Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, October 2, 2011

SEBAK SEORANG RAJA

KONGRES Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini menarik perhatian Awang [Bisik-bisik Mingguan]. Penglibatan beberapa raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat ke majlis perasmiannya, memberi makna besar.

Titah perasmian Tuanku Mizan yang antara lain mengingatkan bahawa raja-raja Melayu akan terus berperanan memelihara agama Islam, kedudukan orang Melayu dan pribumi adalah isyarat jelas kepada semua pihak.

Lebih menarik perhatian ialah titah diraja Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada kongres tersebut yang menggarap persoalan cabaran dan ancaman yang dihadapi oleh umat Islam terutamanya berkaitan akidah. Ramai peserta memuji titah baginda yang memberikan perspektif menyeluruh, analisis yang tajam dan berani. BACA LAGI

Saturday, October 1, 2011

GAPERA

Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA) Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA) telah ditubuhkan pada 28 Jun 2010 menggantikan Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (PUTRAMAS).

GAPERA (1804-11-WKL) merupakan salah satu daipada 8 Badan Pengamal yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK).


Objektif GAPERA ditubuhkan adalah anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) untuk membantu pihak kementerian di dalam menaiktarafkan Perubatan Tradisional Melayu. BACA SELANJUTNYA

Thursday, September 29, 2011

KENALI LAGU : NEGERI SEMBILAN

Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur

Kasihi rakyat lanjutkan umur

Akan berkati sekalian yang sedia

Musuhnya habis binasa

Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

SEJARAH
'Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan' adalah lagu Negeri Sembilan.
Lagu ini digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad pada tahun 1911.

KENALI LAGU NEGERI : JOHOR

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN

'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

SEJARAH
Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim. Lagu ini digubah oleh konduktor muzik Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) dan liriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955).

Dipadankan pada tahun 1897 daripada "Dondang Sayang", sebuah lagu Melayu yang masyhur, dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim, ia tidak mempunyai lirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorang kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarangkan liriknya dalam Bahasa Inggeris dan ia diterjemahkan oleh Kapt. Hj Mohamed Said dalam Bahasa Melayu.

Wednesday, September 28, 2011

Angkat status anugerah buku

Angkat status anugerah buku supaya lebih berprestij

KUALA LUMPUR 25 April - Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya Anugerah Buku Kebangsaan diangkat statusnya sebagai anugerah tertinggi dengan nama Anugerah Buku Perdana.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selaras dengan usaha itu juga, Anugerah Buku Perdana boleh disertakan dengan anugerah lain seperti Anugerah Perdana Menteri dan Anugerah Timbalan Perdana Menteri, serta yang bersesuaian dengan keperluan semasa industri buku negara.

(Baca seterusnya]

Saturday, September 24, 2011

Darjah dan Kedudukan Ahli Syurga

RASULULLAH SAW menjelaskan bahawa syurga memiliki banyak darjat. Di sana juga ada perbezaan darjat antara hamba Allah yang bergantung pada amal mereka dan Allah yang mendatangkan amal itu.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menegakkan solat, berpuasa pada bulan Ramadan, berjuang di jalan Allah atau tinggal di tanah kelahirannya, menjadi hak Allah untuk memasukkan orang itu ke dalam syurga.

Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah tidak seharusnya kita memberi khabar gembira kepada manusia? Rasulullah menjawab: Sesungguhnya di syurga ada seratus tingkat yang disediakan Allah untuk orang yang berjuang di jalan Allah, sedangkan jarak di antara dua tingkat adalah seperti jarak antara langit dan bumi. Jika kamu ingin memohon kepada Allah, mohonlah syurga Firdaus kerana syurga Firdaus berada di tengah syurga dan syurga tertinggi. BACA LAGI

Wednesday, September 21, 2011

Lawatan YDP Agong ke Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah mengalu-alukan kehadiran
Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Alam Shah, Klang.
Mulai hari ini, YDP Agong dan Permaisuri memulakan lawatan rasmi ke Selangor.

Tuesday, September 20, 2011

Tanah Melayu tak pernah jadi koloni British

Tanah Melayu tak pernah jadi koloni


Berikutan sidang media Majlis Profesor Negara (MPN) melalui Kluster Sejarah Warisan dan Sosio-budaya di Kementerian Pengajian Tinggi pada 9 September 2010, pelbagai reaksi telah muncul daripada ucapan saya yang disiarkan oleh TV sebagai petikan berita.

Dalam petikan itu diperkatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan atau koloni pada sebarang masa sejak kejatuhan Melaka pada 1511. Adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun. [Kaji disini]

Saturday, September 17, 2011

PERIHAL PUASA ENAM

RAMADAN melabuhkan tirainya dengan penuh kesyahduan dan pengharapan supaya dipertemukan lagi dengan Ramadan tahun depan. Keriangan terpancar di wajah mereka yang menyambut hari raya sebagai tanda kemenangan menghadapi ujian Ramadan lalu.

Orang yang beriman hendaklah yakin dengan apa yang diperoleh daripada Ramadan baru berlalu iaitu mendapat ganjaran terbaik di sisi-Nya seterusnya bersangka baik dengan Allah SWT terhadap amalan dilakukan.

Ibnu Masud menyebut, Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya tiada sesuatu pemberian yang terbaik dari Allah SWT selain dari bersangka baik dengan-Nya kerana ia akan memperoleh seperti apa yang disangkakan.” Hadis sahih menyebut yang bermaksud: “Jika seseorang memohon, hendaklah memohon yang terbaik dan terbanyak.” (Al-Hadis). SILA BACA

Nasihat DYMM Raja Perlis

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihati bakal-bakal haji supaya menjaga nama baik negara dengan tidak membabitkan diri dalam kegiatan negatif ketika berada di Tanah Suci.

Dengan bilangan besar umat Islam seluruh dunia berkumpul di Tanah Suci, mereka perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan pihak tertentu kerana tanggungjawab utama bakal Haji ialah untuk menunaikan fardu Haji dan bukan dengan maksud lain, titah baginda semasa merasmikan Kursus Haji Perdana peringkat negeri Perlis di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, mereka perlu mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan tindak tanduk yang membelakangi undang-undang negara itu bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri malah Tabung Haji.

Raja Perlis turut menasihati bakal-bakal Haji supaya menjaga kesihatan sebaik mungkin bagi membolehkan mereka dapat mengerjakan ibadat Haji dengan sempurna. Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, 315 umat Islam di Perlis menunaikan fardu haji pada tahun ini dan mereka adalah antara 27,900 umat Islam yang terpilih di negara ini bagi menunaikan ibadah itu tahun ini.

Katanya, Tabung Haji menyediakan pelbagai kemudahan untuk jemaah Haji negara ini termasuk khidmat kesihatan, kursus haji, klinik, hospital, pakar rujuk, perubatan, kaunseling, bahan rujukan, air zam-zam dan makanan. Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. - BERNAMA

Friday, September 16, 2011

Pemansuhan ISA

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Berucap dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di RTM malam ini, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

“Pokoknya, akta-akta itu nanti bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. SILA SAMBUNG

Thursday, September 15, 2011

Majlis Fatwa Masjidil Haram - Islam di Malaysia JANGANLAH BERPECAH!

Tentang golongan tolak perpaduan



KUALA LUMPUR 14 Sept. - Golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi. [Korek disini]