Showing posts with label quran. Show all posts
Showing posts with label quran. Show all posts
Monday, November 18, 2013
Sultan tiada hak tentukan agama bukan Islam, kata pakar perundangan
Pemerintah negeri di Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menggantung atau menafikan hak beragama bukan Islam yang telah dijamin Perlembagaan Persekutuan, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari (gambar).
Undang-undang telah jelas menyebut kuasa pemerintah negeri, kata Aziz Bari setelah beberapa hari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bukan Islam di negeri itu tidak menggunakan kalimah Allah merujuk kepada tuhan seperti diputuskan Mahkamah Rayuan kira-kira sebulan lalu.
“Kuasa pemerintah semestinya perlu berdasarkan konteks Perlembagaan Persekutuan. Sultan selaku ketua agama hanya terpakai kepada orang Islam dalam negeri itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Tetapi bukan Islam yang tinggal di negeri itu adalah di luar daripada arahan pemimpin berkenaan. Malah kepada orang Islam sendiri, titah yang dikeluarkan oleh pemimpin itu tidak bersifat mutlak kerana perlu berlandaskan undang-undang Islam,” katanya.
Sebagai contoh, beliau berkata seseorang pemerintah tidak boleh meminta penduduk negeri itu melakukan perkara bertentangan dengan undang-undang Islam.
Meskipun Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas majlis agama tertakluk kepada kuasa pemerintah namun ia tidak berlaku sehingga menjadikan seseorang pemerintah itu boleh mengeluarkan undang-undangnya sendiri.
Abdul Aziz berkata apabila Perlembagaan Persekutuan dirangka, ketua negeri atau sultan dibenarkan mengekalkan kuasa agama di peringkat negeri tanpa gangguan kerajaan persekutuan.
Tetapi Perlembagaan Persekutuan dengan jelas tidak menggambarkan sultan menjangkaui apa yang telah digariskan dalam rukun Islam, katanya.
“Undang-undang Islam tidak menyatakan dengan jelas berhubung isu kalimah Allah. Pihak berkuasa agama di Timur Tengah yang lebih dahulu menerima Islam telah menyatakan pandangannnya bahawa larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam satu perbuatan tidak berasas,” katanya.
Katanya, meskipun Mahkamah Rayuan memutuskan 14 Oktober lalu bagi membatalkan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap penerbitan Kristian, Herald bagi penggunaan kalimah Allah namun adalah lebih baik mahkamah yang lebih tinggi di Malaysia membuat keputusan akhir.
“Biarpun sultan bebas daripada dinasihati kerajaan bagi menggunakan kuasanya sebagai ketua agama di negeri tertentu, namun mereka masih di dalam batasan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
“Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang,” katanya yang menambah Majlis Agama Islam hanya mempunyai kuasa membantu dan menasihatkan pemerintah.
Selangor adalah negara terkaya di Malaysia dan terdapat ramai penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tinggal di sini. Kebanyakan mereka beribadah menggunakan bahasa Melayu dan merujuk tuhan sebagai Allah.
Putrajaya telah menegaskan untuk berpegang kepada penyelesaian 10 perkara bagi membenarkan penggunaan kalimah itu di Malaysia Timur tetapi tidak di Semenanjung Malaysia di mana majoriti penduduknya beragama Islam yang dikhuatiri mencetuskan kekeliruan dan menggugat kepercayaan orang Islam.
Larangan penggunaan kalimah itu pertama kali diperkenalkan pada 1982 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih tampok pemerintahan namun tidak pernah dikuatkuasakan sehingga beberapa tahun selepas itu. – 18 November, 2013.
Sunday, August 1, 2010
BERDEBAR TUNGGU RAMADHAN - FADHILAT QURAN
Fadhilat Membaca dan Menghafal Al-Quran
• “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarnya” (Hadith riwayat Bukhari)
• “Mereka yang membaca Al-Qur’an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur’an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• “Bacalah Al-Qur’an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya.” (Hadith riwayat Muslim)
• “Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur’an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• “Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur’an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf.” (Hadith riwayat Tarmidzi)
• “Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur’an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur’an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya.” (Hadith riwayat Tarmidzi)
• Bacalah Al-Qur’an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur’an. Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur’an maka bergembiralah.” (Hadith riwayat Ad-Darimy)