ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, July 23, 2008

Tuhfat Al-Nafis

Mungkin tidak ramai di antara kita yg tahu tentang kewujudan sebuah buku bertajuk TUHFAT AL-NAFIS karya Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji dengan Virgina Matheson sebagai Editor.

Tuhfat al-Nafis merupakan kitab sejarah yg terpenting dalam kesusasteraan Melayu selepas SEJARAH MELAYU iaitu karya Tun Seri Lanang, seorang Bendahara di Johor sekitar tahun 1612. Ketika itu, Johor diperintah oleh Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615).

Tuhfat al-Nafis membawa pembacanya mengenali tentang kebudayaan, ketinggian, dan kemakmuran perdagangan kerajaan Johor. Ia juga memaparkan kisah tentang pengalaman penduduk di sekitar Gugusan Pulau-pulau Melayu sebelum dan sesudah kedatangan kuasa-kuasa Eropah.

Penulisan karya agung ini telah dimulakan oleh Raja Haji Ahmad dan diteruskan hingga selesai oleh anaknya Raja Ali Haji. Memandangkan kedudukan mereka yg istimewa di kalangan ahli-ahli istana sezaman, kedua-dua tokoh tersebut dapat menggabungkan bakat dan pengalaman masing-masing untuk melahirkan satu sejarah bangsa Melayu yg unik.

Antara bab menarik di dalam buku ini ialah:
~ Raja-raja Melayu Pertama dan Silsilah Melayu
~ Raja-raja Siak dan Silsilah Mereka
~ Silsilah Bugis
~ Raja Kecik
~ Bugis di Mempawah
~ Perbalahan di antara Perak dan Selangor
~ Belanda Menetap di Tanjung Pinang
~ Tengku Husin menjadi Sultan Singapura

4 comments:

  1. Tahu dah lama mengenai buku ini tetapi tidak penah cuba membacanya. Di mana ada dijual agaknya ?

    Az'

    ReplyDelete
  2. Az'

    Kurang pasti pula di mana ada dijual tetapi jika hendak meminjam ada di Perpustakaan Awam. Itu pun hanya ada sebuah saja... (hmm, agak sedih jugak).

    ReplyDelete
  3. Rasanya boleh beli kat Yayasan Karyawan kat Jalan Tun Razak kalau tak silap sebelah Pusrawi

    ReplyDelete
  4. Terima kasih banyak untuk maklumat itu, ano. Mungkin banyak buku2 lain yg menarik, saya akan pergi tengok jugak...

    ReplyDelete