsa Melayu, Cina, India dan kaum lain setaraf dari segi perlembagaan. Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan: Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang. Bagaimanapun hak istimewa bangsa Melayu yang tercatat pada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bukan dianggap sebagai hak (rights) tetapi keistimewaan (privileges).
Jika tafsiran ini dianggap benar, tentunya bangsa Melayu tidak boleh mendabik dada dengan istilah hak istimewa yang dimiliki. Bangsa Melayu perlu sedar nasib bagai telur di hujung tanduk di negara asal usul moyang mereka. Perpecahan dan kurang penguasaan dari segi ekonomi, politik dan sosial menjejaskan masa depan Melayu sendiri.
Isu kontrak sosial bagai menafikan hak keistimewaan Melayu. Sistem merit memberi keutamaan kepada kecemerlangan secara terbuka tanpa membabitkan isu kaum dan agama. Bangsa yang tertinggal bakal dipinggirkan oleh sejarah di negaranya sendiri. Sistem kuota yang dikaitkan dengan hak Melayu tidak lebih daripada slogan politik kepartian.
Ada pengamal undang-undang menafsirkan hak istimewa Melayu bukan bermaksud hak ketuanan Melayu. Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut ketuanan Melayu. Istilah ketuanan Melayu hanya dicipta dalam bentuk siasah untuk mengekalkan kuasa. Ia tidak dicatat dalam mana-mana peraturan, justeru, tindakan mengungkapkan ketuanan Melayu secara terbuka dianggap tidak mematuhi semangat pembentukan Malaysia.
Dari segi sejarah, ungkapan ketuanan Melayu muncul pada 1966 apabila seorang timbalan menteri berucap pada satu majlis di Singapura. Ucapannya kurang mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra kerana ia tidak tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Hanya pada 1987 isu ketuanan Melayu dibangkitkan semula apabila ada pihak mempertikaikan hak istimewa Melayu secara terbuka. Pada masa sama juga sudah ada pihak berani mengemukakan cadangan menyaman seorang Sultan yang dikatakan kerap mengganggu pentadbiran di sebuah negeri.
Kemelut secara terbuka itu menyebabkan suhu politik negara menjadi panas dan akhirnya memaksa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987. Seramai 106 ahli politik ditahan dan permit penerbitan akhbar Watan, The Star dan Sin Chew Jit Poh digantung. Bagaimanapun isu kontrak sosial tidak pernah reda daripada diperkatakan. Ia mungkin senyap seketika dan kembali bergema setiap kali ada pihak merasakan Melayu semakin lemah di negaranya sendiri. Kontrak sosial muncul pada 1987 ketika dua kumpulan bergeser merebut jawatan Presiden UMNO.
Pada 1998, isu kontrak sosial mengiringi gerakan reformasi apabila seorang tokoh siasah didakwa di mahkamah kerana kaitan salah laku seks dan rasuah. Isu sama juga muncul kini kerana ada pihak berani membuat sembah derhaka dan institusi istana dianggap tidak relevan. Selagi ada pihak berasakan hak mereka tidak dipedulikan atau perlu diperjuangkan, selagi itulah isu kontrak sosial menjadi mantera lunak di pentas politik.
Kewarasan berpolitik sering diketepikan apabila isu kontrak sosial diperkatakan dengan pelbagai niat. Ada pihak berani mempertikai kuota ekonomi Bumiputera dan status syarikat berkaitan kerajaan (GLC) semata-mata kerana cita-cita siasah. Kontrak sosial sudah menjadi keramat hidup yang menghantui ahli politik di Malaysia!
Sumber: (c) Zanuddin Salleh, Web Perkasa
Chong Eu Peringat Pentingnya Sejarah
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu terkenal sebagai tokoh yang jarang mengadakan temu bual dengan media, lebih-lebih lagi selepas beliau bersara daripada politik.MENJUN-JUNG kasih ke atas Datuk Bendahara Melaka yang masyhur. Pertama-tamanya, hamba ingin merafak sembah ke atas Datuk Bendahara andai perutusan yang diutuskan oleh sahaya hamba, Lang Buyong ini mengganggu jeda senggang Datuk Bendahara yang ripuh mentadbir bumi Melaka yang tercinta. Perutusan walang yang tidak seadanya ini telah hamba nukilankan setelah genap seratus hari hamba bergelar balu kepada Hang Jebat yang telah mati dibunuh Hang Tuah setelah tujuh hari tujuh malam bertarung di Istana Melaka [Menarik..Baca seterusnya]
Sumber (c) Utusan Malaysia
Bidang Kuasa |
Enakmen Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan tahun 1994 menyebut bahawa selain daripada membantu KDYMM Al-Sultan Kelantan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini dan Adat Istiadat Melayu, Majlis merupakan badan induk agama yang tertinggi yang bertujuan mengawal hal ehwal agama islam di negeri ini.
|
Sultan Johor Kurnia Gelaran DYMM Kepada Isteri Baginda Sempena Hari Keputeraan
JOHOR BAHARU, 22 Nov (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim berkenaan mengurniakan gelaran "Duli Yang Maha Mulia" ke atas isteri baginda, Yang Mulia Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersempena istiadat sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda ke-52, Isnin.
KISAH Jentayu yang sering diganggu jin saka iaitu saka Inyiak Utieh milik datuknya, Tok Jalit adalah paparan menarik dalam drama bersiri seram 13 episod, Saka Jentayu yang akan menemui penonton di TV3 mulai 25 November ini.
Lebih menyeramkan, saka Inyiak Utieh juga mahu mendampingi Jentayu dan ia menimbulkan pelbagai masalah di kampungnya. Ketika ditemui, pengarah drama ini, Abdul Azizi Awang Ghazali berkata, berbeza dengan drama seram yang biasa ditonton, Saka Jentayu memaparkan kisah jin saka yang diilhamkan daripada sumber cerita masyarakat Melayu. "Sebelum ini, cerita seram Durja Ningsun memaparkan kisah roh yang membalas dendam. Saka Jentayu pula sejenis burung (Jentayu) dan Inyiak Utieh pula dalam bahasa Minang adalah hantu putih [Baca seterusnya]
Pihak Kumpulan Rajamenangis menawarkan buku setebal 1000 halaman ini (harga asal RM55) secara online dengan diskaun 10% dan tambahan kos untuk pos bergantung kepada alamat anda. Anda juga akan mendapat tandatangan penulis dan cop logo Rajamenangis.
Comments on Rajamenangis website pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Rajamenangis is not responsible or liable in any way for comments posted by its users / visitors. Rajamenangis does not in any way endorse or support comments made by its users / visitors.