Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke negeri Sabah.
Sekitar 1450an, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol. (rujuk entri bawah).
Sultan Shariful-Hashim @ Sayid Abu Bakar–Sultan Kamaluddin–Sultan Maharajah Upo–Sultan Nasaruddin Ula/Awal–Sultan Buddiman Ul-Halim–Sultan Betarashah Tengah @ Pangulan Tindig–(Tiada Putera).
ReplyDeleteNamun saudara perempuan Sultan Betarashah Tengah @ Pangulan Tindig, iaitu Puteri Sulu ibni Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim, telah berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei ke-9), maka akhirnya lahirlah Raja Bongsu-I @ Pangiran Shahbandar Maharajalela.
Raja Bongsu-I telah dihantar ke Sulu menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan gelaran “Sultan Mawalil-Wasit-I”.
Maka dari keturunan baginda ini lah kini lahirnya “Dua Nama Pewaris” di Kesultanan Sulu, iaitu:
Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu–Sultan Salahuddin-Karamat–Sultan Badaruddin-I–Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I @ Don Fernando de Alimuddin (Dipanggil sebagai “Pewaris Pertama”). Kini dari pewaris pertama ini lahirlah Keluarga Kiram & Keluarga Shakiraullah.
Manakala dari Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I–Sultan Salahuddin-Karamat–Sultan Badaruddin-I–Sultan Bantilan Muizzuddin (Dipanggil sebagai “Pewaris Kedua”). Kini keturunan pewaris kedua ini dikenali sebagai “Keluarga Maharajah Adinda”.
Pewaris sebenar Kesultanan Sulu yang boleh diperakui adalah seperti:
KELUARGA PEWARIS PERTAMA:
1. KELUARGA KIRAM -Sultan Muhammad Fuad A.Kiram & Raja Muda Muedzul-lail-Kiram ibni Sultan Mahakutta-Kiram.
2. KELUARGA SHAKIRAULLAH -Putera kepada Sultan Agumuddin-Abidin @ Sultan Pitico ataupun dari kerabat mereka yang menuntut iaitu Paramount Sultan Dr. Ibrahim Bahjin.
Dan dari
KELUARGA PEWARIS KEDUA:
3. KELUARGA MAHARAJAH ADINDA -YM.
Datu Aliuddin Haddis Pabila & Putera Bongsunya, Raja Bongsu-II
*** MAKA SELAIN NAMA-NAMA YANG DISEBUT DI ATAS, SEMUANYA ADALAH MERUPAKAN “SULTAN2 ATAU PARA PENYAMAR ” KEPADA KESULTANAN SULU.
Jika mengikut Protokol Turutan kelayakan menaiki "Takhta" Sulu dalam Keluarga Maharajah Adinda, setelah kemangkatan YM. DATU ALIUDDIN BIN DATU MOHAMMAD SEH IBNI MAHARAJAH ADINDA SULTAN MOHAMMAD ARANAN/ADANAN PUYO, MAKA PENGANTI BELIAU SECARA TURUTAN KELUARGA YANG MASIH HIDUP,
ReplyDeleteADALAH SAUDARA-KANDUNG BELIAU IAITU, YM. DATU ATIK BIN DATU MOHAMMAD SIE,
(SEPUPU-SEPUPU BELIAU) YM. DATU AMIR BAHAR, YM. DATU SARIPUL & YM. DATU LAJABASAL,
(PUTERA-PUTERA BELIAU)
YM. DATU ZAINAL ALI, DATU JAAFAR ALI & DATU RAJA BONGSU-II.
Assalamualaikum.Jika meneliti ulasan saudara,pewaris Pertama hanya disebut daripada 2 Keluarga sahaja.Bagaimana pula dengan Pewaris Keluarga Sultan Harun Ar-Rashid yang telah menetap di Kota Marudu,Sandakan dan Kota Belud sejak sekian lamanya?
ReplyDeleteTharik (16.12.2012)Sebelum itu saya minta maaf sekiranya penyata saya ini tak benar .. Nama saya Norhayati Binti Uddin,disini saya ingain bertanya tetang Sultan Aliuddin yang telah mawaf pada 30.06.2007 ada ke betul sultan aliuddin ini berada di kudat sabah semasa beliau seorang sultan??...maaf jika saya tersalah cakap,saya juga ingin berkongsi satu ceruta mengenai ayah saya yaitu Uddin dan Gelaran beliau sewaktu di bulungan yaitu Aliuddin,disini saya ingin kongsikan cerita mengenai cerita yang saya pernah dengar ayah saya cerita yang dulunya beliau dan 2 orang saudara perempuan telah di bawa ke sabah oleh ibu mereka Alizah ibu kepada bapa saya sewaktu peperangan saya juga kurang pasti peperangan apa jikalau saya tidak salah waktu itu adalah tahun 1950-1957 sekitar tahun macam tu lah...ayah saya juga ada menyimpan gambar sultan bulungan dan 4orang pengikut bergambar di istana lama sultan bulungan ayah saya juga pernah berkata bahawa beliau juga dari keturunan sultan bulungan(maaf jika saya tersalah cakap).. saya cuma ingin kepastian adakah benar ayah saya ini juga dari keturunan sultan bulungan????
ReplyDelete