ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, March 11, 2008

Rahsia yg akan dibongkar...

Seorang Kapten Portugis, Duarte Coelho telah membina chapel "Our Lady of the Hill" pada 1521 (10 tahun selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis). Di sinilah juga St.Francis Xavier yg mati di San Chian, China dikebumikan di perkuburan terbuka (ia kini ditutup dgn jaring) dari 22 Mac hingga 11 Dis 1553 sebelum dipindahkan ke Goa, India.

Setelah Belanda mengalahkan Portugis pada 1641, mereka mengubah nama gereja ini menjadi "Gereja St.Paul". Bila Christ Church, gereja Belanda siap dibina, gereja ini dijadikan tempat persemadian golongan bangsawan (penanda kubur masih ada sehingga sekarang).

Foto bahagian dalaman gereja. Menurut sesetengah cerita, bumbung gereja telah dibuang oleh askar Belanda. Mereka membina laluan di sekeliling bahagian atasnya sebagai tempat untuk pengawal mengawasi kawasan perairan Kota Melaka. Ketika meninjau bangunan ini, Shali & saya mendapati ruangan gereja di sebelah kiri sebenarnya dua tingkat. Tingkat atas adalah tempat penyiksaan terhadap pesalah.

Kami percaya tingkat bawah telah ditimbus oleh Portugis kerana dikatakan bahawa di situlah letaknya penjara. Dakwaan ini diperkuatkan dengan adanya tingkap (yg boleh dilihat dari luar) dan bentuk arch yg terbenam di dalam tanah. Kami yakin perbuatan Portugis itu adalah untuk menutup laluan sulit atau terowong menuju ke bawah tapak Istana Sultan Melaka. Terdapat pula laluan ke arah laut untuk memudahkan orang2 penting Portugis melarikan diri bila pihak musuh menyerang. Tidak syak lagi mereka juga pernah menggunakan laluan ini untuk menyeludup harta rampasan perang.

Ingin tahu lebih lanjut perihal laluan rahsia ini? Bacalah di dalam novel kami kelak...

5 comments:

  1. Salam Puan,

    Novelnya telah siapkah puan? Teringin juga menyelusuri ruang lingkup hawa udara melaka semasa gemilangnya.

    Sayang sungguh Melaka, banyak yg
    dilihat mata hanyalah kenangan pahit jajahan. Sakit juga mata melihat sekeliling kota, hilang seni bina melayunya, yang tinggal tunggul2 penjajah. Istana replika juga bagai tiada aura ...
    Kempunan melihat istana melaka, dan makam2 sultan2nya. Nasib baik ada 1 di Pagoh.
    Runtuhkah makam2 yang lain?

    Salam.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Awan...
    Makam apa dan siapa yang tuan maksudkan?Makam2 lama setahu saya masih ada di Melaka....

    ReplyDelete
  3. Salam anonymous,

    Jika ada makam2 kesultanan melaka
    seperti Parameswara/Sultan Iskandar Syah, Sultan Muhammad syah, Sultan Muzaffar syah, Sultan Mansur Syah, sungguh teringin teman hendak melawatnya.

    Jika tuan tau juga makam bendahara Tun Perak, amat lah senang hati teman. Mudah2an jasa tuan, dapat teman menyusurinya.

    Salam

    ReplyDelete
  4. kak tim baru balik dari melaka..
    ada satu tapak yang sedang diexcavation menunjukkan satu tapak kota lama yang terbenam di dalam tanah..atasnya dah ditar tapi menurut kabarnya sema nak dimulakan kerja-kerja tanam cerucuk derang discover ada bangunan kat bawah tanah tu..adakah ini terowong rahsia yang dimaksudkan agaknya?

    ReplyDelete
  5. salam...saya mohd sham
    saya memang berminat tentang sejarah negeri melaka, kerana saya berasal dari melaka dan anak melaka. melalui pembacaan saya, melaka pada masa dahulu adalan satu memang cukup hebat....tetapi sayangnya pemimpin pada masa kini tak penah berusaha untuk membongkar kehebatan bangsanya sendiri. apa yang kita ada untuk membuktikan kita adalah bangsa yang hebat dahulu. yang dicari adalah kesan peninggalan bangsa penjajah. cubalah usahakan untuk cari bukti kita dalah bangsa yang hebat. gali di bulik st. paul tu....cari artifak bangsa kita. istana melaka bumbungnya dibuat daripada timah.apabila portugis membakar istana melaka, timah yang cair turun bagaikan hujan.

    ReplyDelete