sumber : http://mstar.com.my
Wednesday, November 30, 2011
Hak & Masa Depan Melayu Akan Terus Dipertahankan
KUALA LUMPUR: Umno menegaskan bahawa ia tetap sebuah parti yang membela nasib orang Melayu dan oleh itu penting kuasa politik Melayu dipertahankan, terutama daripada serangan pembangkang yang cuba mewujudkan persepsi Umno tidak lagi mampu berbuat demikian.
Dengan nada tegas dan serius, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin "merobek segenap sudut perjuangan Umno dalam membela orang Melayu".
Katanya, orang Melayu kian resah akibat banyaknya fitnah terhadap Umno yang cuba menafikan jasa dan bakti parti itu terhadap orang Melayu selama ini.
"Malah dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa," kata Muhyiddin semasa merasmikan serentak perhimpunan agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Selasa.
Sambil menegaskan Umno adalah parti yang "tiada galang-ganti", Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata anggota dan pemimpin Umno memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara.
Beliau berkata, Umno telah bangkit daripada rempuhan tsunami politik pada 2008 yang menjadi keresahan orang Melayu mengenai masa depan mereka, dengan mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat.
Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, Muhyiddin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno tanpa rasa apologetik telah mewujudkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Program Transformasi Ekonomi Bumiputera, dan Program Tranformasi Luar Bandar.
"Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan Umno selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi Bumiputera," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran juga berkata, pemimpin Umno tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan.
"Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak 500 juta ringgit, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan Bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Beliau juga berkata, Umno akan terus mempertahankan institusi-institusi agama daripada terus dipersenda dan diperlecehkan, kedudukan Raja sebagai ketua agama akan dijunjung, kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasaan agama dan undang-undang Islam pula akan tetap dibela.
Umno mengambil pendekatan Wasatiyyah iaitu sederhana dan seimbang dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan, katanya.
Muhyiddin seterusnya membidas parti-parti lawan dengan menyifatkan DAP sebagai parti paling rasis, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti ultraliberal yang tiada asas moral manakala PAS sanggup menggugurkan perjuangan negara Islam semata-mata kerana tidak mahu dikecam oleh DAP.
"Hari ini, kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.
"DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol," katanya.
Beliau berkata, DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam kerana walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh keluarga tertentu dalam kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja.
Muhyiddin berkata, PKR ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam serta sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya.
"Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.
"Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka," kata Muhyiddin.
Beliau berkata PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya iaitu mempertahankan seorang individu.
Mengenai parti PAS, Muhyiddin berkata parti itu yang suatu ketika dahulu begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam, kini negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS.
"Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk," katanya.
Beliau berkata bagi PAS dalam menghadapi landskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.
sumber : http://mstar.com.my
sumber : http://mstar.com.my
Tuesday, November 29, 2011
Perkhidmatan oleh Kumpulan Rajamenangis (2)
KUMPULAN RAJAMENANGIS juga menyediakan perkhidmatan terjemahan sama ada daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya. Buku atau monograf tidak terhenti pada bahan sejarah semata-mata tetapi juga dalam semua bidang termasuk novel. Caj bagi terjemahan boleh dirundingkan. Tempoh untuk menyiapkan terjemahan bergantung kepada kehendak klien.
Antara terjemahan yang telah diselesaikan :
1. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis dan Gerakan Sultan Mahmud Syah membebaskan Melaka.
2. Admiral Cheng Ho in Melaka's History and Its Diplomatic Relationship with China's Ming Dynasty.
3. Dunia Melayu Dunia Islam - 12 Glorious Years
4. Ketua Menteri Melaka - YAB Datuk Mohd Ali Rustam
5. Masakan Istana Perak
6. Genetic Peril
Sila emel rajamenangis@gmail.com jika berminat dengan perkhidmatan ini.
Sekian, terima kasih.

Monday, November 28, 2011
Pemimpin perlu faham realiti - Raja Nazrin
IPOH 27 Nov. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, semua pemimpin di negara ini perlu benar-benar memahami realiti dan berpijak di bumi nyata dalam membantu mereka menghadapi senario masa kini.
Titah baginda, amat penting bagi pemimpin untuk memahami realiti yang berlaku agar setiap usaha dan hasrat yang dirancang dapat dilakukan berasaskan premis realiti yang tepat.
Baginda bertitah, tanpa fakta yang tepat, hasrat yang diimpikan dan usaha yang dirintis tidak akan mencapai matlamat yang diingini.
"Sering kali berlaku kecenderungan pemimpin dilindungi daripada mengetahui realiti sebenar. Malah ada kalanya, lebih tinggi status seseorang pemimpin, bertambah jauh dan terpisahlah dia daripada realiti di bumi nyata.
"Malah, jurang di antara kebenaran dan kepalsuan bertambah luas apabila pemimpin dipagari oleh individu-individu berkepentingan sehingga mereka lebih memilih cerita kejayaan dan menyembunyikan kegagalan," titah Raja Nazrin.
Baginda bertitah demikian pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini hari ini.
Pada majlis itu Raja Nazrin berkenan menyampaikan anugerah Tokol Maal Hijrah 1433 kepada Hakim Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan negeri, Datuk Termizi Mohamed, 73.
Turut berangkat pada majlis itu ialah isteri baginda, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Raja Nazrin bertitah, pemimpin yang arif adalah pemimpin yang berminat mengetahui kelemahan dan kesilapan serta dengan segera memperbetulkan walaupun tentangan yang perlu dihadapinya.
Malah titah baginda, pemimpin yang arif harus berasa aneh jika terlalu banyak cerita kejayaan dan terlalu tinggi kata pujian dilaporkan.
"Cerita kejayaan dan kata pujian diterima adalah satu mandat atau satu ketagihan di minda yang amat cepat mempengaruhi manusia untuk bersifat angkuh dan menjadi selesa sehingga berpotensi menjatuhkan mereka.
"Pemimpin yang cekal, yakin dan berani untuk menegakkan kebenaran terutama dalam mempertahankan kalimah tauhid dan mempertahankan kesucian Islam akan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan Ilahi.
"Oleh itu, dalam menyempurnakan amanah berkenaan, Raja dan ummah wajib bersama dan ummah perlu bersatu dalam memastikan perkara-perkara yang menyentuh kesucian Islam dapat terus dipertahankan," titah baginda.
Saturday, November 26, 2011
Maal Hijrah 1433H
KUMPULAN RAJAMENANGIS mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1433H.
Semoga umat Islam di negara kita dilimpahi rahmat dan kekal bersatu di bawah panji-panji agama Islam.
Semoga umat Islam di negara kita dilimpahi rahmat dan kekal bersatu di bawah panji-panji agama Islam.
1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan
Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.
2. Berpuasa Sunat
Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.
Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).
Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.
Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).
Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)
Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.
Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.
3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram
Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak
( tidak diterima”).
Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;
1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.
( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)
Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.
Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.
4. Memasak Bubur ‘Asyura
Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nabi Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.
5. Doa Awal Tahun
Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)
Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.
Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Fikir-fikirkanlah….
Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris

Friday, November 25, 2011
MAKNA-TAFSIRAN DAULAT MENURUT RAJAMENANGIS
Terdapat pelbagai tafsiran akan erti 'DAULAH' ATAU 'DAULAT' apabila kita membicarakan hal-hal Raja dan adat istiadat. Tetapi kebanyakan tafsiran yang ada bercorak berlapik, dan ada juga tafsiran yang samar-samar. Ini adalah tafsiran daripada Rajamenangis sendiri yang jelas akan salah satu makna popular yang boleh di kaitkan dengan konsep daulat dalam konteks adat warisan Melayu.
Kita maklum dan arif tentang DAULAT itu dikaitkan dengan raja yang diiktiraf oleh kerajaan ghaib Jin-Jin keturunan istana [di doakan mereka Islam dan Beriman] atau Jin Jin jenis saka jurai raja yang berkubu di Istana, kawasan Istana serta tempat kediaman para pembesar Raja dan kaum kerabat; daulat juga lazim diertikan sebagai tanda absrek sesaorang Raja atau Sultan itu di sokong, di iktiraf, di kokohkan, di mantapkan, di murnikan, di bela, di bentengkan, di terima atas takhta memerintah yang benar dan LAYAK oleh alam ghaib dan kerajaan atau gerombolan Jin Jin besar yang menjaga Istana Raja dan keluarga baginda. Selain itu, Daulat adalah hak dan keistimewaan raja yang benar dan layak dan di redhai oleh Allah swt, Raja sekian alam semesta dan Maha Pencipta, yang mana tiada sesuatu yang setaraf dan setanding denganNya.
INI ADALAH TAFSIRAN KAJIAN RAJAMENANGIS.Kita maklum dan arif tentang DAULAT itu dikaitkan dengan raja yang diiktiraf oleh kerajaan ghaib Jin-Jin keturunan istana [di doakan mereka Islam dan Beriman] atau Jin Jin jenis saka jurai raja yang berkubu di Istana, kawasan Istana serta tempat kediaman para pembesar Raja dan kaum kerabat; daulat juga lazim diertikan sebagai tanda absrek sesaorang Raja atau Sultan itu di sokong, di iktiraf, di kokohkan, di mantapkan, di murnikan, di bela, di bentengkan, di terima atas takhta memerintah yang benar dan LAYAK oleh alam ghaib dan kerajaan atau gerombolan Jin Jin besar yang menjaga Istana Raja dan keluarga baginda. Selain itu, Daulat adalah hak dan keistimewaan raja yang benar dan layak dan di redhai oleh Allah swt, Raja sekian alam semesta dan Maha Pencipta, yang mana tiada sesuatu yang setaraf dan setanding denganNya.
Sila sebutkan sumber ini dalam penulisan/kajian. Terima kasih.
Thursday, November 24, 2011
Bantu pelihara sejarah negara
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berharap lebih ramai pakar sejarawan di negara ini tampil untuk membantu memelihara sejarah negara daripada sebarang anasir yang cuba memesongkannya.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, melalui penemuan dan kajian terkini para sejarawan, ia dapat merungkai segala kekeliruan sejarah yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
Kementerian berkenaan melalui Jabatan Arkib dan Jabatan Warisan bersedia membantu sejarawan untuk mencari fakta dan bukti sejarah yang boleh memperkukuhkan nilai sejarah negara, katanya.
"Memanggil pakar sejarah merupakan satu cara untuk meyakinkan isu persejarahan negara,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Aziz ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan naskah sejarah dan kebudayaan kekal tulen dan terpelihara. - Bernama
Dipenjara 20 tahun kerana hina Raja Thailand
Dipenjara 20 tahun kerana hina Raja Thailand
BANGKOK 23 Nov. - Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman
penjara selama 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar mesej
berunsur penghinaan terhadap raja negara ini.
Menurut mahkamah jenayah Bangkok, Ampon Tangnoppakul, 61, didapati
bersalah kerana menghantar mesej-mesej sedemikian kepada setiausaha
peribadi bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva pada Mei 2010.
"Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara
selama 20 tahun," kata peguamnya, Anon Nampa sambil menambah anak
guamnya mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.
Ampon ditahan pada Ogos 2010 dan mengaku tidak bersalah ketika perbicaraan.
Pusat Biro Penyiasatan Thailand berkata, mesej yang dihantar berunsur
penghinaan terhadap raja dan menimbulkan kemarahan penerima tanpa
mendedahkan isi kandungannya.
Isu berhubung keluarga diraja dianggap perkara sulit dan sensitif di Thailand.
---penghina dan sibiadap kepada DYMM Raja Raja Melayu - sila ambil maklum.
Wednesday, November 23, 2011
Sultan Selangor dukacita
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda dengan sikap segelintir rakyat di negeri ini yang mengkritik dan mencaci pihak polis yang menjalankan tanggungjawab mereka.
Baginda bertitah perbuatan itu patut dielakkan kerana suasana harmoni dan selesa yang dirasai masyarakat berbilang kaum di Selangor selama ini adalah hasil usaha pasukan keselamatan yang berjaya menjaga keamanan dan kesejahteraan.
"Ada juga rakyat yang sengaja tidak mahu mendengar dan degil dengan arahan-arahan pihak polis bagi mengelak kekacauan dan huru-hara.
"Anggaplah polis sebagai rakan kita yang sanggup berkorban untuk membantu membanteras jenayah dan bukannya pihak yang menyusahkan rakyat," titah baginda ketika merasmikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang baru di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menasihatkan anggota polis supaya menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ditetapkan dan tidak menyalahgunakan status demi kepentingan peribadi.
Baginda menarik perhatian bahawa polis sering dipersalahkan oleh pihak tertentu yang cuba memburukkan imej pasukan keselamatan itu di mata masyarakat.
Sehubungan itu, baginda meminta pihak polis menghindari gejala seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyalagunaan dadah.
Sultan Sharafuddin bertitah, pihak polis harus lebih bertanggungjawab dan berhati-hati bagi memastikan bahan bukti untuk setiap kes yang dikendalikan dijaga rapi kerana kehilangan ataupun kerosakan bahan bukti boleh menjurus kepada pesalah terlepas daripada menerima hukuman sewajarnya.
"Kehilangan atau kerosakan barang bukti juga boleh menyebabkan integriti pihak polis dipersoalkan masyarakat," titah baginda yang turut mahu program polis bersama rakyat diperbanyakkan dalam usaha menangani kadar jenayah di Selangor.
Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail berkata, sebanyak 37,702 kes jenayah dilaporkan antara Januari dan Oktober tahun ini berbanding 41,345 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata, penurunan itu ialah hasil kerja keras anggota polis selain bantuan masyarakat dalam menyalurkan maklumat mengenai jenayah menerusi khidmat laman web sosial facebook Polis Diraja Malaysia yang dilancarkan Mei lalu.
IPK Selangor yang siap dibina pada 19 Julai 2009 menempatkan, antara lain, IPD Shah Alam, pejabat pengangkutan dan bengkel kenderaan IPK dan IPD, lokap berpusat, dewan utama, stor barang kes dan bekalan serta mes pegawai. - BERNAMA
Baginda bertitah perbuatan itu patut dielakkan kerana suasana harmoni dan selesa yang dirasai masyarakat berbilang kaum di Selangor selama ini adalah hasil usaha pasukan keselamatan yang berjaya menjaga keamanan dan kesejahteraan.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menasihatkan anggota polis supaya menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ditetapkan dan tidak menyalahgunakan status demi kepentingan peribadi.
Baginda menarik perhatian bahawa polis sering dipersalahkan oleh pihak tertentu yang cuba memburukkan imej pasukan keselamatan itu di mata masyarakat.
Sehubungan itu, baginda meminta pihak polis menghindari gejala seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyalagunaan dadah.
Sultan Sharafuddin bertitah, pihak polis harus lebih bertanggungjawab dan berhati-hati bagi memastikan bahan bukti untuk setiap kes yang dikendalikan dijaga rapi kerana kehilangan ataupun kerosakan bahan bukti boleh menjurus kepada pesalah terlepas daripada menerima hukuman sewajarnya.
"Kehilangan atau kerosakan barang bukti juga boleh menyebabkan integriti pihak polis dipersoalkan masyarakat," titah baginda yang turut mahu program polis bersama rakyat diperbanyakkan dalam usaha menangani kadar jenayah di Selangor.
Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail berkata, sebanyak 37,702 kes jenayah dilaporkan antara Januari dan Oktober tahun ini berbanding 41,345 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata, penurunan itu ialah hasil kerja keras anggota polis selain bantuan masyarakat dalam menyalurkan maklumat mengenai jenayah menerusi khidmat laman web sosial facebook Polis Diraja Malaysia yang dilancarkan Mei lalu.
IPK Selangor yang siap dibina pada 19 Julai 2009 menempatkan, antara lain, IPD Shah Alam, pejabat pengangkutan dan bengkel kenderaan IPK dan IPD, lokap berpusat, dewan utama, stor barang kes dan bekalan serta mes pegawai. - BERNAMA
Lelaki hantar SMS hina Raja Thai
BANGKOK: Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menghina pemerintahan beraja. Ampon Tangnoppakul, 61, dijatuhkan hukuman penjara di bawah undang-undang ketat lese-majeste Thailand, iaitu kesalahan membabitkan keluarga diraja negara itu.
Mahkamah Jenayah Bangkok, berkata Ampon didapati bersalah menghantar SMS kepada setiausaha peribadi bekas perdana menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, dalam tiga tarikh berlainan pada Mei 2010. Ampon ditahan Ogos tahun lalu dan mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dikenakan ke atasnya ketika perbicaraan berlangsung. - AFP

Monday, November 21, 2011
Kunjungan Hormat ke Pejabat Penyimpan Mohor
Tanggal 09 November 2011 merupakan hari
bermakna bagi Kumpulan Rajamenangis. Pada hari itu berlangsung pertemuan selama
sejam setengah bersama YBhg Datuk Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja Malaysia .
Dua naskhah buku AIR MATA RAJA telah dikemukakan sebagai naskhah bacaan /
kajian kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Buku tersebut membuktikan kewibawaan Kumpulan Rajamenangis sebagai penulis-penulis yang berjaya membawakan satu wadah baru
pendekatan karya agung Sejarah Melayu. Kami
turut mengambil kesempatan bertemu dengan YBhg Datuk Sabtu Awab, Penolong
Setiausaha Majlis Raja-Raja. Setinggi-tinggi penghargaan bagi pihak kami atas
kesudian YBhg Datuk berdua menerima kunjungan hormat kami.
Hate language still holds sway
Again and again in Malaysia, those who defend the rights of citizens to exercise their fundamental liberties are treated as offenders.
WHERE should we draw the line between freedom of expression and incitement to hatred? This is a debate that occupies the international human rights system today as governments grapple with the need to fully respect freedom of expression as protected by international human rights law and comply with the prohibition of incitement to hatred.
As democracy matures, the public space for debate opens up further. Citizens, educated and aware of their rights, begin to articulate their demands for justice and social change. Diverse voices will compete for public attention and support. Traditionally marginalised groups will assert their right to be treated as citizens with equal rights and dignity. This is all good for democracy, respect for human rights and the well-being of society.
However, the problem arises when those identified as “others” are constructed by the dominant community “as people who do not share a community’s history, traditions and values” and, as a result, are “all too often perceived as predatory competitors, or at least a threat to the stability of that community’s belief system”, as the United Nations High Commissioner for Human Rights Navi Pillay said.
And thus they get demonised, threatened, discriminated against and even murdered just because they are different.
This is a global problem. In the name of “war on terror”, Muslims are vilified, attacked, or discriminated against. A whole community is demonised for the actions of a tiny minority who abuse Islam to justify their violence and terrorism.
In the name of ethnic or religious homogeneity, whole communities are physically removed from a territory by driving them out, deported to concentration camps, or murdered. In modern times, the forcible expulsion and murder of Jews in Europe, Muslims in the former Yugoslavia, and Tutsis in Rwanda stand out.
In the name of religion and culture, homosexuals are stigmatised, attacked and murdered.
It is obvious that human beings are not born to hate those who think, act or look differently. Just look at a playground of toddlers of all colours and backgrounds playing together.
All too often, hate, fear and insults are manufactured to serve a political agenda. And it is convenient to manipulate and abuse religion, ethnicity and culture to create fear and anxiety in order to delegitimise the rights and interests of the “others”.
In modern times, the media have been used as tools to inflame perceived grievances and rouse emotions, escalating tensions and conflict that can result in violence. Much research has been done to show how in Serbia, Serb supremacists used television to stir up ethnic tensions prior to the civil war. In Rwanda, Hutu propagandists used the radio to lay the groundwork for genocide.
While such atrocities seem impossible in Malaysia, the fact is in our country today, fear and hatred are manufactured on a daily basis and public opinion inflamed through screaming headlines in some mainstream newspapers and television stations, and in the venomous hate language in the alternative new media.
Muslim feminists, human rights defenders, and LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender) groups and individuals are among those most vilified and demonised.
Recent events are cause for much concern. Many feel we are on a slippery slope to potential outbreak of violence. A country that has thrived, celebrated and been enriched by its history of embracing diversity and pluralism is today dominated by extremists who manufacture threats to race and religion supposedly posed by those they disagree with.
Thus, we see the demonising and defaming of Datuk Ambiga Sreenivasan for her courage and resolve to go ahead with the Bersih rally.
The fact that government leaders took the lead in depicting Bersih as a threat to national security opened up the space and gave legitimacy to the even more belligerent voices among non-state actors.
Death threats were sent; vile, abusive and hate messages proliferated by SMS and on the Internet, Bersih supporters were labelled “communists”, “anti-Islam”, or “funded by foreign Christian groups”.
The attacks against Seksualiti Merdeka are yet another public contestation that swiftly escalated into a shrill and belligerent public discourse.
First, a forum to discuss the rights of LGBTs was portrayed by the media as a festival to promote free sex and a threat to security. Ambiga who was due to launch the event was once again demonised, this time labelled the “anti-Christ” by the right-wing group, Perkasa, which demanded that her citizenship be stripped.
Datin Paduka Marina Mahathir, who defended Ambiga against these unjust attacks, in turn became the target of hate mail.
As expected in Malaysia today, close to 200 police reports were lodged all over the country against the organisers and supporters of Seksualiti Merdeka. The police banned the event and many activists were called in for questioning.
It is one thing to exercise one’s right to differences of opinion, but it is another when stigmatising, demonising, fear and hate-mongering language and accusations are hurled at marginalised and discriminated groups and human rights defenders.
Irresponsible newspapers day after day use inflammatory headlines to build up the frenzy. Mobs are hired to intimidate organisers and the police intervene, not to disperse the hooligans but to raid legitimate meetings held indoors to discuss issues of public interest and concern.
Again and again in Malaysia, those who defend the rights of citizens to exercise their fundamental liberties are treated as offenders, while those who incite fear and hatred and inflame racial and religious sentiments are given the upper hand to dictate the agenda through compliance, support or inaction by key state institutions.
While Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) protects the right to freedom of expression, Article 20 also requires governments to prohibit the “advocacy of national, racial or religious hatred which constitutes incitement to discrimination, hostility or violence”.
While striking the right balance is no easy task, the clear meaning is that freedom of expression is to be upheld for as long as it does not advocate hatred and incite discrimination, hostility or violence against an individual or group. Any limitations should take place only in the pursuit of justice and democratic principles, not against those who stand for justice and democracy.
But all too often, restrictions on freedom of expression are enacted in order to protect the interests of those who benefit most from silencing criticism, dissent and public debate on contentious issues.
That a group like Sisters in Islam which upholds equality and justice for Muslim women is demonised as anti-God, anti-Islam, and anti-Syariah, a coalition like Bersih 2.0 which demands for free and fair elections, is portrayed as a threat to national security and public order, or an event like Seksualiti Merdeka to recognise the human rights of people of diverse sexual orientations and gender identities is deliberately stigmatised as a “free-sex” festival, arguably does not constitute a legitimate exercise of free speech but incitement to discrimination and hostility that could potentially result in conflict and violence.
The Prime Minister in his Malaysia Day speech promised the dream of a new Malaysia “that practises a functional and inclusive democracy where public peace and prosperity is preserved in accordance with the supremacy of the Constitution, rule of law and respect for basic human rights and individual rights”.
How do the hate language and the relentless police reports by extremists against those demanding their constitutional right to fundamental liberties, and the continual phone calls to activists to visit Bukit Aman or a police station for yet another round of questioning under one restrictive law or another, create this democratic and inclusive Malaysia?
A government that practises democracy must protect and nurture a public space that promotes justice, equality and democratic and human rights principles.
Source : The Star /
SHARING THE NATION By ZAINAH ANWAR