ADA segelintir orang Melayu sudah malu mengaku diri mereka orang Melayu, kata Sultan Selangor. Baginda telah menyampaikan titah mengenai keadaan orang Melayu pada hari yang tepat masanya dan wajar difikirkan oleh orang Melayu.
Sudah nampak orang Melayu yang inginkan sokongan bukan Melayu sanggup membuat pengakuan yang bangsa Melayu itu tidak penting.
Tujuan mereka tentulah berbau politik. Dalam kucar-kacir yang berlaku dalam arena politik kumpulan atau individu yang tidak faham mentadbir hari ini, kita tentulah tidak hairan kerana mereka yang menjadi pengikut begitu taksub sehingga sanggup melihat satu-satunya benteng orang Melayu, iaitu agama Islam dipermainkan dengan diberikan terjemahan yang lain dan orang Melayu yang berada di situ tidak ada yang berani bersuara.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive#ixzz2TE4119j1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ada 2 lagi syarat yg perlu di masukkan tambah dalam definasi Melayu di bawah Fasal 160 Perlembagaan:
ReplyDelete1. dia diperakui oleh Yang DiPertuan Agung/Raja Melayu sebagai Melayu atau tidak;
2. dia berhati budi Melayu, dan keputusan Sultan/YDP Agung adalah muktamad.