ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, November 14, 2011

Perlu banyak badan keluar sijil halal

SUBANG JAYA - Pelantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sebagai badan pensijilan halal tunggal di Malaysia mulai 1 Januari 2011, akan menjejaskan industri makanan dan perkilangan, kata Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia.

Timbalan Presiden persatuan itu, Teh Kee Sin menggesa penangguhan pelaksanaan itu berkata, kerajaan perlu mengkaji memilih lebih daripada satu badan pensijilan sebagai sumber alternatif dalam pengeluaran sijil halal. “Malaysia mempunyai tujuh badan antarabangsa pensijilan halal (termasuk Jakim) dan berkuat kuasa tahun depan, hanya tinggal Jakim, dan kami bimbang monopoli ini akan mewujudkan transaksi tidak beretika.

“Jakim sendiri ketika ini menghadapi masalah dalam pengeluaran sijil halal, permohonan baru serta memperbaharu lesen, jabatan itu mengambil masa lama untuk menyelesaikan proses itu,” katanya. “Kami berharap kerajaan dapat melanjutkan tempoh dari 1 Januari 2012, bagi menyelesaikan masalah dan kerajaan dapat berdialog dengan peserta industri itu.

“Kami memberi pandangan dan memaklumkan masalah dan melaksanakannya apabila bersedia,” katanya. Hadir sama, Presiden Persatuan Perniagaan Biskut, Bakeri, Konfeksi dan Mi, Kent Lim dan Presiden Persatuan Industri Makanan Laut Malaysia Lee Teck Wee.

Sementara itu, David Yeow Kock Tiong, Presiden Persatuan Makanan dan Permainan berkata, Jakim mesti menyelaraskan pengeluaran sijil halal di negeri-negeri. “Industri halal sangat penting dalam ekonomi negara, ia merupakan pasaran luas,” katanya. Kee Sin berkata, 4,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terlibat dalam industri makanan dan 80 peratus terdiri milik bukan Bumiputera.


Sumber : sinarharian.com.my

0 comments:

Post a Comment