ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, July 23, 2009

Makam Sultan Melaka?

Di manakah letaknya makam-makam Sultan Melaka? Pernahkah kita terfikir di manakah makam Sultan Iskandar Shah (Parameswara)? Bagaimana pula dengan makam Sultan Mansur Shah yang terkenal dan mengahwini Hang Li Po? Sedangkan makam Hang Li Po yang dikatakan puteri China itu masih ada di Bukit China sehingga sekarang.

Secara ringkas, inilah Sultan-sultan di Zaman Kesultanan Melaka.
1400-1424 Sultan Iskandar Shah
1424-1444 Sultan Muhammad Shah
1444-1445 Sultan Abu Syahid
1445-1459 Sultan Muzaffar Shah
1459-1477 Sultan Mansur Shah


1477-1488 Sultan Alauddin Riayat Shah Makam baginda di Pagoh, Johor dan digelar "Marhum Berdarah Putih". Baginda berusia 30 tahun ketika mangkat dan dikatakan diracun oleh musuhnya.



1488-1511 Sultan Mahmud Shah
Mangkat pada 1526, baginda dimakamkan di Kg.Tua, Kampar, Sumatera dan digelar "Marhum Kampar". Isteri baginda, Tun Fatimah juga dimakamkan berdekatan. Foto kiri, batu nisan di makam tersebut.







1511 Tun Teja Makam Tun Teja di Solok Mentaja, Serkam, Melaka. Tun Teja mangkat sewaktu Sultan Mahmud Shah berundur daripada serangan Portugis.


Sultan Johor pertama
1540-1564 Sultan Alauddin Riayat Shah II
Ditawan dan dibunuh di Acheh pada 1564 kerana menentang perjanjian dengan Sultan Acheh untuk tidak menyebelahi Portugis. Baginda digelar "Marhum Syahid di Acheh".

5 comments:

  1. tuan shah boleh juga baca sejarah raja2 melayu parameswara dan raja lain dalam blog www.sejarahnagarakedah.blogspot.com
    atau link ini http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/04/empayar-benua-islam-siam-ayuthia-nagara.html

    kita pernah sembang ttg ini di kuang hari itu

    ReplyDelete
  2. tambahan: tuan syah boleh rujuk salasilah ... parameswara
    http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

    sila scrol ke bhg bawah blog

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera wahai ustaz Zakir yg dkasihi. Terima kasih atas panduan tersebut. Saya akan cuba masukkan link atau war-warkan tentang website tersebut. Memang informative. Semoga Ustaz sekeluarga sentiasa di rahmati Allah swt.

    Sekiranya ustaz ada artikel atau pandangan sejarah, silalah hantar kepada kami.

    -RajaMenangis-

    ReplyDelete
  4. askum.... sya ingin tumpang bertanya tentang makam kesultanan melaka. isteri pertama sultan mahmud shah iaitu raja wati di manakah tempatnya & makam raja ahmad anakanda yang pertama sultan mahmud shah. yg mana dikatakan telah dibunuh.. @ telah disorokkan takut 2 dibunuh penjajah portugis.. terima kasih

    ReplyDelete
  5. askum.... izinkn sye bertanya tentang pendapat saudara mengenai keingnan besar RAJA NOR JAN menaiki tahta melaka ? layakkah beliau meneraju melaka bumi berdaulat ?

    ReplyDelete