ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, May 14, 2008

Makna Setia Melayu

Tiadalah setia itu sekuat setia Melayu kepada Rajanya - Sir Hugh Low, England

Betapa lantang aku mengeluh
betapa kuat aku teriakkan

betapa gamat aku gempitakan
Seperigi airmata aku tangiskan

setelaga ungkapan penawar sengsara
namun...
manakan sama
manakan bisa dibandingkan
dengan keluh kesah Rajaku
Raja Melayu
di Tanah Melayu...


Tanah tumpah darah keturunanku
di kala gempak gempita ganyang Melayu
berlaku di depan mata anak-biniku
di tepi tepian Istana Tuanku
tercemarlah kata kesat mereka itu
Cis! Kenapakah semua ini boleh berlaku?
Adakah benar daulatku?
Aku Melayu yang terpaku...

walhal dulu, aku jugalah Melayu
yang punya selaut bangga
menentang penjajah yang bermaharajalela
demi menegakkan kedaulatan bangsa...

Akan patik gadaikan
nyawa dan raga

jiwa dan tenaga
tanda taat setia seorang Melayu
yang dahagakan perlindungan Tuanku
dalam arus tak menentu

terumbang ambing ombak menderu
Bukan lagi Melaka alah ditangan seteru
Malah akan dihumbanlah segala rumpunku
dan punahlah segala warisan yang terbeku
Oh Tanah Melayu
Oh Negeri Melayu...

Adalah patik yang lemah bermohon
dibukalah pintu istana Rajaku
dikerahlah segala yang ada
agar penawar menusuk ke kalbuku
diberikan seteguk air sakti

dihulur setitis embun pagi
dibekal sejalur sinar jauhari
agar lenyap rasa bisa di hujung hati
melihat terkubur Melayu jati
fakirlah patik sekalian ini
di tanah tumpah darah sendiri...


2 comments:

  1. Sebuah karangan yang ikhlas dan berwibawa. Setiap kata mencorak langkah semangat dan seni kewibawaan dan keperwiraan jiwa seorang anak Melayu jati yang kental berpantang maut sebelum ajal. Sebuah penulisan yang amat baik. Syabas *smile*

    ReplyDelete
  2. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Memetik kata-kata Imam Al-Ghazali, "Ciri-ciri seorang pemimpin itu adalah Adil, Benar, Jujur dan Bijaksana". Tiadalah bergoyang takhta, selagi rakyat hidup bahagia, raja dipandang mulia, senang susah rakyat dikongsi bersama, maka berlimpahlah kurnia dari Yang Maha Esa.

    ReplyDelete