Bila membicarakan tentang Kesultanan Melayu, kita tidak dapat pisahkan dengan Islam. Banyak bukti menunjukkan bahawa Islam menjadi tunjang penting menyatupadukan masyarakat Melayu ketika itu. Di antaranya:
Batu Bersurat Terengganu
Ia dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi yang pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang pada 1899. Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303.
Pembunuhan Sultan Syahid di Melaka
Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim yang kurang menitikberatkan kebajikan penduduk Islam kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Raja Kassim (kekanda Raja Ibrahim) menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-1459). Baginda mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Sempena bulan Ramadan al-Mubarak, sama-samalah kita hayati beberapa riwayat:
Riwayat 1
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat
Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang
berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Riwayat 2
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Riwayat 3
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Riwayat 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Riwayat 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Riwayat 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Sekadar berkongsi cerita tetapi jika tuan lebih tahu silalah tambah. Ceritanya ... di kalangan kerabat di raja Perak bru-baru ini heboh ada kerabat yang mendapat durian runtuh secara tiba-tiba. Mereka mendapat duit apabila tanah milik nenek moyang di Mekah dijual dan hasil juakan diagihkan kepada para pewaris. Mereka tidak tahupun nenek moyang mereka ada tanah di Mekah dan apabila tanah di Mekah itu mahu dibangunkan dan dijual, barulah perkara ini timbul. Kerajaan Arab Saudi sekarang memang sedang membangunkan Mekah dan untuk itu mereka memerlukan tanah dan dalam proses itulah perkara ini timbul. Khabarnya Raja Arab Saudi sendiri mengarahkan supaya waris tanah berkenaan di cari di Malaysia supaya duit berkenaan dapat diberikan kepada yang berhak iaitu anak cucu. Tidaklah diketahui siapakah kerabat Raja yang mempunyai tanah di Kota Mekah itu tetapi khabarnya dia ialah salah seorang Raja yang dibuang ke Pulau Seychelles dahulu. Hmm ... ada yang dapat RM1 juta dan ada yang RM3 juta dengarnya ...
ReplyDeleteSelamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
ReplyDeleteSaya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)
Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com