Assalamualaikum wbt,
Salam perkenalan dari saya (tun) Mohd Hilmi bin (tun) Mohd Dan. Waris ke-12 Dato Laksamana Tun Tuah dari jurai Tun Biajid. Berasal dari Kg Telok Rimba, Ledang, Johor.
Di sini saya ingin mengucapkan tahniah atas keperihatinan pihak tuan dalam menerbikan buku sejarah yang amat hebat bagi saya.
Gaya penulisan yang baik dan fakta-fakta sejarah yang padat diletakkan bersama menjadikan buku ini satu kewajipan untuk penggiat sejarah untuk memilikinya.
Semoga pihak tuan dapat meneruskan usaha tuan dalam mengembangkan dan menyebarkan ilmu kebudayaan Melayu.
Sesungguhnya terlampau banyak sejarah Melayu yang digelapkan seperti peristiwa 1515 dan sebagainya.
Salam perkenalan dari saya dan keluarga.
Tahniah ! dan teruskan usaha tuan dalam memartabatkan Melayu. Alif Ba Ta. Sekian, terima kasih.
Nota: Kami Kumpulan RAJAMENANGIS mengucapkan terima kasih kepada (tun) Mohd Hilmi kerana kesudiannya berkongsi pandangan tentang buku ini.
0 comments:
Post a Comment