KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, hari ini mempengerusikan Mesyuarat ke-224 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.
Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, yang gering. Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel, dan Kedah oleh Tunku Bendahara Datuk Seri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Kecuali Kelantan, Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka oleh Ketua Menteri masing-masing. Sultan Kelantan diiringi wakil Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah manakala Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment