Apabila British melepaskan pegangan ke atas Malaya pada tahun 1957, kedaulatan negara dipulangkan secara asasnya kepada Raja Raja Melayu (kerana Tanah Melayu di rampas daripada orang Melayu dan Raja Melayu, bukan daripada tangan orang Cina/India dalam tahun 1511) tetapi pada hakikatnya Malaya dilepaskan kepada kerajaan sivil demokrasi berpelembagaan.
Telah ditulis oleh pemerhati asing bahawa sistem Raja Melayu di Tanah Melayu dalam sistem demokrasi adalah sistem yang paling unik di seluruh dunia. Ini bukanlah bermakna sistem Raja Melayu berbeza daripada aspek Ratu England bertakhta di England itu. Ia tidak seperti itu.
Ia adalah berbeza kerana pendaulatan dan petuanan Sultan Melayu dihulurkan dan disembahkan oleh keturunan wangsa dan bangsa Melayu, sumpah taat setianya orang Melayu kepada Raja mereka, kehadiran Melayu dalam membela Istana Raja, membela agama Rajanya juga, matinya Melayu dalam membela Istana Raja, doa Melayu untuk Raja mereka setiap Jumaat sejak waktu kuno sehingga kini, adat Sultan adalah adat Melayu (bukan adat Cina atau India), dan bahasa Istana adalah bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia) - terlalu besar cerita ini dan banyak lagi yang hendak serta wajar diperkatakan...terlalu agung kisah yang masih tersirat...terlalu hebat falsafahnya dan demikianlah kehendaknya.
Berapakah sebenarnya Sultan Melayu atau berketurunan Melayu di RANTAU INI, samada yang hidup bergelar Raja atau Raja yang menangis (tidak ber-istana, dan tidak dihiraukan oleh Kerajaan moden ala Barat) dan yang berkuasa sebagai ketua Kerajaan?
9 Raja Melayu (di sembilan Negeri Melayu, States of Malaya)
Sultan Brunei
Sultan Deli (Medan, utara Sumatera)
Sultan Pontianak (Borneo)
Sultan Ternate (Pulau Moluccas)
*Sultan Langkat - berdaulat kembali selepas Suharto gugur ?
*Sultan Palembang - berdaulat kembali selepas Suharto gugur?
*Sultan Serdang - berdaulat kembali selepas Suharto gugur?
Sultan Kutai Kerta (Borneo)
Sultan Tidore (sebelah wilayah Sultan Ternate di Moluccas)
Sultan Maguindanao (Filipina)
Sultan Sulu (Filipina)
Sultan Brunei
Sultan Deli (Medan, utara Sumatera)
Sultan Pontianak (Borneo)
Sultan Ternate (Pulau Moluccas)
*Sultan Langkat - berdaulat kembali selepas Suharto gugur ?
*Sultan Palembang - berdaulat kembali selepas Suharto gugur?
*Sultan Serdang - berdaulat kembali selepas Suharto gugur?
Sultan Kutai Kerta (Borneo)
Sultan Tidore (sebelah wilayah Sultan Ternate di Moluccas)
Sultan Maguindanao (Filipina)
Sultan Sulu (Filipina)
(*terdapat perbezaan pendapat samada mereka berketurunan Melayu atau Jawa, akibat kepercayaan dsbnya)
Inilah Raja Raja Nusantara yang telah wujud sejak ratusan tahun...akan wujudkah mereka lagi ratusan tahun yang akan datang? Barangkali tiada sesiapa dapat menjawabnya...
Apa komen saudara tentang kesultanan Johor yang dikatakan bukan dari darah raja tetapi dari keturunan Temenggong atau dalam istilah kasarnya Temenggong ini dikatakan bersamaan taraf seorang pegawai kanan tentera sahaja ?
ReplyDeleteSaya bertanya kerana terdapat perbahasan di dalam satu forum internet yang mengatakan anak cucu kesultanan Johor tidak berdaulat kerana hanya berketurunan dari Temenggong.
Sapien
Anonymous,
ReplyDeleteSebaik2nya kami tidak memberikan sebarang komen kerana soal Daulat mencakupi skop yg besar.