Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, September 14, 2011

SPM WAJIB LULUS - BAHASA INGGERIS SAMA DENGAN BM

Calon SPM wajib lulus Bahasa Inggeris



KUALA LUMPUR 13 Sept. – Kementerian Pelajaran akan mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris sebaik sahaja kementerian itu memiliki jumlah guru bahasa Inggeris yang mencukupi, untuk dihantar ke seluruh negara. [Baca disini]

Memperingati pejuang negara di Bukit Kepong

Memperingati pejuang negara


BEKAS anggota pasukan keselamatan yang tercedera termasuk hilang kaki ketika bertempur dengan pengganas komunis meluangkan masa meninjau persekitaran Balai Polis Bukit Kepong yang mencatat peristiwa berdarah pada 23 Februari 1950, di Muar, Johor, semalam. – UTUSAN/ISHAK RAHMAD


PAGOH 13 Sept. – Laungan ‘Hidup Pejuang!’ bergema sebanyak tiga kali di tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong apabila hampir 1,000 orang bekas polis dan tentera serta waris peristiwa Bukit Kepong berhimpun bagi membantah tindakan pihak yang mempersoalkan kewibawaan pasukan keselamatan negara. [Baca lagi]

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Hari Malaysia

KUMPULAN RAJAMENANGIS mengucapkan
SELAMAT HARI MALAYSIA
kepada semua rakyat negara ini yang cintakan kemakmuran.

Monday, September 12, 2011

DATANG TENGOKLAH SENDIRI - ISU BKT KEPONG


'KEKEJAMAN KOMUNIS, MAT INDERA DAN KEMERDEKAAN' (Menghayati Peristiwa Bkt Kepong).

Pada 14hb. Sept RABU JAM 8.45 mlm di Dewan Kelab Sultan Sulaiman(KSS),Kg Bharu.KL.

Ahli2 Panel:

1. Tan Sri Prof Emeritus Khoo Kay Kim ( UM - Pakar Sjarah)
2. Comissioner Dato Zulkifli Ab.Rahman, Mantan Pengarah Cawangan Khas Msia.
3. Lt.Jen(B)Dato Jaafar Onn (Mantan Timb. Ketua Angkatan Tentera Darat).
4. Datin Paduka Prof Dr. Ramlah Adam (UiTM - Pakar Sejarah)
Moderator: YB Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa.



PERKASA MSIA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 54.

DATANGLAH RAMAI RAMAI.TKASIH.

KUASA NEGERI TERHADAP ISLAM

APABILA bercakap tentang Islam, ramai sebenarnya tidak faham tentang kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia diburukkan lagi dengan kecetekan pengetahuan berkaitan sistem perundangan negara. Ramai yang mahu melaksanakan Islam tanpa mengambil kira realiti dan biah di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep Persekutuan, Malaysia mempunyai dua badan pembuat undang-undang utama, iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Kedua-dua badan ini mempunyai fungsinya tersendiri.

Selain Malaysia, Australia, Amerika Syarikat dan banyak lagi negara mengamalkan konsep Negara Persekutuan atau Federalisme ini. Namun Persekutuan Malaysia agak berbeza dengan persekutuan negara lain dari sudut hubungan antara persekutuan dan negeri itu sendiri. BACA LAGI

Seni Rekaan Selendang Dunia Islam

MUZIUM Kesenian Islam Malaysia (MKIM) mempunyai pelbagai koleksi selendang dari beberapa negara Islam seperti dunia Melayu, India, Iran dan Asia Tengah. Selendang mempunyai pelbagai saiz dan kegunaan mengikut adat resam dan cara hidup masyarakat Islam di sesuatu kawasan.

Di Malaysia selendang sering dikaitkan sebagai salah satu daripada pakaian wanita sama ada sebagai tudung ataupun dijadikan hiasan di bahu ketika memakai pakaian tradisional seperti baju kurung atau kebaya.

Kain selendang yang digunakan sebagai tudung dan hiasan di bahu oleh wanita Melayu selalunya nipis dan mempunyai hiasan yag terdiri daripada sulaman kelingkan atau sulaman biasa dan kadangkala ia diperbuat daripada kain songket.

Selendang daripada kain songket terutamanya bagi wanita Melayu Minangkabau, digunakan sebagai hiasan kepala dan juga kain penutup dada. Kain hiasan kepala wanita minangkabau dilipat sehingga mempunyai bentuk seperti tanduk. BACA LAGI

Thursday, September 8, 2011

Misi Pemahaman Sejarah Agenda Utama

LONDON 7 Sept. – Misi membetulkan semula pemahaman dan penghayatan sejarah dalam kalangan rakyat Malaysia di sini menjadi agenda utama Karnival Merdeka di sini kali ini, yang pada tahun ini mengundang khas dua tokoh akademik, dan dihadiri sekali oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Zakaria Sulung berkata, isu itu sangat penting diperbetulkan kerana hanya dengan pengetahuan tentang fakta sejarah yang betul, rakyat Malaysia di United Kingdom yang jumlahnya mencecah 70,000 orang sedar akan kewujudan Malaysia sebagai negara yang telah membangun dalam acuan yang betul.

Zakaria berkata, antara pengisian program ialah forum dan dialog, selain agenda biasa seperti mengibarkan jalur gemilang, menyanyikan lagu Negaraku, serta meraikan majlis sambutan Aidilfitri. BACA LAGI.

Tuesday, September 6, 2011

Rasis di Eropah semakin meningkat - kulit putih menjijikkan kulit bewarna

Racism on the rise in Europe

In Norway, England, the Netherlands, Russia, and especially Austria, racist and Islamophobic movements are on the rise.

[Baca disini, dalam Inggeris]

Sunday, September 4, 2011

Hilangnya Pejuang Bahasa Melayu

KEPADA pejuang bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan nasional, tidak usahlah menganggap kepulangan pejuang bahasa Melayu, Datuk Hassan Ahmad satu "kehilangan" kepada bangsa dan negara. Mereka tidak kehilangan apa-apa. Dalam perjuangan memartabatkan bahasa Inggeris, kepulangan seorang yang bernama “Hassan Ahmad” pada 31 Ogos lalu pada usia 75 tahun bukan kehilangan.



Mereka yang berasa kehilangan adalah rakan seperjuangan dan pencinta bahasa Melayu. Ini kerana kepulangan Hassan adalah gugurnya tokoh yang berjuang meletakkan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan. Hassan lantang mengutarakan pandangan, penuh tanggungjawab tanpa bimbang kedudukan terjejas. Hassan sanggup turun ke jalan raya memprotes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), satu-satunya pendekatan mengubah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, seterusnya meminggir bahasa Melayu secara terhormat dalam sistem pendidikan kebangsaan. BACA LAGI.

Surat Raffles kepada Raja-Raja Melayu

TENTUNYA disambut baik ialah buku yang mengandungi pelbagai surat tulisan Jawi dari raja-raja Melayu kepada Sir Stamford Raffles pada zaman lalu.



Raffles kemudian mengirim surat kepada raja-raja Melayu di Semenanjung dan kepada raja-raja Gugusan Kepulauan Melayu-Riau, Siak, Pontianak, Banjarmasin, Jambi, Palembang, Cirebon, Banten, Madura, Surakarta, Mataram dan juga Bali.



Demikian buku bertajuk Letters of Sincerity : The Raffles Collection of Malay Letters 1980-1824 (420 muka, terbitan MBRAS), oleh Profesor Ahmat Adam, dulu sarjana sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini di Universiti Malaya.



Antara lain disebut betapa Raffles semasa berkhidmat di Pulau Pinang tertarik hati dengan pengajian bahasa Melayu lalu mengumpul salinan surat-surat bahasa Melayu yang punyai sejarah 500 tahun sekurang-kurangnya. BACA LAGI

Thursday, September 1, 2011

Muhasabah di Bulan Syawal

SEBENARNYA, hidup ini boleh diumpamakan seperti perjalanan sebuah kereta api. Tempat perhentian hanya menjadi persinggahan sementara untuk menurunkan penumpang. Setiap tempat yang menjadi persinggahan tidak akan dijumpai lagi selepas itu.



Perjalanannya akan berakhir apabila sampai ke destinasi yang sepatutnya.
Itulah perumpamaan yang boleh dibuat untuk menggambarkan kehidupan kita di dunia yang fana ini. Setiap masa yang dilalui tidak akan kembali lagi.



Semalam semestinya tidak sama dengan hari ini dan hari ini tidak mungkin sama dengan esok.
Ramadan yang telah berlalu juga tidak akan sama dengan Ramadan akan datang. Kita tidak akan dapat melalui semula perhentian Ramadan yang telah berlalu. Apa yang boleh dibawa adalah nilai dan hasilnya bersama. BACA LAGI

Sultan Pahang Dah Pulih

KUANTAN: Keadaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang gering akibat mengalami demam kembali pulih. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, bertitah ayahandanya mengalami demam pada Hari Raya pertama menyebabkan Sultan Ahmad Shah tidak dapat bersama rakyat menyambut Aidilfitri.



Bagaimanapun, Tengku Abdullah bertitah ayahandanya kini sembuh namun masih perlu berehat. Baginda bertitah demikian selepas melawat mangsa kebakaran dalam tragedi yang memusnahkan enam buah rumah era lombong bijih timah di Kampung Baru Seberang, Sungai Lembing dekat sini, Selasa lalu.



Hadir sama, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail. Tengku Abdullah yang melahirkan rasa simpati terhadap mangsa kejadian itu mengumumkan bantuan berjumlah RM100,000 melalui peruntukan Parlimen Paya Besar untuk membina semula enam rumah yang musnah selain baginda juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa.



Sementara itu, baginda juga menyarankan supaya Jabatan Bomba Dan Penyelamat dapat menubuhkan satu unit bomba tetap berbanding bomba sukarela sedia ada untuk beroperasi di sekitar Sungai Lembing. Dalam kejadian pada jam 5.45 petang Selasa lalu, enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka yang dibina syarikat perlombongan lebih 50 tahun lalu musnah dalam kebakaran itu. - BERNAMA